Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Cara Mengecap Hidup yang Tenang

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Hari ini, 21 Jun 2026. Sekali lagi, ada begitu banyak Alat Muzik Syurga yang keluarkan Muzik-muzik yg berlainan pada bila-bila saya tak cukup bertumpu pada Firman TUHAN. Saya akan cuba rakam semula segalanya yang diberitahu daripada perbualan kami. Pertama sekali, MAPA berfirman, “Makhluk di dunia kasihi Engkau.” Kemudian yang seterusnya, apabila saya terlayang lagi, Muzik datang kepada saya untuk menyegarkan saya. TUHAN berfirman, “Kedamaian Dunia telah tiba.” Saya terlayang sekali lagi, kemudian Muzik dibunyikan sekali lagi untuk buat saya kekalkan tumpuan pada Firman TUHAN. Satu lagi wahyu TUHAN ialah, “Keamanan Dunia adalah milik-Mu.” Saya terlayang, kemudian Muzik kedengaran sekali lagi dan Firman TUHAN adalah, “Kasih sayang-Mu kepada makhluk di dunia ini akan menyelamatkannya.”

Oh! Syukur kepada TUHAN, syukur kepada TUHAN Yang Maha Berkuasa. Orang di dunia, semua makhluk di dunia harus cintai Engkau, cintai Engkau, cintai Engkau, cintai Engkau saja kerana Engkaulah satu-satunya Orang yang membuat segalanya berlaku. Walaupun aku bukan alat sebaik seperti yang seharusnya, aku mohon ampun. Ampunilah aku, Tuan. Badanku tak sentiasa dengar apa yang aku mahunya lakukan.

Sebelum sebarang perbualan berlangsung antara TUHAN dengan saya atau antara Raja-raja atau Santo dan Orang Suci dengan saya, saya sentiasa minta semua Dewa supaya melindungi persekitaran saya supaya saya akan menerima Kebenaran saja. Saya juga beri amaran kepada semua makhluk jahat bahawa sesiapa yang memalsukan Kemegahan Nama TUHAN atau memalsukan nama Raja pemurah, Santo dan Orang Suci akan dibakar di neraka selama-lamanya atau dipunahkan dan tidak wujud lagi.

Sangat sukar nak menerima Kata-kata daripada TUHAN, Santo dan Orang Suci. Mereka buatnya sukar bagi saya. Mereka tidak bercakap saja seperti saya bercakap dgn anda sekarang tetapi saya hanya dibenarkan untuk menerima huruf-huruf untuk lihat Kata-kata TUHAN, Santo dan Orang Suci serta Raja-raja baik, satu demi satu. Karma seluruh dunia memang sesuatu. Ia memang mengehadkan kita dengan banyak cara yang berlainan. Itu juga membuat minda kita letih. Jadi saya perlu benar-benar bertumpu dengan sedaya upaya dengan apa-apa saja yang badan mampu, apa-apa saja yang dapat badan lakukan. Jadi kadangkala perbualan yang pendek boleh menjadi sangat lama dan meletihkan kerana saya perlu berada di domain spiritual setinggi mungkin dan pada masa yang sama perlu berada di dunia fizikal. Kekalkan keseimbangan ini ialah cabaran. Jadi saya memang berharap anda benar-benar hargai apa yang dapat saya sampaikan daripada Kata-kata TUHAN, Firman TUHAN.

Tapi saya senang hati dengan saya dapat rakamkannya dengan cara yg lebih tenang kerana menulis seperti saya mencatat sebelumnya, itu akan lebih sukar kerana saya tak boleh pasang lampu. Setiap kali saya pasang lampu, hubungan tergendala dan saya perlu curahkan banyak usaha untuk menjalin semula hubungan dengan Makhluk Syurga, Raja-raja, Santo dan Orang Suci, dan terutama TUHAN. Walaupun saya telah bersatu dengan TUHAN, saya tetap perlu bertumpu pd detik ini di dlm badan fizikal dan itu buatnya kurang senang. Saya harap anda faham dan saya harap saya jelas untuk anda faham. Saya amat bersyukur kepada TUHAN atas saya masih dapat menjadi alat yang baik di Bumi, dan segala alat teknologi tinggi ini yang dapat bantu saya menyampaikan Firman suci-NYA kepada anda semua, sesiapa saja yang masih percaya dan cuba dengar.

Hidup adalah mudah. Okey? Hanya cintai TUHAN, memuja TUHAN, berdoa kpd TUHAN, memuji TUHAN, dan hidup mengikut Kehendak-NYA. Ini adalah mudah. Cintai TUHAN dengan sedaya upaya. Bukanlah TUHAN perlukan anda cintai DIA tetapi itu sangat baik untuk anda, dan perlakukan orang lain sebaik anda perlakukan diri sendiri. Jika anda tidak mahu dibunuh, diseksa dengan sebarang cara, maka jangan lakukan semua itu terhadap makhluk lain. Sangat mudah. Okey?

Cintai TUHAN, bergantung pd TUHAN, berdoa kpd TUHAN pada bila-bila saja dalam hidup yang dapat anda ingat, dan perlakukan semua makhluk – bukan hanya manusia – semua makhluk sebagaimana anda ingin diperlakukan. Sayangi makhluk lain sebagaimana anda mahu disayangi. Hormati makhluk lain sebagaimana anda mahu dihormati. Sangat mudah. Cintai TUHAN dengan sedaya upaya. Perlakukan semua makhluk yang lain sebagaimana anda ingin diperlakukan. Ya. Maka kehidupan anda akan berada dalam keadaan tenang, kedudukan selesa dan anda akan berada di Syurga selepas meninggal.

Kami ada perbualan Raja dengan saya tetapi dari segi badan saya masih belum berada dalam keadaan untuk bercakap tentangnya. Kerana sebelumnya saya hanya rakamkan beberapa perkataan, beberapa ayat di sana sini, macam kita catatkan nota pendek bagi mengingatkan diri tentang perkara penting dalam perbualan. Oleh itu, jika saya nak beritahu anda, saya masih perlu menyusun semula dan menyambungkannya untuk buatnya menjadi jenis pertuturan yang dapat anda fahami.

TUHAN sangat lembut dan berbelas kasihan. Walaupun hari ini saya tiada sebarang janji temu dengan mana-mana Raja jauh yang ingin berjumpa dan bercakap dengan saya, saya cuba sedaya upaya dan meminta TUHAN agar keamanan dunia, keselamatan dunia dan kesejahteraan orang menjadi yg paling utama dlm fikiran saya. Jadi saya masih dapat kendalikannya. Jadi jika boleh setiap hari atau pada bila-bila saja mungkin, aturlah atau biar saya bercakap dengan Raja-raja yang jauh kerana Mereka membuat perjalanan yang jauh untuk datang ke planet Bumi dan bercakap dengan saya. Jadi semalam TUHAN izinkan saya bercakap dgn seorang Raja. Oh! Tidak, mungkin bukan semalam, beberapa hari yang lalu. Baiklah, apa-apa yang boleh saya buat, saya buat semuanya untuk anda. Jadi bersabarlah. Saya telah diberi terlalu banyak kerja, jadi saya tak dapat buat semuanya dalam satu hari.

Saya ucap terima kasih kpd anda semua, pasukan saya yang menakjubkan kerana uruskan rancangan anda dengan baik dengan usaha bersama, jadi masa edit saya menjadi kurang dan saya dapat bekerja bersama anda dengan lebih senang daripada ketika kita baru mulakan Supreme Master Television. Jika tidak, jika berterusan macam itu, adalah mustahil bagi saya terus hidup. Terima kasih sekali lagi, anda semua. Banyak pahala atas apa yang anda lakukan. TUHAN kasihi anda. TUHAN sangat kasihi anda. TUHAN kasihi anda selama-lamanya. Saya kasihi anda juga. Dikasihi, diberkati, bergembiralah dengan anda buat kerja baik yang tak banyak orang dapat buat. Saya begitu bangga dengan anda. Sentiasa gembira bekerja bersama anda.

Photo Caption: “Badan Fizikal ialah Alat Suci untuk Pertumbuhan ke Atas”

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-07-08
274 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-07-07
7293 Tontonan
Filem Pendek
2026-07-07
301 Tontonan
Perjalanan Melalui Alam Estetik
2026-07-07
359 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-07-07
775 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-07-06
254 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun