Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Arahan daripada MAPA untuk Ketibaan Dunia Aman yg Lancar

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Hari ini 23 Jun 2026, awal pagi. MAPA PALING Berkuasa beritahu saya bahawa saya tidak harus keluar dari tempat saya kerana keazaman yang kuat perlu digunakan dengan lembut dan penyayang, bermakna perlahan-lahan juga Saya tanya mengapa dan MAPA berfirman, “Kerana Keamanan Dunia bergerak secara perlahan-lahan ke arah Ukraine (Ureign),” dan saya “tidak boleh berada di luar” khemah, aktif sepenuhnya dengan pergerakan biasa, pergerakan pantas atau terlalu banyak pergerakan kerana ini takkan segerak dengan pergerakan perlahan Keamanan.

Aku syukur kpd Engkau, Bapa yg dicintai Aku begitu gembira dgn Engkau begitu kasihi kami dan mengajar kami setiap perincian kecil yang badan fizikal di dunia fizikal tak dapat sentiasa tahu apa yang nak dibuat dengan itu. Sekarang saya masih ada tenaga perlahan dan pergerakan perlahan. Jadi ini buat kita terasa macam letih tetapi kita tidak. Jadi pergerakan saya hari ini perlu agak perlahan seperti semalam. Semalam saya juga diberitahu pada waktu pagi dan juga pada waktu petang bahawa saya perlu berada di dalam khemah dan bersenyap, lebih tenang supaya sejajar dengan pergerakan yang damai. Sebenarnya kata-kata itu ialah “pergerakan Dunia Aman Damai”.

Saya gembira dengan saya diberitahu tetapi masalahnya, semalam beberapa hantu ghairah, sembilan drpd mereka, terbang dekat kawasan saya dan banyak ganggu ketenangan saya. Itu susah kerana mereka tahu saya perlu bersenyap, bertenang dan tiada perasaan hendak berlawan, atau tidak berlawan, tunjukkan tentangan terhadap karma dunia di sekeliling dan terhadap mereka juga. Selepas itu, mereka ditangkap dan dikurung di neraka selama-lamanya, tidak menimbulkan kesusahan lagi! Ini memang meletihkan. Namun begitu, kita perlu lakukannya demi Kehendak TUHAN, demi Keamanan Dunia.

Saya harap ini akan berakhir tak tak lama lagi – bukan hanya keamanan tiba buat kali kedua di dunia kita, bergerak dengan perlahan ke arah kawasan terpengaruh tetapi perjanjian Dunia Aman Dunia ini akan diselesaikan dengan cepat, jauh lebih cepat daripada sekarang. Namun begitu, perlahan tetap lebih baik drpd tiada apa-apa pun. Saya bersyukur kepada TUHAN, MAPA kita, Ibu Bapa PALING Berkuasa, PALING Pengasih kita kerana menyelamatkan kita, dunia ini dengan semua makhluk baik di dalamnya. Saya ada ringkasan/laporan pendek lain tapi TUHAN berfirman, sebenarnya, jadi saya akan beritahu anda ini dulu sekarang.

Pada waktu pagi, MAPA beritahu saya – kerana setiap hari saya perlu tanya MAPA sama ada terdapat apa-apa yang istimewa yang DIA hendaki saya lakukan pada hari itu atau tidak, seperti hari ini, contohnya, tiada kekecualian dan oleh sebab saya kata saya harus keluar bekerja untuk Supreme Master Television sekarang, jadi MAPA beritahu saya, “Tidak, berada di sini.” Jadi saya tanya mengapa dan MAPA berfirman, “Oleh sebab Keamanan Dunia bergerak dengan perlahan, jadi pergerakan-Mu juga harus lembut supaya padan dengannya.” Jadi itu Firman TUHAN. Saya tanya lagi, “Tapi mengapa pergerakanku berkaitan dengan pergerakan Dunia Aman Damai?” Jadi TUHAN berfirman, “Keazaman-Mu untuk keamanan perlulah sejajar dengan pergerakan Dunia Aman Damai. Jika tidak, ia akan terganggu atau menyebabkan penangguhan,” dan perkara lain.

Jadi sekarang saya berfikir tentang perbuatan masa lalu saya. Kadangkala ia terlalu menyibukkan dan itu takkan macam aman damai. Tapi apa yang saya nak buat? Begitu byk gangguan di sekeliling saya, nampak atau tak nampak, dan kuasa negatif tak dapat ganggu saya, jadi mempergunakan orang saya untuk ganggu saya. Mereka ganggu mereka dan mereka ganggu saya kerana mereka ada hubungan langsung dengan saya. Kadangkala ia melalui banyak ahli pasukan kami. Dah tentu, saya perlu uruskannya. Sesetengah pergerakan tak boleh begitu lembut. Saya takkan keluar untuk berlawan dengan sesiapa pun tetapi maksud saya kuasa dalaman yang melawan kuasa negatif tak dapat damai, lembut dan penyayang sepenuhnya.

Hidup saya agak rumit, sukar nak sentiasa jelaskan. Jadi biasanya saya tak terlalu banyak menjelaskannya. Saya tak pernah rakamkan perbualan saya dengan TUHAN, pasukan Syurga atau pengaturan Syurga dan lain-lain. Ini kerja yang agak banyak, di dalam dan di luar. Dah tentu, jika saya tiada rancangan Supreme Master Television untuk lihat, edit atau tambahkan komen, seperti tambahkan lebih banyak isi atau lebih banyak kata-kata, maka barangkali saya akan ada lebih banyak masa dan jenis kehidupan yang lebih tenang di dalam dan di luar. Tetapi kerja untuk Supreme Master Television ini juga berkaitan dengan kerja saya yang lain, kerja Keamanan atau sebarang kerja lain untuk dunia. Jadi buat masa ini saya tak boleh hentikan kerja Supreme Master Television daripada rutin harian saya. Tetapi syukur kepada TUHAN atas DIA masih melindungi saya, kasihi saya dan bantu saya buat kerja dengan lebih baik.

Jangan ingat bahawa jika kita ialah Buddha, kita akan hidup di dunia ini dan segalanya akan sempurna seperti yang kita mahukan. Bukan macam itu. Kita perlu hadapi kuasa negatif yang begitu kuat, anda tak tahu, kerana ia dicipta oleh seluruh umat manusia dan semua makhluk, dan ia ada banyak aspek. Kita tak dapat uruskan karma ini dengan satu cara atau cara lain, ada terlalu banyak personaliti yang berlainan di dalamnya jika kita boleh kata karma ada personaliti – bermakna ia ada sifat-sifat yang berlainan, hubungan-hubungan yang berlainan, karma-karma yang berlainan berkaitan orang lain, orang lain dan orang lain, bukan satu orang saja, jadi agak rumit untuk diuruskan.

Dunia dalaman ialah kerja yang berlainan; dunia luar ialah kerja yang berlainan tetapi ia saling berkaitan. Bahagian dalam kononnya Diri yang boleh kita panggil ‘saya’ ini bekerja di dalam dengan Kuasa Ketuhanan, dengan MAPA, TUHAN MAHA Berkuasa dengan TRINITI PALING Berkuasa, Bijak dan Pemurah. Di dunia luar, saya perlu gunakan badan ini, berfungsi seperti manusia, tetapi di dalam dengan kuasa besar. Tetap tidak senang untuk sentiasa menyelaraskan aspek fizikal dan Ketuhanan, mesti ada keseimbangan. Contohnya, Guru dunia dalaman tak perlukan apa-apa pun, tak perlu makan, tak perlu bercakap, tak perlukan apa-apa pun tetapi Guru luaran perlu mengambil makanan, minuman walaupun Guru tidak mahukannya, kerana bahagian ini ialah sebahagian daripada kerja untuk berhubung dengan makhluk fizikal di dunia ini.

Oleh sebab makanan dikeluarkan oleh manusia biasa di planet ini dan kadangkala juga melibatkan bantuan, penjagaan pari-pari, orang-haiwan dan banyak perkara. Banyak perkara bergabung dalam usaha untuk keluarkan makanan yang kita makan. Oleh itu, kita berhubung dengan semua orang yang bekerja untuknya ini, malah dengan orang-haiwan juga, dengan banyak pari-pari dan Dewa-dewi yang bantu menjaga tanah, bantu melindungi tuaian dan lain-lain. Dewa Cuaca juga mesti cuba buat cuaca menjadi sesesuai mungkin, tetapi kadangkala, dah tentu, mereka tak dapat kerana karma buruk mengatasi mereka dan ganggu kerja mereka. Kuasa negatif akan dibenarkan untuk ambil alih kerja mereka buat sementara pada masa itu di kawasan di mana karma adalah berat untuk memusnahkan atmosfera, memusnahkan cuaca baik, memusnahkan tanah dan memusnahkan tuaian, contohnya. Jadi ada banyak perincian untuk diuruskan,

tak begitu senang, macam, “Okey, Guru ialah Buddha. Dia boleh buat apa-apa saja.” Bukan macam itu. Ingatlah, Buddha Shakyamuni, apabila kaum kerabat-Nya dimudaratkan dengan kejam dalam peperangan, Baginda juga tak boleh campur tangan. Ini disebabkan oleh karma peribadi mereka. Barangkali mereka hormati dan sanjungi Buddha tetapi mereka tidak hidup mengikut ajaran-Nya. Oleh itu, mereka perlu menerima karma perbuatan sendiri, atau itu malah mungkin karma mereka daripada hayat lampau, bersama-sama, dua pasukan musuh ini. Buddha memang ada bantu dengan duduk di tepi jalan untuk mengingatkan pihak yang agresif tentang keamanan. Ia memang membantu dua kali tetapi kali ketiga ia tidak membantu lagi. Karmanya terlalu kuat. Ia mempengaruhi keputusan raja yang agresif itu. Kemudian peperangan meletus dgn kejam dan musnahkan kaum kerabatnya dgn cara kejam yg tak dapat dibayangkan, cara paling kejam yang dapat kita bayangkan. Dahsyatnya. Hanya memikirkan itu pun membuat kita… Ya TUHAN, saya tak tahu bagaimana menggambarkan perasaan saya. Agaknya anda tahu.

Saya ada tanya MAPA kita, Yang MAHA Berkuasa, Yang Paling Perkasa daripada Semuanya Yang Perkasa, tenaga Keamanan Dunia telah bergerak ke mana? Jadi DIA berfirman, “Ukraine (Ureign).” Kita ada harapan besar buat masa ini. Saya tanya TUHAN, MAPA kita, “Mengapa tenaga Dunia Aman Damai bergerak begitu perlahan?” Ini apa yang dikatakan-NYA, “Kerana tenaga Dunia Aman Damai…” Kata-kata-NYA – agaknya ia bermakna keamanan dunia – “…bergerak begitu perlahan kerana karma dunia ini terlalu berat.” Tapi tahulah, anda dan saya, kita perlu berfikiran positif, berharap, berdoa, bersyukur agar Keamanan Dunia akan datang kerana Bapa kita boleh mengampuni, membantu kita dengan banyak cara dengan Kasih Sayang-NYA jika kita sangat ikhlas dan dgn rendah diri bersyukur kpd DIA dan meminta DIA supaya mengampuni kita dan buat dunia ini menjadi dunia aman damai.

Tetapi melalui pengumpulan berita harian kita, kita dapat lihat orang telah menjadi benar-benar semakin sedar akan gaya hidup vegan yang akan banyak membantu Keamanan Dunia serta cuaca, tenaga pemurah dan suasana dunia. Segala-galanya akan datang daripada perbuatan tunggal, mudah penuh belas kasihan, kemurahan ini, perlakukan makhluk lain sebagaimana kita mahu diperlakukan supaya kita tidak perlu menerima karma buruk yang kita tidak semaikan. Semoga TUHAN bantu kita menaikkan tinggi-tinggi kesedaran manusia di dunia supaya mereka akan semakin menyedarinya. Buat masa ini, masih belum cukup. Kerajaan, media, orang, semuanya perlu terlibat dalam membawa planet ini ke platform perkembangan spiritual yang lebih tinggi. Kita perlu hidup dengan cara penuh kemurahan, cara hidup penuh belas kasih, kasih sayang, keprihatinan baru dunia kita pasti akan menjadi syurga. Semoga TUHAN bantu kita, berkati kita untuk capai matlamat ini. Syukur kepada Engkau, TUHANKU. Amin.

O ya! Seperkara lagi, saya baru teringat salah satu kata-kata hati daripada saudara seguru anda yang menyatakan bahawa mereka pulang ke bandar lama yang mereka diami sebelumnya. Sebelumnya, ada satu saja restoran vegetarian tetapi sekarang ada 40 buah restoran vegan. Saudara seguru anda tiada tempat duduk pun. Mereka perlu tunggu tempat duduk di sebuah restoran besar yang ada sekurangnya 100 tempat duduk.

Guru Tertinggi Tersayang, Triniti Suci Bersatu Yang PALING Berkuasa dan santo pasukan Supreme Master TV, Dengan rasa terima kasih ikhlas, saya ingin ucapkan terima kasih atas kerja baik kalian dalam rancangan baharu, Arus Berita Harian yang sudah menjadi salah satu rancangan yang mesti disaksikan dalam keluarga kami. Melalui rancangan ini, kita tidak perlu mencari dalam talian lagi dan mendedahkan diri kepada begitu banyak kenegatifan atau maklumat yg tidak boleh dipercayai untuk memahami apa yang sedang berlaku di dunia. Kami benar-benar seronok melihat Presiden Trump dan sebelah positif menang, mendapat tahu tentang nilai khasiat tumbuhan-tumbuhan yang berlainan, mendengar kisah sebenar pengalaman hampir mati dan diberi pandangan sepintas lalu tentang rumah Syurga kita yang indah. Semua ini menceriakan kami setiap hari.

Saya juga ingin berkongsi suatu pengalaman peribadi yg menggembirakan Baru-baru ini, saya kunjungi sebuah kedai francais untuk beli produk solekan vegan. Saya terkejut mendapati bahawa lebih satu pertiga daripada jenama kosmetik di kedai itu adalah vegan dan bebas kekejaman. Terdapat banyak pilihan, kualitinya sangat baik dan harganya berpatutan. Berbanding dengan 2017 ketika Supreme Master TV baru bermula, terdapat satu jenama vegan saja dengan pilihan terhad. Perubahan ini sangat ketara. Baru-baru ini, saya temui satu lagi kedai francais di mana lebih satu pertiga daripada jenama kosmetiknya adalah vegan juga. Kemajuan ini terasa sangat memudahkan dan buat saya gembira selama beberapa hari.

Selain itu, pada musim panas yang lalu, kami melancong ke China dan kunjungi restoran bufet vegan untuk makan tengah hari. Kami terkejut dengan tiada tempat duduk kosong walaupun itu restoran besar sekali yang ada kira-kira 100 tempat duduk. Kami terpaksa menunggu baru dapat duduk. Apa yang lagi mengejutkan ialah makanannya yang pelbagai – kira-kira 50 hingga 60 masakan vegan yang berlainan dihidangkan dengan cantik. Itu memang menakjubkan. Berbanding dengan 10 tahun yang lalu ketika hanya terdapat satu restoran vegetarian yang ada beberapa pelanggan saja, perubahan ini memang sangat ketara. Kami juga mendapat tahu bahawa sesetengah restoran daging orang-haiwan telah ditutup sementara restoran vegan menjadi semakin popular. Sekarang terdapat kira-kira 40 buah restoran vegan di bandar itu. Orang memang makin hari makin suka akan makanan vegan. Semoga dunia vegan dan aman damai segera tiba. Semoga Guru dan semua saudara seguru nikmati Syurga di Bumi bersama dengan semua makhluk tidak lama lagi. Anak murid TUHAN-Mu, Scarlett dari Kanada

Ini kedengaran sangat optimistik, sangat positif. Ini memang perubahan besar di dunia ini. Semakin banyak orang telah menjadi vegan. Itu memang bagus. Syukur kepada Engkau, TUHAN. Syukur kepada Engkau, TUHANKU. Terima kasih kepada Engkau, TRINITI PALING Berkuasa. Terima kasih, semua Santo & Orang Suci serta semua pasukan Syurga yang banyak membantu untuk membuat ini berlaku dan buatnya menjadi semakin baik sepanjang masa supaya orang di dunia ini akan jalani kehidupan seperti di Syurga, supaya orang-haiwan takkan takut apabila mereka nampak bayang manusia dan manusia takkan takut melihat bayang manusia lain. Amin.

Photo Caption: “Keanggunan Hidupan Liar Mengingatkan Seseorang tentang Mimpi Lembut, Penuh Misteri dan Indah!”

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-07-07
6109 Tontonan
Filem Pendek
2026-07-07
109 Tontonan
Perjalanan Melalui Alam Estetik
2026-07-07
315 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-07-07
588 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-07-06
54 Tontonan
Planet Bumi: Kediaman Penyayang Kita
2026-07-06
51 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun