Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Hari ini 3 Ogos 2026. Pagi. Tak tahu pukul berapa. MAPA, Guru Tertinggi, Triniti PALING Berkuasa beritahu saya dalam meditasi. Petikan: “Adakah Engkau…” Saya dah lupa, saat. “Adakah Engkau dah sedia untuk menerima Keamanan Dunia?” Saya tergamam untuk seketika. Kemudian hati saya berdebar-debar, berkata, “Dah tentu, dah tentu, dah tentu. Ya, ya, ya, ya, ya, ya, aku terima, aku terima, aku terima, aku terima Keamanan Dunia. Aku terima Keamanan Dunia. Kami semua terima Keamanan Dunia. Kami semua dah sedia untuk menerima Keamanan Dunia.” Kemudian saya masih terkejut, bertanya, “Bapa Yang Pengasih, Triniti PALING Berkuasa Yang Pengasih Mengapa Engkau tanya aku?” Kemudian saya diberitahu, “Kerana Keamanan Dunia adalah milik-Mu.” Ya TUHAN. “Bapaku, begitu ke?” Mengapa Engkau tanya aku? Mengapa Engkau tanya sama ada aku dah sedia utk terima Keamanan Dunia?” DIA berfirman kepada saya, “Kerana Keamanan Dunia adalah milik-Mu.” Saya berhenti untuk seketika dan bertanya, “Adakah terdapat lebih banyak kata selepas kata-kata ini, ‘Keamanan Dunia adalah milik-Mu’?” Triniti beritahu saya, “Ya, ada.” Petikan: “Ya, ada.” Saya berkata, “Tolong beritahu aku.” Trinity berkata, “Kerana sifar peperangan.” Ya TUHAN, mana boleh saya percaya bahawa impian ini telah jadi kenyataan? Tetapi saya berkata, “Yang PALING Berkuasa, Yang Tercinta dalam hidupku yang tinggal secara tetap dalam hatiku, mengapa Engkau beritahu aku ini tetapi aku tak dengar sebarang pengumuman rasmi di dunia tentang Keamanan Dunia?” Maksudku, aku belum dengar sesiapa yang masih sangat aktif dlm peperangan berkata bhw mereka telah tandatangani Keamanan Dunia, telah tandatangani perjanjian damai sesama mereka. MAPA, MAPA, MAPA. TRINITI, TRINITI, TRINITI Yang PALING Berkuasa, Yang PALING Pengasih, Yang PALING Pengampun, Yang PALING BANYAK Melindungi. Tolong beritahu aku. Kerana aku belum dengar, Bapa Pengasih, aku belum dengar seperti Rusia dan Ukraine atau Ureign menandatangani apa-apa bersama. Adakah Engkau cuba beri kata-kata penuh kasih sayang? Adakah Engkau cuba menenangkan aku utk buat aku teruskan kerana pada 1 Ogos, suatu hari Ogos, 1 Ogos, aku berharap mungkin aku boleh ada sekurang-kurangnya satu pertemuan dengan Raja yang jauh, salah seorang Raja jauh yang bawa kecerahan dan lebih banyak harapan ke dalam hidupku, mungkin berkat semua Raja akan bantu umat manusia dan semua makhluk di dunia ini mengeluh sesuatu jenis lega syukur daripada segala pembunuhan yang berterusan di medan perang ini dan segala kesusahan, bencana yang dibawa dengan peperangan ini. Tetapi aku belum dapat bercakap dengan mana-mana Raja kerana karma keamanan dunia yang teruk ini masih asyik menghalangnya. Kemudian begitu banyak masalah peribadi juga banyak datang ganggu aku. Peribadi – aku tidak maksudkan hal peribadi atau apa-apa, cuma perbankan yang memerlukan perhatianku, dan hal perniagaan juga. Walaupun ia tidak mengancam aku atau apa-apa, ia timbulkan kebimbangan dan keresahan sama ada aku masih boleh atau tidak kerana aku tak boleh sendiri keluar untuk menguruskannya, tetapi dengan Perlindungan dan Rahmat-Mu, ia masih dapat diuruskan buat masa ini walaupun aku rasa tidak tenang dengan semua itu. Orang-anjingku juga hantar banyak mesej kepada aku, berkata bahawa mereka begitu rindui aku. Mereka alami gejala mabuk cinta dan sesuatu jenis penyakit kecil yang benar-benar menyakiti hatiku. Kemudian Raja-raja sebelumnya melawat planet kami, membawa hadiah, berkat dan kasih sayang untuk menguatkan kuasa positif di dunia ini untuk kami. Aku tiada masa pun untuk menyusun semula perbualanku dengan Mereka supaya ia menjadi lebih dapat difahami, lebih dapat difahami serta ayat dan percakapan yang lebih lancar supaya aku boleh laporkannya kepada orangku dan orang di dunia. Begitu banyak perkara. Itu macam suatu penindasan dalam mindaku. Jadi adakah Engkau cuba menenangkan aku disebabkan semua itu? Kami tidak bercakap dalam bahasa duniawi ini semasa perbualan Kami di sini dengan MAPA dan Triniti tetapi saya katakannya secepat itu dan mengejarnya sebaik boleh supaya orang di dunia akan faham kerana kebanyakan daripada mereka tiada kuasa telepati, bermakna mereka telah hilang keupayaan utk gunakannya. Mereka masih adanya, cuma tak dapat gunakannya kerana mereka tak tahu caranya, kerana mereka terlalu sibuk mengejar impian duniawi, kerana mereka telah ditutup mata, disumbat telinga dan bahasa spiritual benar-benar sudah menjadi teruk, jadi mereka tak dapat gunakan kuasa besar yang dikurniakan kepada mereka, tapi masih ada Kasih Sayang-TUHAN dan Kuasa-TUHAN dalam diri mereka. Kuasa negatif yang mengawal dunia ini adalah terlalu banyak, terlalu banyak bagi mereka dapat menentangnya. Sebab itulah saya masih berjuang dengan sekuat tenaga, dengan segalanya yang saya ada hanya untuk menyelamatkan roh di dunia ini. Meskipun saya tidak berjuang utk semua makhluk, saya berjuang untuk roh tak berdosa yang merupakan mangsa pada akhir zaman planet ini kerana jika kita tidak berjuang, dunia akan kalah sepenuhnya kepada kuasa negatif dan mereka akan perlakukan manusia dengan lagi buruk daripada sekarang. Orang-orang di dunia yang menyokong peperangan, masih berperang menentang manusia lain atau menentang umat manusia, itu kerana mereka datang dari zon perang. Mereka datang dari alam perang. Mereka bekerja untuk kuasa negatif atau telah banyak dibius oleh kuasa negatif. Orang lain adalah tidak berdosa sepenuhnya, tidak menentang dalam peperangan tetapi tidak berkuasa untuk membuat apa-apa dengannya. Sesetengah daripada mereka, sesetengah daripada kumpulan manusia yang tidak berdosa ini mencuba, masih ada sedikit kuasa – kuasa duniawi – dan cuba bersungguh-sungguh untuk bawa keamanan kepada dunia melalui meja rundingan. Ia masih belum… Keamanan Dunia masih belum datang lagi. Minta maaf, saya masih lambat sikit dan suara saya bukanlah suara normal. Saya masih macam… separuh dalam samadhi atau berlengah-lengah dalam samadhi, apa-apa saja yang kita katakan. Tetapi jika saya keluar dari tempat rehat saya, keluar dan buat kerja lain dalam kehidupan harian, mungkin saya akan terlupa. Ia pernah berlaku sebelumnya kerana saya tidak terfikir saya perlu beritahu sesiapa pun, jadi saya tak peduli sama ada saya ingat atau tidak. Asalkan saya tahu, roh saya tahu dan Diri tertinggi saya tahu bagaimana mengendalikan segala jenis situasi, maka saya tidak rakamkannya pun. Baru-baru ini saja saya berfikir nak merakamkannya untuk biar dunia tahu akan maklumat ini. Begitu pun, perbualan dengan Raja Puse telah hilang. Pasukan saya tidak terimanya drpd saya dan saya tak dapat carinya di mana pun. Saya berkata kepada diri sendiri, “Aku akan cuba kisahkannya semula,” tetapi saya tak pasti sama ada saya dapat ingat akan semuanya, juga sama ada saya ada masa utk lakukan ini. Ya TUHAN! Minta maaf, saya telah janji untuk beri anda perbualan pertemuan antara Raja Puse dengan saya tetapi saya tak dapat kerana tiada masa untuk mengisahkannya semula, atau sama ada saya ingat akan sebahagian atau semuanya. Kerana kuasa negatif sekarang menunjukkan pengaruh sekuat mungkin terhadap dunia kita dan membuat manusia menderita, orang-haiwan menderita, semua makhluk menderita, melalui segala jenis fenomena bencana, banjir, kemarau. Segala jenis kejadian yang tidak menyenangkan telah berlaku, menghukum manusia yang kesian sehingga hampir rebah. Banyak orang tak tahu kerana mereka kaya atau berada dalam kerajaan yang berkuasa. Mereka sentiasa akan ada segalanya yang diperlukan atau hampir segalanya secara fizikal seperti makanan, keselamatan, segala jenis keselesaan. Jadi sukar bagi mereka, terutama penghasut perang, memahami penderitaan rakyat mereka, orang-orang yang sepatutnya dilindungi, yang bayar cukai untuk menyara mereka dengan mewah, beri keselesaan, kuasa kepada mereka untuk menolak pendapat dan hasrat mereka serta bunuh mereka atau kononnya penentang, musuh mereka, atau negara jiran tanpa mengelipkan mata kerana mereka tidak kekurangan apa-apa pun. Hanya orang miskin yang bekerja keras sekali, rajin membayar cukai hingga sen terakhir, yang risau tentang yuran sekolah anak, tentang makanan, pakaian dan keselesaan anak, menderita. Mereka begitu banyak menderita. Bapa, ampunilah kami semua, ampunilah pengagresi pun. Lindungilah orang yang tidak berdosa. Biar mereka hidup selesa. Hapuskan segala kemurkaan semua dewa dan karma. Biar umat manusia ada satu lagi peluang untuk mengenal Keagungan-Mu, Kasih Sayang-Mu dan bersyukur kepada Engkau. Saya tahu dalam sesetengah kes, saya ingin berikan derma kepada sesetengah tempat, sesetengah orang, sesetengah bencana, malah sesetengah pusat perlindungan orang-haiwan tapi saya hanya dibenarkan untuk berikan makanan vegan. Itu benar-benar menyayat hati saya. Disebabkan oleh karma mereka, saya tak dapat bantu mereka. Tiada sesiapa yang akan memahami ini, kan? Jika tidak, jika mereka semua memahaminya, mereka takkan terus saling membunuh, membunuh orang-haiwan, membunuh bayi, makan daging orang-haiwan yang dibunuh, menitiskan darah dan membuat segala jenis perkara lain yang memudaratkan diri sendiri dan makhluk lain. Photo Caption: “Tersembunyi oleh Misteri, DIRI SEBENAR MEGAH akan Terdedah!”











