Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
O MAPA, O Triniti Yang Paling Berkuasa, Paling Pengasih, Paling Pemurah, beritahulah aku, mengapa Engkau beritahu aku ini, bahawa “Keamanan adalah milikku” sedangkan aku tidak nampak jauh lebih banyak yang berlaku? Dah tentu, aku tahu, aku tahu orang yang damai, orang yang mungkin berada di negara damai, dunia damai dan zon damai sudah rasa damai walaupun mereka masih tinggal di dunia yang sama di sini tetapi kerana mereka tidak berada di dunia perang dan zon perang dalam karma mereka, jadi mereka sudah berasa damai, dan semua orang-haiwan pun berasa damai. Mereka datang beritahu aku setiap hari, banyak kali sehari dan aku tahu orang berasa damai. Kononnya anak murid TUHAN aku berasa damai tapi masih ada banyak orang tak berdosa yang terperangkap dalam cengkaman kuasa negatif yang menguasai planet ini selama sangat banyak abad. Mereka terus mengetatkan cengkaman, membuat orang menderita tanpa penghujungnya, TUAN. Jadi mengapa Engkau kata Keamanan adalah milikku? Aku ada dengar itu sebelumnya, TUAN, daripada Raja Keamanan dan semua Raja, malah orang-haiwan juga datang beritahu aku itu tetapi aku mahukan keamanan sepenuh. Aku mahukan 100% keamanan untuk dunia ini, untuk umat manusia, untuk semua makhluk yang sudah terlalu banyak menderita. Aku tidak kisah jika mereka menderita asalkan mereka akan diselamatkan, dinaikkan ke alam yang lebih tinggi tetapi bukan mereka semua begitu bertuah kerana mereka telah wujudkan begitu banyak karma. Jadi meskipun mereka mati, mereka takkan pergi ke Syurga. Meskipun mereka menderita, mereka takkan dapat elakkan neraka – bukan mereka semua. Jadi dunia ini adalah seperti… separuh atau kebanyakan daripadanya kelihatan macam neraka bagi aku. Hatiku sakit selama-lamanya, TUAN. Beritahulah aku mengapa Engkau berfirman hari ini, “Keamanan Dunia adalah milik-Mu”, bermakna Keamanan Dunia adalah milik-Ku. Tolonglah, boleh Engkau beritahu aku dengan lebih jelas? Aku tahu aku tak harus tanya soalan ini. Kelihatan macam aku meragui Engkau tetapi aku masih di dunia manusia dan aku ada sifat manusia, soalan manusia, logik manusia, harapan manusia, aspirasi manusia dan rasa simpati manusia terhadap semua makhluk di sekelilingku. Jadi berbelas kasihanlah dan jelaskannya kepada aku. Jadi MAPA berfirman, “Engkau, Diri-Mu, sudah damai. Engkau, Diri-Mu sudah bebas karma. Harus bergembira. Orang di dunia ini tidak baik hati dan tidak layak mendapat keamanan. Biarkan mereka saja.” Oh, TUAN, TUANKU, aku memang bersyukur atas apa yang aku ada, memang amat bersyukur atas aku ada kedamaian, tempat damai untuk bekerja, kedamaian dan segala-galanya yang memang aku perlukan, cuma… maka tolonglah tenangkan hatiku. Hatiku dibuat daripada Engkau, daripada Kasih Sayang-Mu. Ia tidak berhenti merasai apa yang orang lain dan makhluk lain rasai. Walaupun aku tahu akan apa yang Engkau beritahu aku, aku memahami semuanya, namun aku tak dapat berhenti berasa dan menderita untuk makhluk lain – untuk orang-haiwan yang diperlakukan dengan kejam; untuk bayi yang tak berpeluang keluar untuk bersyukur kepada Engkau; untuk orang yang menderita di zon perang, kemarau dan banjir seperti itu cuma kerana mereka jahil, TUANKU, atau dibius oleh kuasa negatif yang begitu ganas, menganiayai mereka tanpa berhenti, anak-anak-Mu. Aku masih di dunia ini, TUANKU. Aku tidak berada di Syurga sepenuhnya. Aku di Syurga-syurga yang berlainan, di tahap-tahap kesedaran yang berlainan sepanjang masa, pada masa yang sama. Aku menderita apabila melihat makhluk lain menderita. Aku rasa sakit apabila makhluk lain rasa sakit. Aku rasai segalanya kerana jantungku masih dibuat untuk berdenyut dengan ritma yang sama dengan semua makhluk di sekelilingku. Sebab itu aku cuba bersungguh-sungguh untuk bawa mereka ke zonku – zon damai, zon makrifat, zon kepuasan – yang sentiasa rasa cukup, sentiasa rasa damai, sentiasa rasa gembira dan bersyukur. Bukan mereka semua dapat buat begitu, TUAN. Mana boleh aku berasa tenang? Tapi aku bersyukur dengan dalam, rendah diri atas Berkat-Mu, Rahmat-Mu, Kasih Sayang-Mu. Aku benar-benar bersyukur, cuma jantungku tak dapat berhenti berdenyut dengan ritma yang sama dengan semua ini di sekelilingku – semua orang, semua makhluk di sekelilingku. Apabila aku lihat pokok mereput, dimakan oleh serangga, semut dan sebagainya, aku tetap rasa begitu susah hati untuk pokok itu. Aku berdoa untuk pokok itu dan menenangkan pokok itu. Aku tahu mungkin dah tiba masanya pokok itu berevolusi menjadi sesuatu yang lebih baik. Itu menenangkan aku sikit. Tetapi seperti yang Engkau beritahu aku bahawa orang-haiwan di sesetengah pusat penyelamatan diberi makan daging orang-haiwan, jadi mereka mewarisi karma buruk. Jadi jika aku terus membantu mereka, berikan derma kepada mereka, mereka akan terus bunuh orang-haiwan yang lain untuk dimakan. Maksudku, orang yang menjaga mereka bermaksud baik tetapi menanggung karma daging orang-haiwan yang dibunuh untuk dimakan. Mrk juga beri makan kpd orang-haiwan di bawah jagaan mereka dengan daging orang-haiwan lain yang dibunuh. Oleh itu, karma mereka menjadi semakin buruk. Jadi Engkau berfirman bahawa lebih baik mereka mati dan ada karma bunuh yang kurang, seperti daging orang-haiwan yang dibunuh yang mereka makan, dan mereka akan menjadi lebih baik dalam hayat seterusnya, hidup selepas mati atau malah mendapat pembebasan. Aku tahu akan itu, TUAN, dan percayai apa yang Engkau firmankan, segala-galanya. Aku tahu akan semua itu, cuma hatiku tetap sakit. Tolonglah bantu aku supaya hatiku tidak terasa begitu tidak senang lagi, supaya aku tidak rasa bersimpati lagi, tidak berasa resah dan tak dapat tidur lagi atas sebarang penderitaan di dunia ini kerana aku bekerja untuk Supreme Master Television dan semua berita perlu aku tahu dan lihat untuk tujuan mengingatkan orang lain supaya kekal menjadi manusia, menjadi lebih baik hati, lebih pemurah, lebih berbelas kasihan agar mereka akan menjadi bebas. Oleh itu, segala penderitaan ini mengingatkan aku setiap hari di Supreme Master Television kami sendiri. Aku tak dapat terlepas daripada itu. Aku tak boleh tak tahu. Aku tak dapat lupakan segala penderitaan ini selama sesaat pun. Jadi aku tahu ini salahku. Aku tahu ini salahku. Kadangkala walaupun aku percayai orang membantu orang, namun mendapat kesan buruk. Akhirnya, aku tahu semuanya salahku tapi apa yang boleh aku buat, TUAN? Hingga hari aku pergi, meninggalkan domain fizikal ini dan pulang ke Kediaman aku sendiri, aku akan perlu menahan segala penderitaan ini. Tolonglah, aku bukan tidak bersyukur, TUANKU. Aku benar-benar bersyukur setiap hari. Engkau tahu akan itu. Aku bersyukur atas Engkau asyik beritahu aku tentang kedamaian aku sendiri, jaga urusan sendiri dan nikmati kedamaianku di dalam, di luar – nikmati segalanya yang Engkau kurniakan kepada aku, TUANKU Apa yang aku fikirkan, jika aku sangat baik, sangat sempurna, sangat gembira dalam hidup tetapi jika tak dapat bantu mana-mana drpd mereka, mana boleh aku rasa senang dengannya? Tetapi memikirkannya, aku sangat bertuah. Aku orang yang paling bertuah, dalam fikiranku, di dunia ini, di Alam Semesta ini. Aku juga begitu bersyukur atas melalui Kuasa-Mu, Kasih Sayang-Mu, banyak orang masih datang dapatkan inisiasi untuk menjadi dekat dengan TUHAN, lebih memahami TUHAN di dalam diri mereka dan sedia untuk pulang ke Rumah kerana mereka dah letih, TUAN. Sesiapa yang datang kepada aku melalui Rahmat dan Bimbingan-Mu sudah separuh mati, hidup di dunia yang bergolak ini. Aku begitu bersyukur atas Engkau ampuni mereka, bawa mereka kepada aku dan mengubah mereka, buat mereka menjadi santo di bawah bimbingan-Mu, usaha fizikalku dan usaha anak murid TUHAN aku. Aku syukur kpd Engkau selama-lamanya kerana beri kami keistimewaan bertuah ini untuk membuat kerja-Mu, jalankan misi-Mu. Aku bersyukur kepada Engkau atas itu setiap hari. Jadi meskipun aku tak dapat buat apa-apa jauh lebih banyak lagi, meskipun aku tak dapat bercakap dengan semua Raja, meskipun aku masih berasa resah dalam hatiku atas penderitaan makhluk lain, aku bersyukur kepada Engkau selama-lamanya, TUAN. Agaknya aku ‘tamak’ demi kegembiraan makhluk lain. Aku tak tahu bagaimana memperbaik itu – agar aku tidak resah, bimbang dan menderita untuk makhluk lain. Aku masih tak tahu bagaimana berbuat demikian, TUANKU. Ampunilah aku jika aku masih mahukan lebih banyak kedamaian utk makhluk lain Ampunilah aku. Benar-benar ampuni aku. Bukanlah kerana aku tidak bersyukur atas kedamaian, kegembiraanku dan segalanya yang lain yang Engkau kurniakan, cuma aku lihat makhluk lain tiada apa yang aku ada. Itu apa yang menyakiti aku, TUAN. Ampunilah aku. Aku bukan… Aku faham. Aku bukan tidak bersyukur, cuma aku tak tahu bagaimana mengawal hatiku. Jika boleh, Engkau tunjukkanlah jalan kepada aku, sembuhkannya. Tapi tolong jangan beritahu aku, jangan perintahkan aku supaya lupakan umat manusia yang alami penderitaan, yang menderita. Kerana Engkau berikan begitu banyak kepada aku juga. Mana boleh aku tak nak kongsi, TUAN? Aku ialah Engkau, dan Engkau ialah Kasih Sayang, Engkau Bersifat Melindungi, Engkau Berbelas Kasihan dan lebih banyak lagi daripada semua itu. Mana boleh Engkau… Maksudku, suruh aku atau harapkan aku bukan mana-mana daripada itu? Aku bersyukur selama-lamanya, TUAN, cuma aku tak tahu bagaimana tidak berasa sakit apabila orang lain berasa sakit. Aku terlalu penuh emosi. Aku akan berehat. Aku akan berhenti sekejap dan Engkau beritahu aku apa-apa lagi, TUANKU, selepas… selepas aku bertenang. Photo Caption: “Kecantikan Tidak Sentiasa Ditunjukkan, Sudut Halaman Belakang Bolehlah Selesa”











