Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Engkau tahu sangat, TUANKU, bahawa aku tak pernah minta kekayaan, kemasyhuran, apa-apa pun drpd Engkau tentang diri sendiri, untuk diri sendiri. Aku dah bersyukur, apa-apa saja yg Engkau berikan kpd aku. Meskipun aku mati kedahagaan atau kelaparan esok, aku akan sentiasa bersyukur atas apa-apa saja yang Engkau putuskan tentang diriku, tentang hidupku. Aku tak pernah minta lebih banyak. Engkau tahu akan itu. Tapi aku tak boleh tak pedulikan kesakitan orang lain kerana aku tahu mereka semua jahil, TUAN, betul-betul jahil. Mereka lupa akan Engkau kerana terlalu sibuk mengejar kemasyhuran, kekayaan duniawi atau mungkin hanya kehidupan yang baik, ada keselesaan yang mencukupi, ada makanan yang mencukupi untuk diri sendiri dan anak. Semua ini buat mrk begitu sibuk, TUAN. Tolonglah lihat, tolong lihat dan nampaknya. Dan selama-lamanya macam itu – mereka akan ada karma, semakin banyak karma disebabkan semakin banyak keperluan. Mereka tak dapat keluar dari kitaran kejam ini, sebab akibat. TUANKU, tolong buat semula dunia ini, buatnya menjadi syurga. Mengapa tidak, TUAN? Mengapa kita perlukan dunia ini, TUAN? Roh yang Engkau cipta untuk mereka dah sangat sempurna. Mengapa roh perlu mempelajari apa-apa? Tolong jangan biarkan kuasa negatif mengawal dunia ini lagi. Tolong naikkan seluruh umat manusia dan semua makhluk ke atas sebagaimana yang Engkau hendaki, seperti diri mereka yang sebenarnya. Hanyalah suatu kebetulan mereka jatuh ke dalam dunia ini. Mungkin kemahuan bebas buat mereka menjadi begitu suka mengembara, ingin mencuba sesuatu yang baharu, sesuatu yang lebih mencabar tetapi itu tidak baik utk mereka, TUAN. Mereka adalah sempurna, cara Engkau mencipta mereka. Jadi tolong hentikan segala penderitaan ini Mereka tak perlu pelajari apa-apa pun. Mereka tak perlu masuk ke dalam minyak didih dan api yang menyala hanya untuk pelajari sesuatu. Tiada sesiapa yang perlu menjadi apa-apa kecuali anak-Mu. Keadaan di Syurga adalah baik. Mereka tak perlu tergoda untuk datang ke sini dan kuasa negatif pergunakan sifat tak tahu apa-apa mereka, rasa ingin tahu mereka, kemahuan bebas mereka untuk terlalu banyak menyeksa mereka. Tolong hentikan semua ini. Tolonglah. Jika segala hukuman perlu dijalankan, kenakanlah semuanya pada aku. Hanya satu orang dah cukup, tak perlu semua makhluk menderita, TUAN. Aku tahu Engkau menderita juga, melihat anak-anak-Mu menderita. Aku cuba sedaya upaya untuk mengurangkan penderitaan-Mu juga. Jadi tolonglah, jangan menyalahkan aku kerana ada hati yang lembut ini. Baiklah, aku memohon ampun kerana terlalu banyak bercakap. Aku seharusnya dengar firman-Mu. Ada apa-apa lagi yang ingin Engkau beritahu aku, TUANKU? Aku sedang dengar ini. Sebelum aku terlupa: Tolonglah, aku tidak mahukan apa pun. Engkau malah beritahu aku, aku akan menjadi terkenal. Petikan, “Engkau akan menjadi terkenal.” Aku tak pedulikan kemasyhuran. Aku tak pedulikan keselesaan. Aku tak peduli nak miliki seluruh dunia pun. Aku hanya mahu dipanggil ‘anak perempuan tersayang-Mu’. Itu buat aku rasa paling gembira. Itu buat aku rasa sangat… sangat berharga, sangat puas, sangat cukup dari segi apa pun. Hanya izinkan aku jadi anak perempuan pengasih-Mu. Aku tak perlukan apa pun. Engkau dah berikan banyak kepada aku. Aku makan satu hidangan setiap hari. Aku ada khemah yang cantik untuk didiami, yang aku rasa macam rumah. Di dunia fizikal, aku rasa khemah ini ialah rumahku. Aku benar-benar rasa tenang, selamat, puas dan gembira di dalamnya. Engkau sudah berikan itu kepada aku. Engkau sudah berikan ketenangan, perasaan tenang fizikal kepada aku. Aku ada segala-galanya yang aku perlukan, TUAN, dan aku boleh bekerja untuk Engkau. Engkau Bos yang terbaik di seluruh Alam Semesta dan segalanya yang boleh aku impikan. Engkau menjaga aku dari begitu banyak segi, malah sehingga ke perincian kecil. Ya, Engkau membimbing aku di sepanjang jalan, 24 jam setiap hari. Aku tidak mahukan apa-apa lagi, TUAN. Amat bersyukur kepada Engkau. Syukur kepada Engkau, PAPA. Syukur kepada Engkau, MAPA. Jadi TUHAN berfirman, “Engkau layak mendapat kedamaian dunia dan pujian dunia.” O TUANKU, banyak kali Engkau beritahu aku perkara yang serupa seperti, “Engkau akan dipuja oleh orang di dunia,” dan sebagainya. “Engkau akan dipuji oleh orang di dunia,” dan sebagainya tetapi aku tidak mahukan itu, TUAN. Aku bersyukur kepada Engkau atas ingin berikannya kepada aku tetapi aku tidak perlukannya. Engkau dah berikan segalanya kpd aku. Jadi aku beritahu Engkau, atau sekurang-kurangnya beritahu diri sendiri: Orang di dunia harus memuja Engkau, harus memuja TUHAN, harus memuji TUHAN, harus cintai TUHAN, harus ingati TUHAN. Jika mereka semua buat begitu, aku dah sangat gembira. Apa lagi yang harus aku mahukan di dunia ini? Aku hanya mahukan Engkau. Aku hanya mahu bersama Engkau. Walaupun aku dah bersatu dgn Engkau, aku masih nampak orang di dunia yang terpisah daripada Engkau. Mereka harus bersatu dgn Engkau juga. Mereka harus gembira. Mereka harus ada kedamaian. Mereka harus mengenali Engkau. Mereka harus cintai Engkau, memuji Engkau, memuja Engkau. Tiada apa-apa lagi yg harus mereka buat. Maka mereka akan ada segala-galanya, seperti aku ada segala-galanya. Mereka harus hanya mahukan TUHAN, cintai TUHAN, kenali TUHAN – maka mereka akan ada segala-galanya yang diperlukan, lebih banyak daripada yang diperlukan dan dunia ini akan menjadi syurga. Tiada sesiapa yang harus takut pada orang lain. Tiada kanak-kanak yang harus berjalan di jalanan dengan rasa takut diserang, dibuli, diculik atau malah dijual untuk tujuan duniawi yang tidak baik. Sekurang-kurangnya itu, dan jika mereka kenali Engkau, mereka akan ada segala-galanya. Itu apa yang aku tahu tetapi aku tidak cukup baik untuk buat semua orang tahu akan ini. Semuanya salahku, TUAN, kerana aku tak cukup berbakat, kerana aku tak dapat beritahu semua orang ini dan buat mereka mempercayainya. Tolonglah, mereka hanyalah jahil, dibius, diracun dan dikawal untuk membuat apa-apa saja yang bertentangan dgn kehendak mereka dan Kehendak-Mu, jadi tolong ampuni mereka. Ampunilah mereka semua, TUANKU, dan buat dunia ini menjadi tempat yang lebih baik, syurga untuk mereka semua. Seharusnya tiada planet Bumi lagi. Seharusnya tiada neraka lagi, TUAN. Itu apa yang aku hasratkan, memang, jika aku boleh hasratkan apa-apa. Itu saja yang aku hasratkan: seluruh umat manusia hidup di planet seperti syurga dan tiada lagi kenegatifan kejam yang wujud di mana-mana pun manusia dan anak-anak-Mu diami. Itu saja yang aku hasratkan, tiada apa-apa lagi, TUANKU. Adakah Engkau mahu beritahu aku sesuatu lagi? TUHAN berfirman, “Bebas karma bagi Engkau.” Syukur kepada Engkau, TUANKU. Alangkah baiknya jika semua makhluk dapat sendiri dengar itu demi kebebasan sendiri daripada karma dan penderitaan serta kembali kepada Engkau. Oh, alangkah baiknya – aku tak berani minta – tapi alangkah baiknya jika seluruh umat manusia dapat dengar apa yang Engkau firmankan sekarang dan dapat bebas daripada semua karma tetapi mereka akan membuat karma lagi. Itu apa yang Engkau firmankan tetapi mereka cuma… mereka cuma naif, TUAN. Mereka dilahirkan daripada Engkau. Mereka sangat suci, sangat tak berdosa tetapi apabila mereka memilih untuk datang ke dunia ini, kuasa negatif sudah padamkan segalanya daripada ingatan suci manusia. Mereka tak tahu mereka datang dari mana lagi. Mereka tak tahu bahawa mereka ialah anak-Mu. Mereka tidak tahu bahawa mereka amat berkuasa. Segalanya disekat untuk mereka. Hanya Guru yang Engkau utus dapat buka pintu rahsia ini untuk mereka, Mata Ketiga supaya mereka dapat bebas daripadanya – dapat bebas daripada karma jika mereka masuki kawasan itu. Selepas Guru yang Engkau lantik bukanya untuk mereka, mereka akan Engkau berkati secara langsung. Mereka dapat mengenali Engkau, dapat mengetahui Rumah mereka, dapat mengetahui bahawa mereka dikasihi oleh Kuasa PALING BESAR, TUHAN Yang Maha Berkuasa. Aku sentiasa rasa begitu bersimpati dengan mereka, TUAN, bukanlah aku suka memikul beban penderitaan, kesakitan dan kesedihan ini dalam hatiku. Tidak, tidak, aku tidak mahukan itu. Ini kerana aku tahu macam mana rasanya di Syurga, melihat, mengenali Engkau. Kerana di dunia ini, semua orang adalah buta, pekak dan bisu. Mereka tak dibenarkan untuk mengenali Engkau, melihat Engkau, rasai Engkau, menikmati Kasih Sayang-Mu, Berkat-Mu. Semua makhluk negatif ini harus dihukum, TUAN, bukan manusia, bukan semua makhluk yg tidak berdosa. Mana boleh sesiapa dibenarkan untuk ganggu, buli anak-anak-Mu? Tolong jangan biarkan kemahuan bebas anak-anak-Mu mencampak mereka ke dalam lautan penderitaan, tangan dan kaki mereka terikat. Aku tahu aku patut dengar firman-Mu tetapi aku tiada sesiapa pun untuk diajak bercakap, maksudku, bercakap tentang perasaan hatiku. Aku asyik meluahkannya. Ampunilah aku. Tolong beritahu aku apa lagi yang Engkau mahu aku dengar, TUAN, perintah-Mu. Jadi TUHAN berfirman lagi, “Kedamaian adalah milik-Mu.” Syukur kepada Engkau, TUAN. Syukur, syukur, syukur kepada Engkau. TUHAN berfirman lagi, “Kedamaian adalah milik-Mu. Kebebasan adalah Milik-Mu. Kasih Sayang adalah milik-Mu.” Syukur kepada Engkau, TUANKU. Syukur, syukur kepada Engkau. Itu saja yang aku hasratkan untuk diri sendiri juga, dan itu saja yang aku hasratkan untuk anak-anak tak berdosa-Mu yang terperangkap di dalam mesin negatif yang kejam, tidak berperasaan, tidak berhati perut, tidak berkasih sayang, segalanya yang buruk. Tolonglah, bantu mereka faham, sedar, TUAN. Aku boleh menjadi wadah-Mu sepanjang masa, 24 jam setiap hari. Tolonglah, aku tak tahu apa lagi yang nak dikatakan. Aku sedang dengar ini, kalau-kalau Engkau masih anggap harus beritahu aku. Baiklah. Engkau sudah berikan terlalu banyak kpd aku – kebijaksanaan, pemahaman, kasih sayang, pengampunan, bebas karma, kedamaian. Segalanya yang boleh aku hasratkan atau tidak hasratkan pun, Engkau sudah berikan kepada aku. Aku hanya nak bersyukur kepada Engkau. Syukur, syukur kepada Engkau. Aku hanya nak sahkan sekali lagi bahawa cintaku pada-Mu adalah selama-lamanya. Ia tak pernah berkurang dan tak pernah dicemari oleh sebarang jenis kebimbangan atau nafsu rendah. Amat bersyukur kepada Engkau, TUAN. Syukur, syukur kepada Engkau. Jika boleh, kurniailah semua makhluk benda sama seperti apa yang Engkau kurniakan kepada aku. Walaupun aku tidak layak, Engkau kurniakan semua itu kepada aku. Jadi makhluk lain, meskipun mereka tidak dianggap layak, tolonglah, tolong kurniai mereka apa yang Engkau kurniakan kepada aku. Amin. Syukur kepada Engkau, TUHAN Yang MAHA Berkuasa, syukur, syukur, syukur kepada Engkau. Syukur dengan nama semua makhluk yang menderita juga. Amin. Photo Caption: “Dengan Bersatu Padu Kita Terus Hidup di Semua Tempat, Hujan atau Cerah”











