Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Hari ini 8 November. Terdapat beberapa persidangan di sana sini dan topik-topik yang berlainan, situasi-situasi yang berlainan. Akhirnya, Raja Buddha Keamanan beritahu saya, “Jangan bergerak. Keamanan akan datang. Jangan risau.” Saya tanya Baginda mengapa begitu baik terhadap saya – sentiasa berada di sisi saya, menjaga banyak perincian saya dan membantu saya, melindungi saya dengan banyak cara. Jadi Baginda bertitah, “Lama dahulu, Engkau Anakku.” Wau! Itu suatu kebanggaan bagi saya, menjadi Anak Raja Buddha agung masa silam. Saya tanya Baginda, “Itu berapa lama dahulu?” Jadi Baginda Raja Buddha Keamanan beritahu saya bahawa itu 976 tahun dahulu. Ya Tuhan, Kasih Sayang sejati akan kekal lama, kan? Ia kekal selama-lamanya – dah hampir 1,000 tahun. Kasih Sayang itu masih wujud, menenangkan saya, melindungi saya. Ya Tuhan, saya terasa macam berada dalam Pelukan Penuh Kasih Sayang, Perlindungan bapa kandung. Oh! Tak hairanlah dalam Bible ada dinyatakan, “Sayangi ibu bapamu.” Dalam Kitab Buddha juga, ia nyatakan kita harus sayangi ibu bapa kita. Dalam mana-mana kebijaksanaan tradisional masa silam, ada dinyatakan juga bahawa kita mesti taat kepada ibu bapa. Terima kasih. Ia tak pernah terasa cukup, Tuan. Terima kasih. Aku rasa selamat dalam Pelukan Penuh Kasih Sayang-Mu. Aku berterima kasih atas Kasih Sayang-Mu Penenangan-Mu, Perlindungan-Mu, Kebijaksanaan-Mu, Nasihat-Mu dan segalanya yang lain. Syukur kepada Engkau, MAPA, kerana kurniakan ibu bapa yang begitu penyayang, menakjubkan kepada aku, seperti Raja Buddha Keamanan. Kemudian saya rasa itu penghujung salah satu persidangan, Raja Buddha Kemudaan ingin beritahu saya bahawa… Ya Tuhan, saya tak tahu berapa baik saya tetapi… tetapi datangnya kata-kata Raja Buddha Kemudaan: Baginda beritahu saya, memetik kata-Nya, “Engkau ialah Raja Kasih Sayang, Kebijaksanaan, Kebaikan Hati dan Hidup Abadi.” Terima kasih, Tuan, atas kata-kata baik-Mu ini walaupun aku tak pernah rasa aku adalah macam itu. Segalanya adalah drpd MAPA Agungku, Ibu Bapa Segala Ibu Bapa yg paling agung Syukur kepada Engkau, TUANKU. Jadi hampir di penghujung [persidangan], Raja Buddha Kemudaan ingin bercakap dengan saya. Saya kata, “Ya, Tuan, silakan.” Baginda beritahu saya, “Engkau…” Saya dah lupa. Saya akan cuba ingat. “Engkau ialah Raja Kasih Sayang, Kebijaksanaan, Kebaikan Hati dan Hidup Abadi. Engkau ialah Tuhan Terpuja Orang-orang Terutama Syurga Yang Suci, dan Kemudaan Abadi.” Selepas itu, Raja Buddha Persahabatan ingin bercakap dengan saya. Jadi saya kata, “Oh! Tuan Yang Suci, selamat datang. Apa khabar? Adakah orang yang ada afiniti dengan Engkau senang untuk diselamatkan?” Raja bertitah, “Ya, ya. Dengan Rahmat TUHAN, ya. Tiada terlalu banyak isu di sini.” Jadi saya berkata, “Wau! Aku gembira untuk Engkau, Tuan. Adakah terdapat kata-kata bimbingan yang ingin Engkau kongsi dengan aku, Tuan?” Jadi Raja Buddha Persahabatan bertitah, “Oh! Takkan berani, takkan berani. Tetapi ingin bercakap dengan Engkau.” Jadi saya kata, “Ya, cakaplah, Raja Buddhaku.” Raja Buddha Persahabatan bertitah kpd saya, “Keamanan telah tiba. Jangan risau, Raja Segala Raja Segala Raja Segala Raja. Orang memuja Engkau untuk keselamatan dan kebebasan.” Saya kata, “Tuanku Raja Buddha Persahabatan, aku perlu sendiri lebih banyak lihat itu tetapi terima kasih, Tuan, atas berita baik ini.” Jadi itu adalah yang terakhir – maksud saya, yang terakhir yang boleh saya kongsi dengan anda – kata-kata salah seorang Raja Buddha, Baginda Raja Buddha Persahabatan. Dah tiba masanya saya perlu keluar dan bekerja bersama pasukan saya secara jarak jauh untuk Supreme Master Television. Mungkin kita akan bercakap lagi tak lama lagi. TUHAN kasihi anda, TUHAN berkati anda, TUHAN lindungi anda. Saya kasihi anda. Semoga TUHAN ampuni kita semua. Amin. Syukur kepada Engkau, TUANKU. Syukur kepada Engkau, Yang PALING Pengasih, Yang PALING Baik Hati, Yang PALING Pemurah, Yang PALING Berkuasa, Yang PALING Berbelas Kasihan, Yang PALING Pengampun. Syukur kepada Engkau, TUANKU. Aku cintai Engkau. Saya ingat dah selesai dengan persidangan ini, jadi keluar dari kawasan meditasi, datang ke sudut lain dan berfikir akan bekerja untuk Supreme Master Television tetapi TUHAN berfirman, “Tidak. Ada seorang Raja Buddha jauh yang ingin melawat Engkau.” Wau! Tak hairanlah saya tak dapat hilangkan status samadhi yang masih terasa. Ya, TUAN. Ya, TUANKU, MAPA Yang Dikasihi. Dah tentu, aku akan menyambut Raja Buddha. Raja Buddha Keamanan, tolonglah, sambut Buddha itu dengan baik dan bawa Baginda ke sini untuk aku. Haruskah aku kembali ke kawasan meditasi atau tidak? Oh! Aku tidak perlu. Terima kasih, Tuan. Baiklah, aku di sini dan sudah sedia. Aku di sini dan sudah sedia. Salam sejahtera, Tuanku Raja Buddha dari jauh. Kita ada Raja Buddha baharu yang melawat dunia kita. Saya menyambut Baginda dengan segala Kasih Sayang dan kegembiraan. Saya tanya Baginda berapa jauh Kerajaan spiritual-Nya dari dunia kita. Jadi Baginda bertitah, “Alam WOS, W-O-S, adalah sejauh 70 zilion tahun cahaya dari sini di mana terdapat populasi sebanyak sepuluh juta sembilan ratus ribu lapan ratus lima puluh dua penduduk yang berketinggian spiritual.” Oh, wau, Tuan! Engkau ambil masa berapa lama untuk buat perjalanan ke Bumi kami? Baginda bertitah, “Kami ambil masa lapan hari untuk datang ke sini.” Saya kata, “Wau! Itu pasti objek terbang yang super, super, super berkuasa.” Jadi Baginda bertitah, “Ya, ya, sangat berkuasa, sangat mudah bagi kami pergi ke sana sini di Alam Semesta dan melawat mana-mana planet atau alam spiritual yang harus kami pergi.” Saya hanya boleh kata, “Wau! Wau! Tuanku Raja Buddha, itu begitu impresif bagi orang di planet ini mengetahui ini. Barangkali kami tak dapat mimpikan tuah sebegini untuk miliki salah satu keajaiban terbang macam ini.” Jadi Raja Alam Wos ketawa. Oh! Kami semua ketawa, sesiapa saja yang bersama di sini. Saya tanya apa maksud ‘Wos, W-O-S’. Jadi Raja Buddha bertitah, “Itu bermaksud ‘kebaikan hati’ kerana semua orang kami, rakyat Wos sangat baik hati dalam sifat mereka.” Raja Buddha Keamanan bertitah, “Oh, wau, betapa baiknya tinggal di alam sebegini!” Saya berkata begitu juga, “Ya, Tuan. Wau, rakyat-Mu sangat bertuah!” Kami semua tersenyum gembira. Raja Buddha Keamanan telah beritahu saya terlebih dahulu bahawa nama Baginda Raja Buddha Alam Wos bermaksud ‘amal jariah’. “Nama-Nya dieja dengan P-O-W, Pow. Ini bermaksud ‘amal jariah’. Ya, kerana sebelum Baginda menjadi Buddha, Baginda sentiasa berbuat amal secara berterusan untuk bantu orang dalam kesusahan dan orang miskin. Baginda bersumpah jika Baginda menjadi Buddha, Alam-Nya takkan kekurangan apa-apa pun supaya semua orang di Kerajaan-Nya akan sentiasa gembira, puas dan tidak inginkan apa-apa pun. Disebabkan ini, planet-Nya akan secara natural begitu meriangkan, menggembirakan dan memuaskan.” Oh, sangat bagus! Aku takkan kisah tinggal di planet sebegini, Tuan. Jadi Baginda Raja Buddha Pow bertitah, “Oh! Engkau dialu-alukan datang tinggal bersama kami, cuma kediaman sederhana kami tidak begitu megah dan menakjubkan seperti Alam Baharu Tim Qo Tu-Mu.” Jadi saya kata, “Oh! Engkau terlalu rendah diri, Tuanku, Engkau terlalu rendah diri. Kita semua berkongsi sifat dan peribadi yang sama apabila capai peringkat Buddha dan Alam kita akan lebih kurang sama.” Baginda bertitah, “Tidak, tidak, tak sama, tak sama.” Jadi saya kata, “Baiklah, Tuanku, kita bukan adakan pertandingan di sini.” Jadi Kami semua ketawa. Photo Caption: “Hidup di sini diperoleh dan ditampung Dengan usaha berisiko yang meletihkan, Menempuh gunung, dataran, laut, tasik dan sungai Di Syurga, TIDAK!”











