Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Baginda Raja Buddha Pow Alam Wos, Bahagian 2 daripada 4

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Saya tanya Baginda Raja Buddha Pow sama ada mereka menuturkan bahasa yang berbeza dengan Kerajaan Buddha lain yang kita bertuah untuk mendapat tahu. Baginda bertitah, “Ya, ya, ada bahasa yang berlainan daripada setiap Alam Buddha yang berlainan. Namun begitu, dengan komunikasi dalaman, kita semua dapat saling memahami.” Saya masih ingat sebelumnya terdapat satu nama yang juga bermaksud ‘kemudaan’ tetapi bukan Kerajaan Kemudaan Raja Buddha Kemudaan yang sama. Mereka ada bahasa yang Buddha itu tuturkan ketika capai peringkat Buddha pada masa itu di kawasan itu, kediaman itu. Jadi mereka semua tuturkan bahasa itu selepas menjadi anak murid-Nya dan menjadi penduduk Kerajaan Buddha-Nya. Tetapi mereka tak perlu bercakap macam kita bercakap di dunia fizikal ini. Mereka gunakan pengetahuan dalaman, komunikasi dalaman dan segalanya begitu jelas seperti hari cerah di Bumi bagi mereka. Jadi bahasa wujud tetapi tiada sesiapa yang perlu gunakannya. Mereka hanya gunakannya tetapi mereka tak perlu bercakap. Mereka memahami semua bahasa yang lain di semua Alam Buddha yang lain.

Wau! Alangkah baiknya ada ini di Bumi kita. Maka barangkali kita akan ada peperangan yang kurang, lebih banyak kegembiraan apabila saling berjumpa dari negara-negara yang berlainan. Suatu kali, saya menulis surat kepada Presiden Suruhanjaya Eropah dan tanya dia sama ada kita semua harus gunakan bahasa Inggeris atau tidak, sekurang-kurangnya di Kesatuan Eropah tetapi mereka jawab, “Kami suka akan kepelbagaian.” Ya, itu bagus juga, tetapi saya kata kita kekalkan kepelbagaian itu, kekalkan bahasa ibunda kita sendiri tetapi kita semua pelajari satu bahasa, contohnya, yang senang seperti bahasa Inggeris atau mana-mana bahasa yang kebanyakan pengundi pilih, tetapi keadaan tak kelihatan macam itu.

Baiklah. Jadi ke mana-mana pun kita pergi menetap, bagi negara seterusnya, kita mesti cuba mempelajari bahasa asli itu. Mungkin ini mengambil masa yang agak panjang, eh? Tak apa. Dunia ini memang terbahagi. Kita semua telah jadi biasa dengannya. Cuma sayangnya bukan senang nak saling berkomunikasi di permulaan pertemuan kita atau permulaan penempatan di negara baharu. Tambahan pula, banyak negara ada dialek-dialek yang berlainan juga. Seperti mungkin di China, kita ada beribu-ribu dialek dan bukan semua orang menuturkan bahasa Mandarin. Atau di India juga, sebuah negara yang sangat padat penduduknya – dan bahasa-bahasanya sangat padat juga. Ya. Nasib baik, kebanyakan orang belajar untuk menuturkan bahasa Hindi, jadi tak mengapa.

Ah! Sekarang saya faham mengapa sebelumnya Raja Buddha Kemudaan beritahu saya supaya jangan risau – “Anggota pasukan Supreme Master Television dapat terus menguruskan kerja Supreme Master TV.” Saya tertanya-tanya, “Mengapa? Mungkinkah saya dipecat atau bersara?” Sekarang saya tahu, kerana beberapa kali saya ingin keluar dari kawasan meditasi dan pergi ke kawasan kerja untuk membuat kerja tetapi saya dihentikan banyak kali kerana Raja ini dan Raja itu ingin bercakap dengan saya. Saya baru beritahu anda tadi, akhirnya Raja Buddha Kemudaan bercakap dengan saya. Saya ingat itu penghujungnya dan cuba pergi ke sudut pejabat tetapi sukar. Saya tak dapat duduk dan mula bekerja, kemudian saya tanya, “Mengapa macam ini?” TUHAN beritahu saya, “Ada seorang Raja Buddha dari jauh yang ingin bercakap dengan Engkau.” Ah! Sekarang saya faham mengapa Raja Buddha Kemudaan beri amaran kpd saya, “Biarkannya saja.” Barangkali hari ini saya perlu banyak bekerja di dalam. Dah hampir sepanjang hari. Sekarang saya rasa saya boleh pergi bekerja tetapi Raja Buddha Pow Alam Wos tiba, ingin bercakap dan melawat saya. Saya begitu gembira menyambut Baginda.

Seperkara lagi, mulai sekarang, oleh sebab para Buddha tiada pilihan jantina atau perbezaan jantina macam ini, jadi saya akan panggil Mereka ‘Hes’ atau ‘Hirm’, hanya untuk biar semua orang tahu bahawa Raja Buddha bukanlah lelaki tetapi kebanyakan orang dah begitu biasa merujuk kepada sifat kelelakian sebagai TUHAN, Buddha, Santo atau Orang Suci. Tak seharusnya macam itu, jadi kita akan ubahnya sekarang, mulai sekarang. Saya terlupa akan itu semasa merujuk kepada Raja Buddha yang lain sebelumnya. Mulai sekarang, saya akan cuba ingat. Bermula daripada Raja Buddha Pow dan seterusnya. Mungkin ada lebih banyak lagi Raja Buddha yang akan datang kerana Raja-Raja Buddha sebelumnya telah mengurniai, memberi kita banyak jenis kuasa dan tenaga yang menakjubkan, kemudian menjadi terlalu kuat, jadi TUHAN beritahu saya supaya berhenti. TUHAN beritahu semua Raja Buddha supaya berhenti datang. Mungkin sekarang kuasa dan tenaga sebelumnya daripada Raja-Raja Buddha yang lain sudah tersebar atau berintegrasi ke dalam roh, kawasan dan hidup manusia, jadi kita boleh menyambut lebih banyak lagi Raja Buddha. Saya diberitahu bahawa ini bukan satu-satunya Raja Buddha bagi kali ini, jadi kita akan jangkakan Raja-raja Buddha yang lain. Saya harap saya cukup sihat untuk semua misi spiritual baharu ini.

Baginda Raja Buddha Pow jawab soalan saya, bagaimana orang saya di planet ini dapat memperoleh tenaga-Nya dan mendapat sebarang manfaat? Jadi Raja Buddha bertitah dengan pemurah, “Disebabkan sumpahku,” bermakna sumpah Raja Buddha ini, “untuk bantu orang miskin, melarat, tertindas, sesiapa saja di Bumi ini,” – kerana Baginda datang dari Bumi ini, bermakna dulu Baginda tinggal di planet ini semasa hidup-Nya sampai capai peringkat Buddha dan selepas capai peringkat Buddha hingga Nirvana-Nya, jadi Baginda ada afiniti yang kaya dengan orang di sini – jadi jika sesiapa, mana-mana orang di Bumi yang terdesak, yang miskin, yang tertindas, yang disalah tuduh atau dibuli disebabkan status yang kurang bernasib baik, jika mereka tahu akan Nama Baginda Raja Buddha Pow – Nama-Nya ialah Pow – dan berdoa kepada Baginda, melafazkan Nama-Nya, berdoa kepada Baginda dengan ikhlas sepanjang masa, maka nasib mereka akan berubah menjadi lebih baik. Kemudian mereka takkan kekurangan barang keperluan dan akan jalani kehidupan yang ada bekalan yang mencukupi supaya mereka tidak akan terlalu terdesak dalam sebarang situasi di mana-mana pun.

Wau! Terima kasih, Tuanku. Terima kasih banyak-banyak atas Hadiah besar-Mu kepada orang yang kurang bernasib baik. Dengan nama semua orang yang tertindas dan serba kekurangan, aku ucapkan terima kasih kepada Engkau secara ikhlas dengan sepenuh hati. Aku pasti sesiapa yang tahu akan Nama-Mu mulai sekarang, berdoa kepada Engkau, melafazkan Nama-Mu dengan penuh hormat dan berdoa, akan menerima Berkat Hadiah Bekalan Mencukupi-Mu supaya kehidupan mereka tidak akan terlalu muram, terlalu tak tertahan, tak dapat mati dan tak dapat hidup. Aku ucapkan terima kasih kepada Engkau secara berulang kali, tak terhingga, Tuan. Semoga TUHAN berkati Engkau selama-lamanya, Tuan. TUHAN berkati Engkau dan rakyat-Mu. Amin, Tuan. Baginda Raja Buddha Pow bertitah, “Oh! Ini hasratku, sumpahku. Tak payahlah. Ini paling kurang yang boleh aku buat selepas dikurniai status Buddha.”

Jadi saya berkata, “Oh! Ya, Tuan, terima kasih. Tetapi Engkau begitu rajin beramal dalam sebarang situasi dan keadaan yang tak tertahan untuk capai peringkat Buddha. Sumpah-Mu begitu pemurah dan baik hati. Aku, Wakil orang di dunia ini, semua makhluk di dunia ini, menyampaikan salam mesra, ucapan tahniah dan Kasih Sayang kepada semua penduduk-Mu di alam spiritual Wos. Aku begitu bangga menyambut Engkau, Tuan, Orang yang ada sumpah yg begitu besar dan kuasa besar sekali yang dapat bantu banyak makhluk di planet kami. Terima kasih, Tuan. Semoga Engkau dan rakyat-Mu di alam spiritual-Mu sentiasa berada dalam jenis cara hidup yang bahagia ini serta kehidupan yang bahagia dan ceria yang saya harap semua makhluk di sini juga dapat capai, peroleh dan nikmati macam itu. Mungkin suatu hari nanti, kan, Tuan?” Jadi Raja Buddha ini tersenyum dan bertitah dengan pemurah, “Ya, aku memang harap mereka semua macam itu.” Terima kasih, Tuan. Syukur kpd TUHAN Yg Maha Berkuasa, TUHAN Yang PALING Perkasa atas Raja Buddha sebegini seperti Engkau yang wujud untuk beri manfaat kepada semua makhluk, banyak makhluk. Kami bersyukur secara mendalam kepada Engkau, TUANKU, MAPA-ku.

Photo Caption: “Anggun, peramah, bijak dan penyayang. Itu sifat asal semua makhluk ciptaan TUHAN!”

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (2/4)
1
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-11-23
1905 Tontonan
2
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-11-24
1712 Tontonan
3
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-11-25
1189 Tontonan
4
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-11-26
882 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-11-27
1 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-11-27
1 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-11-26
1458 Tontonan
Perjalanan Melalui Alam Estetik
2026-11-26
509 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-11-26
882 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-11-25
5425 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-11-25
1016 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-11-25
292 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun