Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Guru memanggil, “Cepat ikut aku!” Kami terbang ke planet yg ganjil, gelap. Kami berdua memakai baju besi keemasan yang ketat, lembut, dan menjelajahi kawasan sekitar, ternampak dengan kabur penutup keluli segi empat di atas tanah. Guru menghulurkan tangan untuk membuka dan mengangkat penutup segi empat itu. Gas beracun yang menakutkan muncul dari situ. Kami segera berundur dan terbang pergi dari situ.Saya tanya Guru, “Adakah kita akan menyelamatkan guru spiritual palsu sekali lagi? Badan fizikal mereka tidak tahu bahawa Guru sudah menyelamatkan roh mereka buat kali keenam. Mereka tidak bertaubat selepas diselamatkan. Kita tak harus selamatkan mereka lagi!” Guru jawab dengan berbelas kasihan, “Ini rakan subahat guru spiritual palsu. Walaupun mereka bantu guru spiritual palsu berbuat jahat, sesetengah drpd mereka tidak menyedari bahawa apa yg mereka buat adalah salah. Mereka hanya tertipu. Mereka tidak jahat.”Setelah melakukan jenayah dahsyat, pasukan guru spiritual palsu menanggung beban karma yang terlalu berat, jadi senang disedut ke dalam neraka yang sepadan dengan jenayah mereka di dalam planet gelap untuk dihukum. Oleh sebab Guru Berbelas Kasihan ingin menyelamatkan mereka, Dia perlu mendapat tahu di mana badan astral mereka. Menyelamatkan mereka dari pelbagai jenis neraka adalah sangat menyusahkan.Gas beracun di dalam ruang bawah tanah perlu disedut keluar baru dapat kami masuk. Saya mengeluarkan alat vakum sakti untuk menyedutnya tetapi selepas masa yang panajang, saya masih tak dapat habis menyedutnya. Kelihatan macam ada ruang yang luas di dalam. Selepas usaha yang sangat besar, udara menjadi lebih jernih sikit, tetapi tanpa diduga, seekor ular syaitan gergasi yang ganas tiba-tiba meluru keluar dari ruang bawah tanah, kepalanya terangkat tinggi-tinggi dengan mata besar yang berapi, dedahkan sebahagian daripada badannya. Saya secara refleksif menggunakan pedang berharga untuk memotong ular syaitan itu menjadi dua dengan satu bunyi desis. Tanpa diduga, darah ular syaitan itu sangat bersifat mengakis dan racun yang boleh bawa maut ini terpancut keluar ke semua arah, terpercik ke atas tanah dengan bunyi desis. Ia bukan sahaja dapat meleburkan daging manusia tetapi juga ada bau hancing yang beracun, sangat menakutkan! Saya dan Guru segera terbang ke tempat yang jauh untuk berlindung dan perlu menunggu gas beracun hilang dulu baru mengambil tindakan selanjutnya.Guru beri arahan kepada saya, “Lebih baik engkau tangkapnya dan bukan terus bunuhnya. Bisanya terlalu kuat!” Mengikut arahan Guru, saya letak umpan dekatnya. Memang betul, tiga atau empat ekor ular syaitan gergasi menjalar keluar dari gua. Saya tangkap mereka dengan jaring keemasan yang besar dan mengikat mereka ketat-ketat. Melihat ke dalam ruang bawah tanah, saya tidak dapat lihat dengan jelas. Ia kelihatan macam laluan logam putih keperak-perakan. Saya dan Guru masuk dan meluncur ke bawah, membelok beberapa kali baru akhirnya mendarat di atas tanah gelap, perang, berlumut.Suasana di sekeliling sangat gelap tetapi kami masih dapat lihat banyak pokok syaitan yang meninggi memandang ke bawah pada kami, memancarkan aura kelam dan menyedihkan, sesetengahnya malah hembuskan udara busuk pada kami. Hutan syaitan yang luas ini ialah tempat ular syaitan gergasi itu bersembunyi. Kami segera berjalan menuju ke hujung hutan syaitan itu di mana terdapat sebuah gua berbentuk bujur dengan pintu pagar besinya dikunci dengan mangga yang besar. Dengan kabur kami dapat lihat terdapat banyak orang di dalam yang bertukar menjadi rangka tulang tetapi masih dapat bergerak. Daging mereka telah reput sepenuhnya dan tiada sedikit pun kulit sempurna yang kelihatan!Apabila ternampak Guru, perdosa-perdosa itu bergegas ke pagar, menghulurkan jari yang telah mereput hingga ke tulang dan menjerit meminta tolong. Pagar besi itu, sudah tentu, sangat kukuh dan tidak dapat dibuka tanpa alat sakti. Saya mengeluarkan Cucuk Sanggul Penambat Laut yg ditempa dan diberikan kepada saya oleh Taiyi Zhenren sendiri yang sangat kuat dan dapat menahan hentaman yang sangat kuat. Dengan mengumpil satu kali, pintu pagar besi itu terbuka luas. Orang-orang itu bergolek dan merangkak keluar.Terdapat lelaki dan wanita, semuanya bermuka Asia Timur, mungkin orang Âu Lạc (Vietnam). Pakaian mereka compang-camping, kotor dan sangat busuk. Melihat dengan teliti, saya dapati daging di seluruh badan mereka telah reput, dengan lubang yang begitu dalam sehingga tulangnya dapat dilihat, bernanah dan berbau busuk, digigit oleh serangga berbisa. Selepas diseksa sehingga mati, mereka dilahirkan semula untuk mengalami hukuman yang sama secara berulangan. Itu sangat menggerunkan! Melihat ini, Guru menangis disebabkan belas kasihan besar dan kesedihan. Dia mengeluarkan pil untuk dimakan oleh pendosa itu. Darah dan daging mereka perlahan-lahan bertumbuh semula, beransur-ansur kembali kpd bentuk asal. Ada seorang wanita yang dua biji matanya digigit oleh serangga, hanya tinggal rongga yang dalam. Sekarang matanya perlahan-lahan bertumbuh semula. Dia dapat lihat kami dengan jelas. Dia berlutut untuk ucap terima kasih kpd Guru sementara orang lain kelihatan macam tidak bertaubat dan berdiam diri.Saya menegur mereka dengan tegas, “Guru spiritual palsu ini tidak berkuasa tetapi berani menyamar sebagai Guru bermakrifat. Mereka gunakan status mereka untuk mengeksploitasi anak murid, lakukan serangan seksual terhadap mereka dan kanak-kanak serta kumpulkan wang dengan salah. Engkau bantu mereka mudaratkan orang! Jika bukan disebabkan belas kasihan tak terhingga Guru, aku langsung tidak akan bersusah-susah untuk menyelamatkan engkau. Padan muka engkau!” Guru menarik tangan saya, gelengkan kepala dan beri isyarat kpd saya supaya berhenti marahi mereka. Saya cepat marah. Saya tidak begitu berberbelas kasihan seperti Guru! Saya merungut kepada Guru, “Jika kita tidak beri penggajaran kepada orang jahat ini, mana tahu apa yg akan mereka lakukan seterusnya? Kemudian Guru perlu meluangkan masa yang berharga daripada jadual yang sangat padat untuk menyelamatkan mereka sekali lagi. Macam mana Engkau dapat menghabiskan kerja?” Guru ketawa dan berkata, “Engkau anak yang sangat garang tetapi engkau pembantuku yang baik dan dapat mengendalikan hal ini dengan betul.”Saya tanya, “Adakah badan fizikal orang-orang ini masih hidup di Bumi?” Guru berkata, “Hampir kesemuanya adalah begitu tetapi jika roh mereka berada di tempat ini dengan terlalu lama, minda fizikal mereka takkan dapat sedar dan mereka akan bantu guru spiritual palsu berbuat jahat selama-lamanya.” Saya berkata, “Oleh itu, Guru masih berikan peluang kepada mereka untuk mengubah diri. Selepas balik, aku pasti akan dedahkan ini kepada dunia, berharap guru spiritual palsu ini dan pasukan mereka dapat lihatnya. Jika tidak, belas kasihan dan usaha Guru akan menjadi sia-sia saja.”Guru mengangguk dan berkata, “Engkau bawalah orang-orang ini ke atas dan sembuhkan mereka. Aku akan beri ganjaran kepada engkau.” Saya kata, “Aku tidak mahukan ganjaran. Aku hanya berharap Guru dapat jalani kehidupan yang selesa. Aku tak tahan melihat Guru jalani kehidupan nomad macam ini. Guru perlu menderita tanpa penghujungnya disebabkan karma mereka yang membunuh hidupan dan makan daging orang-haiwan di Bumi, dan disebabkan guru spiritual palsu dan pendosa yang sangat jahat ini. Ini memang tak adil!”Guru menyentuh kepala saya dan bertanya, “Apa yang akan engkau buat dengan ular-ular syaitan di luar itu?” Saya berfikir sejenak dan berkata, “Mungkin kewujudan neraka macam ini masih diperlukan? Haruskah aku melepaskan balik ular-ular syaitan itu di sini?” Guru berkata, “Ular-ular syaitan ini makan manusia untuk hidup. Mula-mula sekali mereka semburkan bisa pada daging manusia, menunggu daging terkakis, kemudian menyedut roh dan inti pati manusia dari luar pagar.”Betapa menyeramkannya! Jika mereka tahu bahawa mereka akan alami balasan yang menggerunkan macam ini dengan berpura-pura menjadi Guru Bermakrifat atau membantu guru spiritual palsu ini dalam kerjaya mereka, orang-orang ini akan segera bertaubat dan berubah dan tidak akan berani membuat duit kotor macam ini lagi! Guru berkata dengan berbelas kasihan dan sedih, “Orang di dunia ini jahil sampai tahap ini. Neraka tidak dapat menjadi kosong kerana orang hanya melihat faedah segera tetapi tidak menyedari kengerian neraka yang menanti mereka. Lebih baik engkau biar semua orang tahu akan ini. Aku dah letih. Jom kita balik!”Saya mengecilkan pendosa-pendosa itu dan masukkan mereka ke dalam beg kecil lalu menaik ke permukaan ruang bawah tanah. Saya marahi ular-ular syaitan gergasi yang terperangkap di dalam jaring keemasan yang besar itu, berkata, “Jika engkau lihat Guru datang lain kali, engkau perlu beri hormat kepada Dia! Aku akan lihat siapa berani bertindak terburu-buru lagi!” Sebaik saja jaring keemasan ditarik balik, ular-ular syaitan gergasi yang ketakutan ini berlari balik ke ruang bawah tanah dan tidak berani bergerak. Guru menutup penutup besi segi empat di atas tanah itu dan memeterainya. Pendosa-pendosa itu mula-mula sekali dihantar ke kolam penyembuhan roh di alam atas, kemudian dihantar balik ke badan fizikal mereka hanya selepas disembuhkan.Mu Yun, Taiwan (Formosa)Vegan menghilangkan sel neraka anda.Vegan: kehilangan neraka, dapat Syurga.Setiap anak murid Guru ada pengalaman spiritual dalaman dan/atau berkat duniawi luaran yang serupa, berbeza atau lebih banyak. Ini hanyalah beberapa contoh. Biasanya kami tidak mendedahkannya, mengikut nasihat Guru.Untuk lebih banyak testimoni yang boleh dimuat turun secara percuma, kunjungilah SupremeMasterTV.com/to-heaven











