Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Climate Change International Conference, Part 7 of 18

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Dalam episod ini, ahli panel bincangkan pelepasan gas rumah hijau tinggi yang disebabkan oleh industri penternakan orang-haiwan dan bagaimana mengamalkan diet berasaskan tumbuhan ialah salah satu penyelesaian terbaik untuk memerangi perubahan iklim.

Master: Jika kita semua menjadi vegan sekarang, maka kita malah boleh mengekalkan teknologi lama sehingga semuanya dapat digantikan, kerana diet vegan mengurangkan 80% daripada pencemaran yang menyebabkan pemanasan global, mengikut pengiraan daripada bukti ahli sains. Ini cara yang paling senang. Ini cara paling pantas dan paling selamat kita dapat mengurangkan 80% daripada pemanasan global dan hampir dengan serta-merta. Yang selebihnya, 20% daripada segalanya yang lain, kereta, pesawat pun atau segalanya yang lain dapat diuruskan oleh alam semula jadi. (Terima kasih banyak-banyak atas komen Guru.) Pada asalnya, alam semula jadi dapat uruskan malah lebih banyak sikit daripada itu, cuma kita melampaui kapasitinya dan terlebih menyalahgunakan sumber Ibu Bumi. Jadi kita hanya perlu menterbalikkan perbuatan kita. Sangat bagus. Terima kasih banyak-banyak, Dr. Jim. Adalah baik mengetahui bahawa kerajaan dan semua orang benar-benar berusaha gigih untuk bantu menyelamatkan Bumi. Saya begitu gembira.

(Saya ada satu soalan ringkas untuk Dr. Stewart. Ia sangat mirip dengan apa yang dikatakan oleh Mahaguru. Soalan saya ialah mengapa Al Gore tak pernah bercakap tentang veganisme?)

Dr. Jim Stewart: Saya tak dapat jawab untuk Al Gore. Saya hanya dapat cakap untuk diri sendiri dan untuk fakta. Faktanya, seperti yang sudah kita bincangkan, adalah jika kamu menjadi vegan, kamu akan bantu selamatkan planet ini.

MC:Jane Velez-Mitchell: Tapi beliau ada segala tapak web ini. Saya telah hubungi tapak web itu dan berkata, “Mengapa kamu bercakap tentang mentol lampu dan pengangkutan sedangkan punca terbesar pemanasan global, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, ialah pengeluaran daging?” Kamu tahu tak apa yang mereka katakan? “Kami tidak mahu sentuh itu.” Saya mendapat itu sebagai petikan. Saya menelefon sebagai seorg wartawan.)

(Bolehkah kamu berikan pandanganmu tentang industri daging, apa kesannya kepada situasi kita sekarang?)

Professor Ryan Galt: Dah tentu, saya nak bercakap tentang hubungannya secara lebih umum juga, antara makanan dan perubahan iklim. Saya nak mulakan dengan secara ringkas mengetengahkan dua keadaan di dunia kita hari ini yang saya rasa penting untuk diingati. Satunya ialah pertanian. Kedua-dua pengeluaran tanaman dan haiwan melibatkan penggunaan tanah manusia yang terbesar di planet ini. Sumbangan pertanian kepada gas rumah hijau adalah agak besar, seperti yang kamu katakan, dari segi karbon dioksida, 21-25% pelepasan gas antropogenik, buatan manusia adalah daripada pertanian. Kira-kira 60% metana adalah daripada pertanian, dan 65-80% nitrus oksida. Seperti yg telah dikatakan oleh Dr. Singh, metana adalah lebih kurang 30 kali lebih kuat daripada karbon dioksida. Nitrus oksida pula adalah 200 kali lebih kuat, per molekul berat, daripada karbon dioksida. Jadi yang ini penting juga. Kita perlu menangani semuanya.

Satu lagi perkara yang ingin saya ketengahkan ialah ketaksamaan yang melampau di dunia hari ini yang kita ada. Kita ada segelintir bilionwan yang miliki lebih banyak kekayaan atau sebanyak kekayaan 40 buah negara yang paling miskin di dunia. Itu adalah kira-kira tiga bilion orang, kira-kira separuh daripada populasi dunia. Ketaksamaan dalam kekayaan ini juga menentukan pemerolehan makanan. Jadi kita ada antara 800 juta orang, dan sekarang mungkin sebilion atau lebih orang yang tidak memperoleh makanan yang mencukupi di planet ini. Itu hampir satu perenam daripada populasi.

Kita telah lihat rusuhan makanan di seluruh dunia di pelbagai negara sebagai jelmaan ketaksamaan ini. Sistem ekonomi dunia pada asasnya tidak berfungsi untuk mereka yang tidak mampu beli makanan. Jadi apa yang saya maksudkan dgn ini ialah pada asasnya kita ada makanan yg. Kita ada makanan yang cukup untuk diberi makan kpd semua orang di planet tetapi kita tidak buat begitu. Berjuta-juta orang ada diet yang tidak mencukupi. Jadi saya nak mengetengahkan dua kenyataan itu, kemudian bercakap dari sana. Pd asasnya, seperti yg telah kita katakan, soal daging memang penting.

Institut Kelestarian Pertanian di UC Davis (Universiti California, Davis) sini baru-baru ini telah adakan persidangan antarabangsa yang meninjau kesan ‘Diet Rendah Karbon’, seperti yang boleh kita panggilnya, cuba gerakkan diet ke arah impak perubahan iklim yang kurang.

Dalam laporan yang dikeluarkan daripada bengkel ini – ambil perhatian: ini ialah ahli akademik yang secara tipikal mengetengahkan ketidakpastian – “Isu antara protein tumbuhan dan protein haiwan bukanlah keutamaan yang tinggi utk kajian baharu kerana kajian sedia ada sudah banyak menunjukkan bahawa protein tumbuhan hampir sentiasa lebih baik dari segi alam sekitar berbanding dengan protein drpd ternakan, dari sudut pandangan intensiti tenaga dan pelepasan gas rumah hijau.” Kita ada kira-kira 56 bilion (sekarang lebih 100 bilion) haiwan di planet ini yang disembelih setiap tahun. Mereka makan kira-kira 80% daripada tanaman kacang soya di dunia dan kira-kira 50% daripada tanaman jagung di dunia. Agak mengejutkan apabila kita lihatnya macam itu. Sumbangan pengeluaran ternakan kepada gas rumah hijau adalah lebih besar daripada sektor pengangkutan. Itu agak mengagumkan juga kerana biasanya kita memikirkan pemanduan dan penerbangan apabila kita memikirkan mengurangkan pelepasan gas kita sendiri atau alternatif kepada pemanduan dan penerbangan, seperti basikal dan sebagainya.

Jadi mengapa macam ini? Saya hanya nak mengetengahkan dan kembali kepada rantaian makanan yang beri makan kepada haiwan. Pertama sekali, dah tentu, input bahan api fosil digunakan dalam penanaman makanan ternakan. Jadi ini bermakna kita mengubah gas asli menjadi baja sintetik. Ini proses yang sangat intensif tenaga. Kita bakar gas untuk berbuat demikian – racun perosak moden, perkara yang sangat mirip.

Kita juga mengangkut bijirin itu dengan gunakan bahan api fosil untuk beri makan kepada haiwan kerana kita perlu asingkan antara operasi fidlot tertumpu dan sistem beri makan.

Tetapi yang ketiga adalah yang paling penting, iaitu pada bila-bila organisma makan makanan, ia mendapat tenaga daripada itu dan juga menukarnya menjadi jisim badan. Tetapi semasa penukaran itu, kita kehilangan kira-kira 90% daripada tenaga dalam makanan itu. Ya, itu tidak menyenangkan. Jadi seperti yang dikatakan oleh Howard, “Kita ada situasi di mana kita perlukan kira-kira 16 paun (~ 7.26 kilogram) bijirin untuk hasilkan satu paun (~ 0.45 kilogram) daging.” Kita pasti baca buku yang sama.

Selain itu, dah tentu, kita telah mengetengahkan sumbangan metana, iaitu ternakan banyak menyumbang kepada gas rumah hijau yang lain, bukan hanya karbon dioksida. Penternakan haiwan bertanggungjawab terhadap 37% daripada semua pelepasan metana antropogenik dan kira-kira 65% daripada pelepasan nitrus oksida – itu penternakan haiwan sahaja.

Dah tentu, kita ada sangat banyak tenaga yang digunakan untuk memanaskan dan mendinginkan operasi fidlot haiwan tertumpu. Kita juga ada sejumlah besar tenaga yang diperlukan untuk memastikan daging sejuk setelah kita menyembelihnya dan pindahkannya kepada pengguna. Semua itu sangat intensif tenaga. Oleh itu, mengeluarkan gas rumah hijau. Jadi dalam komuniti sains sekarang, orang menerima apa yang dipanggil ‘Analisis Kitaran Hidup’ untuk melihat semua input dan kesannya apabila kita mengambil sesuatu dari sejauh ladang hingga adanya di garpu kita. Jadi apabila kita buat begitu dan lihat sekilogram daging lembu bersamaan dengan 36 kilogram karbon dioksida dikeluarkan untuk itu. Jika kita lihat daging babi, itu kira-kira enam kilogram, jadi enam kali lebih efisien. Tetapi jika kita lihat kacang pea atau kacang kering, itu kira-kira 0.6 kilogram.

Jika kita lihatnya dengan cara lain, kacang kering, kacang pea, sumber protein yang mencukupi per kilogram adalah kira-kira 60 kali lebih efisien dari segi pelepasan rumah hijau daripada sekilogram daging lembu. Agak ketara! Jadi pd asasnya diet berasaskan tumbuhan jauh lebih mampan drpd diet berasaskan daging haiwan yang makan bijirin. Mengurangkan pemakanan daging yang dihasilkan secara industri akan banyak mengurangkan pelepasan gas rumah hijau.

Selain itu, kita juga hadapi cabaran dari segi pertanian berasaskan tumbuhan, bukan hanya berasaskan haiwan. Kita perlu hadapi hakikat bahawa kebanyakan daripada pertanian berasaskan tumbuhan bergantung kepada bahan api fosil untuk input guna jentera dan juga baja. Jadi kita perlu beralih daripada ini, dah tentu, melihat sifat tidak boleh dibaharui bahan api fosil. Kita perlu meningkatkan penggunaan legum – itu klover dan alfalfa – bagi memampas untuk nitrogen yang akan kita hilang melalui nitrogen sintetik yang takkan dapat kita gunakan pada masa depan.

Kemudian apa yang ingin saya katakan juga adalah hanya mengurangkan daging dan juga meningkatkan kemampanan pertanian tak semestinya akan dapat menangani krisis makanan sekarang. Jadi meskipun kita mengambil semua bijirin atau jika kita bebaskan semua bijirin daripada semua daging yang kita makan, itu takkan menyelesaikan masalah kebuluran kerana ia bukan disebabkan oleh kekurangan makanan. Ia disebabkan oleh kekurangan kemampuan untuk memperoleh makanan, kekurangan kuasa beli orang miskin. Jadi kita perlu menangani puncanya, iaitu kemiskinan.

Jadi saya anggap yang berikut penting: kita perlu faham bahawa ekonomi kita sekarang sebenarnya menumpukan kuasa dalam tangan orang kaya, dan seperti yang dikatakan oleh Howard, mereka ada pengaruh yang tidak wajar ke atas ahli politik kita. Kita juga perlu membebaskan diri daripada ideologi bahawa pasaran bebas akan menyelesaikan masalah kita. Sebaliknya, melihat peraturan pasaran – sebenarnya kita perlu menetapkannya oleh masyarakat untuk mencapai matlamat masyarakat.

Jadi dari segi menyelesaikan krisis makanan, kita boleh bercakap tentang itu dengan panjang lebar tetapi pada asasnya kita perlu membenarkan negara membangun membuat dasar keterjaminan makanan dan bukan terbuka kepada bijirin bersubsidi kita. Kita juga perlu memperkasakan orang miskin luar bandar, beri mereka tanah dan wang untuk mengeluarkannya. Pada asasnya demokrasi yang lebih dalam ialah apa yang saya katakan. Jadi pada asasnya sebagai kesimpulan, semasa menghadapi pemanasan global dan kadarnya yang semakin pantas, kita perlu membuat perubahan yang meluas, saya akan kata, dan pantas. Di dunia perindustrian, perubahan ini termasuk perubahan dalam diet kita, juga dalam tabiat pengangkutan kita dan reka bentuk di tempat tinggal kita, dari segi rumah dan bandar.

Jika kita rasai tanggungjawab terhadap generasi akan datang, terhadap orang lain di planet ini juga dan organisma lain, saya rasa kita harus mengurangkan pemakanan daging secara mendadak. Diet kita harus terutama berasaskan tumbuhan. Tetapi ini tak semestinya terpulang kpd kita saja. Ini juga terpulang kpd kita untuk mempengaruhi dasar. Jadi bagi hari-hari mengeluarkan gas rumah hijau tanpa hukuman, kita perlu mengakhiri itu, pada asasnya. Kita perlukan peraturan. Kita perlukan insentif, gabungan itu dan cukai hijau yang akan mengenakan cukai atas aktiviti yang paling banyak merosakkan alam sekitar.

Sebelum saya akhiri ini, saya ingin mengemukakan soalan kepada Mahaguru Ching Hai, (Ya.) iaitu kita telah banyak mendengar tentang pengeluaran daging perindustrian, saya akan kata mengemukakan hujah yang baik dari segi menjadi vegan terutama di negara perindustrian, tetapi terdapat juga tuduhan neokolonialisme – apabila Dunia Pertama memberitahu negara membangun apa yang nak dibuat. Jadi apakah pendapat Guru tentang veganisme dan budaya gembala – katakan Fulani dan Beduoin – dan tuduhan neokolonialisme?

Master: Terima kasih, Profesor Galt. Terima kasih kerana mengemukakan ini. Apa-apa yang natural seharusnya baik. Jika tidak, dah tentu, tidak baik. Tetapi setelah struktur sosial planet kita menjadi stabil dan ekonomi berkembang maju di merata tempat disebabkan oleh diet vegan, berkat Syurga, teknologi baharu dan sebagainya, maka saya rasa amalan gembala juga akan hilang secara natural kerana ia hanyalah peratusan yang kecil berbanding dengan seluruh industri daging berorganisasi.

Dah tentu, kita harus menyebarkan kebaikan besar veganisme dan menaikkan peringkat spiritual kita hingga tahap tertentu supaya semua manusia akan faham bahawa hanya cara hidup yang mulia, berbelas kasihan seperti gaya hidup vegan benar-benar mampan dan beri manfaat kepada manusia kerana kita ialah ciptaan tertinggi.

Seperkara lagi, Jane, kamu terlupa bahawa En. Al Gore telah membuat lawatan mengejut ke mesyuarat di Austin, Texas pada 19 Julai. Beliau berkata kepada aktivis politik yang pandai dalam internet di sana. Itu persidangan Negara Netroots. Apabila seorang wartawan tanya beliau tentang diet vegetarian, beliau berkata, “Adalah benar bahawa diet vegetarian baik untuk kesihatan orang dan dapat menyelamatkan planet ini.” Jadi beliau ada mengatakan sesuatu, mungkin bukan di tapak sesawang tetapi ada katakannya di tempat lain. (Sangat bagus! Terima kasih kerana biar saya tahu. Terima kasih banyak-banyak.) Sama-sama. (Sangat bagus!)

Saya rasa beliau juga sudah mulakan diet vegan. Maksud saya tidak sepenuhnya tetapi mungkin beliau sudah pun separuh atau dua pertiga vegan. Kamu berilah sedikit masa kepada beliau. Tak begitu senang bagi banyak orang, saya perlu kata, kerana ini serba baharu bagi mereka dan barangkali mereka berfikir, “Apa?! Tanpa daging (orang-haiwan), macam mana saya nak hidup?” Mereka terlupa bahawa orang-lembu dan -gajah adalah begitu besar tetapi hanya makan rumput dan daun sederhana saja. Baiklah, terima kasih. (Terima kasih banyak-banyak, Guru dan Profesor.)

Photo Caption: “Langit dan Bumi Masih Pemurah, Manusia Harus Belajar daripada Mereka Juga!”

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (7/18)
1
Kata-kata Hikmah
2026-04-13
1597 Tontonan
2
Kata-kata Hikmah
2026-04-14
1592 Tontonan
3
Kata-kata Hikmah
2026-04-15
1457 Tontonan
4
Kata-kata Hikmah
2026-04-16
1211 Tontonan
5
Kata-kata Hikmah
2026-04-17
950 Tontonan
6
Kata-kata Hikmah
2026-04-18
755 Tontonan
7
Kata-kata Hikmah
2026-04-20
601 Tontonan
8
Kata-kata Hikmah
2026-04-21
535 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-04-21
676 Tontonan
Kata-kata Hikmah
2026-04-21
535 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-04-21
782 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-04-20
892 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-04-20
783 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-04-20
1 Tontonan
Kata-kata Hikmah
2026-04-20
601 Tontonan
Planet Bumi: Kediaman Penyayang Kita
2026-04-20
1 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-04-20
1037 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun