Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Sekarang, dua puluh dua. Kamu masih ingat. (Ya.) Shiva bercakap dengan Devi, isteri-Nya, tentang banyak cara yang berlainan untuk mengawal fikiran yang melayang supaya dapat bertumpu, boleh mendapat ketenangan jiwa, ketenangan dalam hati yang kita inginkan. Ada 112 cara. Sebelumnya kita lihat sampai dua puluh satu saja. Sekarang kita sambung.Nombor dua puluh dua: Kaedahnya, caranya, adalah cuba “merenungkan mana-mana bahagian badanmu sebagai luas tanpa hadnya.” Contohnya, melihat jari dan kita hanya nampak benda bulat yang kecil, bentuk yg sangat kecil di sini tetapi kamu harus merenung, merenung, merenung, merenung merenung lagi. Mengapa kamu ketawa? Kamu mengetawai saya! (Tidak!) Kemudian merenung sehingga jari itu menjadi tidak terbatas, tiada sempadan, tiada hadnya. Pada masa itu, dah tentu, kamu sudah masuki samadhi. Bukanlah oleh sebab kamu merenung dengan mata juling, jarimu menjadi luas tetapi kerana kamu telah memperbesar kesedaranmu, membebaskan Diri Sebenarmu. Oleh itu, kamu rasa segalanya di Alam Semesta adalah luas, tidak terhad. Faham? (Ya.) Sebenarnya pada bila-bila kamu dapat bertumpu pada apa-apa, kamu menjadi begitu luas macam itu. Itulah samadhi. Tiada masalah. Terdapat 84,000 cara untuk bertumpu. Sebenarnya boleh dikatakan segalanya yang kita buat dalam hidup ini atau segalanya yang wujud di dunia ini ialah kaedah beramal, cuma kerana fikiran kita sangat banyak terhalang oleh prasangka dan pola tabiat kita sendiri.Contohnya jika kita duduk di mana-mana, dengan serta-merta kita mula dapati bahawa fikiran melayang ke seluruh dunia tanpa tiket pesawat. Dengan kata lain, melintasi sempadan banyak negara secara haram tanpa pas. Jadi pada bila-bila kita cuba membuat sesuatu, fikiran kita tidak tertumpu di sana. Sebab itulah orang di dunia sangat sibuk bekerja dari pukul 8 hingga 5, dari pukul 10 hingga 6 atau apa-apa saja tetapi dunia tetap kucar-kacir. Kebanyakan masanya semasa kita bekerja di syarikat, di rumah atau dalam perniagaan, fikiran kita tidak berada di sana, jadi kita harus dibayar hanya separuh daripada gaji, malah mungkin satu suku atau satu perlima daripadanya, sejujurnya. Sebab itulah sejak zaman dahulu, semua Guru nasihati kita supaya belanjakan sekurangnya satu persepuluh drpd pendapatan kita untuk tujuan amal agar kita langsaikan hutang dosa yang dibuat secara tak sengaja. Contohnya apabila kita minum kopi dengan terlalu lama, berbual dengan terlalu lama semasa waktu rehat, kita tidak menyedarinya dan bukan lakukannya secara sengaja tetapi kita tetap wujudkan hutang kepada syarikat. Kita dibayar dengan terlalu banyak untuk sedikit masa dan usaha kita. Okey?Buddha berkata bahawa tiada kaedah yang bukan kaedah Buddha dan tiada apa-apa yang kotor di Alam Semesta ini kecuali fikiran kita sendiri, hati kita sendiri yang dicemari oleh tabiat kita sendiri, karma kita sendiri, cara hidup kita sendiri, cara berfikir, berkelakuan kita yang tidak betul. Sebab itulah kita lihat segalanya dengan cara yang begitu kotor, cara yang begitu tidak betul. Oleh itu, jika kita ingin kembali kepada kesucian Kerajaan Tuhan atau Sifat Buddha, kita harus dengan apa cara sekalipun sentiasa cuba berfokus, bertumpu pada apa-apa saja perkara yang kita buat pada ketika itu. Dengan itu, sekurang-kurangnya kita sentiasa bertumpu. Jika kita tak dapat bertumpu pada Kaedah (Quan Yin) Suci yang diajarkan oleh Guru, sekurang-kurangnya kita bertumpu dengan sesuatu cara supaya diri kita disucikan dan tidak memikirkan perkara lain yang tidak berguna dan cara duniawi yang kotor yang membuat kita menjadi semakin terhalang dan buatnya semakin sukar bagi kita pergi ke Kerajaan di dalam, temui ketenangan dan kegembiraan. Kerana tanpa ketenangan dan kegembiraan di dalam, adalah sangat sukar untuk uruskan urusan harian atau buat apa-apa yang bererti.Bermain golf, bola sepak, bola keranjang atau tenis pun, segala-galanya, pemain mesti bertumpu sepenuhnya pada apa yang dibuatnya. Bukankah begitu? (Ya.) Orang yang menang ialah orang yang berlatih dengan baik dan bertumpu, curahkan sepenuh hati dan minda dalam latihan itu. Itu bagaimana dia menang. Tiada rahsia. Tiada rahsia atau mungkin tiada genius dalam itu. Dah tentu, mungkin sesetengah orang lebih lembut daripada orang lain, mungkin badan mereka lebih dilengkapi dengan kelembutan supaya dia dapat membongkok dan bertindak balas dengan lebih pantas terhadap pihak lawan. Namun begitu, dengan latihan dan tumpuan, orang lain dapat lakukannya juga. Mungkin orang itu sudah dilahirkan dengan lebih banyak tumpuan dan kurang fikiran yang melayang daripada orang lain, kemudian kebetulan dia suka akan bola sepak sebagai satu-satunya minat dalam hidup, atau mungkin dia suka akan tenis atau sebarang kegiatan yang lain, kemudian dengan tumpuan sepenuh dan tiada keinginan atau fikiran lain yang mengganggu di antaranya, dia bermain bola sepak dgn cemerlang.Ada sebuah filem tentang seorang lelaki yang bermain… apa kita panggil bola yang apabila seseorang tangkap, seorang lagi…? (Besbol.) (Besbol.) Besbol? (Ya.) O ya! Besbol. Ada seorang lelaki yg bernama Nebraska. Kamu tahu tak filem itu? (Di ladang jagung di mana mereka ada padang besbol di ladang jagung?) Saya tak ingat. (Ya, saya tak ingat apa judulnya.) Apa judul filem itu, saya dah lupa tetapi pemuda itu bermain bola dengan cara tiada sesiapa pernah lihat. Dia merupakan juara besbol kerana mereka dapati dia tiada apa-apa yang lain dalam fikirannya. Dia menolak seluruh dunia kerana mungkin dia alami zaman kanak-kanak yang tidak bahagia atau sesuatu macam itu. Kemudian disebabkan oleh penolakannya terhadap dunia, dia menutup segalanya dan hanya memikirkan bola. Mungkin dengan tumpuan ini dan kekurangan zaman kanak-kanak yang tidak bahagia, dia ada kelebihan bertumpu. Oleh itu, dia menang dalam setiap perlawanan dan menjadi superbintang – dalam filem itu. Tetapi mungkin filem itu berdasarkan kisah sebenar seseorang superbintang dalam besbol.Photo Caption: “Membaiki FIRDAUS dengan Apa Cara Sekalipun”











