Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Perbezaan antara Agama Buddha dan Kristian, Bahagian 10 daripada 15: Soal Jawab

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Dalam episod ini, Mahaguru Ching Hai bincangkan mengapa dunia macam ini dengan neraka, Syurga dan dunia fizikal.

Esok semasa inisiasi, saya akan tunjukkan sekurang-kurangnya di mana Syurga dan bgmn mendapatnya. Orang lain yang tidak datang kepada saya, saya tak dapat bantu. Kita tak boleh memaksa orang masuk ke dalam Syurga, ingatlah. Kita mesti tahu akan itu. Jika tidak, Nabi Isa telah memaksa mereka semua masuk ke dalam Kerajaan Tuhan. Buddha telah memaksa mereka semua masuk ke dalam Alam Buddha. Tidak. Kita hanya boleh berhujah dan memujuk sesetengah orang dgn logik. Jika orang percaya, maka mereka akan datang.

“Sesiapa yang datang akan mendapat Syurga.” “Sesiapa yang mengikut saya takkan berjalan dalam kegelapan.” Itu apa yang dikatakan oleh Nabi Isa. Baginda tak kata, “Seluruh dunia akan berjalan dalam Cahaya semasa saya di sini.” Tidak! “Sesiapa yang mengikut saya takkan berjalan dalam kegelapan.” Saya tak dapat membuat seluruh umat manusia berjalan dalam Cahaya secara paksa atau dengan kuasa mental, tidak. Itu soalan pertama. Kita lakukannya secara senyap saja dan hanya sesiapa yang ada afiniti dgn kita akan datang dapatkan bantuan. Malangnya, macam itu. Kerana kamu mesti mengetahui Rancangan Tuhan juga. Dunia ini mesti berterusan. Kita ada neraka, ada dunia (fizikal) ini dan ada Syurga. Tiga Alam saling berkaitan dan penting sesamanya, penting kepada orang. Banyak orang suka akan neraka, banyak orang suka akan Syurga, banyak orang suka akan dunia ini. Kita tak boleh buat dunia ini menjadi Syurga. Ke mana orang lain nak pergi? Orang suka pergi ke Syurga. Betul, bagus, dan kami bawa kamu ke Syurga. Orang suka hidup di dunia ini – kita juga perlu berikan peluang dan kebebasan kepada mereka untuk hidup di dunia ini. Oleh itu, dunia ini perlu macam ini. Hanya segelintir orang ingin pergi ke Syurga, maka Guru akan datang bawa mereka kerana kelas orang yang berlainan mahukan benda yang berlainan. Sesetengah orang suka akan pesawat, maka syarikat pesawat bertanggungjawab terhadap mereka. Mereka yang suka berjalan kaki atau menaiki kereta, maka mereka perlu ikut jalan yang berlainan.

Kita tak boleh memaksa orang masuk ke dalam pesawat saja hanya kerana ia paling baik, paling cepat, paling pantas dan paling selesa. Paling selesa pun, bukan semua orang mahu. Oleh itu, kamu lihat orang suka merokok atau minum kopi pahit yang mereka rasa sangat baik, buat mereka rasa pening dan berkonvulsi tetapi mereka rasa arak sangat baik. Orang sukai benda-benda yang berlainan. Jadi neraka, Syurga dan dunia ini ialah pilihan, tempat untuk pembawaan yang berlainan. Kita tak boleh memaksa orang hidup di dunia yang berlainan jika mereka tidak mahu. Sekarang soalan kedua adalah bila dan bagaimana kamu akan mengecap Keamanan global. Ia sudah dijawab, separuh daripadanya, dalam jawapan pertama. Kamu nak tahu bila orang mati atau apa? Bilakah dunia binasa atau apa?

Bilakah dunia binasa? Adakah itu apa yang kamu nak tahu? (Ya.) (…dari segi Hari Kiamat. Terlalu banyak pengumpulan karma bunuh.) Ya. (Oleh itu…. nyatakan bahawa kita cenderung kepada Hari Kiamat.) Oh! Saya faham. (Ya, sama ada kita akan benar-benar mengatasi kematian, atau akhirnya kita akan sampai sana.) Wau! (Bila?) Bila? Kamu tahu tak? Apabila kita mati, itu hari kiamat dunia kita, tidak kira oleh apa. Katakan saya mati esok, itu hari kiamat kerana saya tak nampak dunia ini lagi. Jadi itu hari kiamat dunia. Jadi kita tak perlu risau tentang pengakhiran seluruhnya kerana lebih atau kurang kita akan berakhir dengan sesuatu cara, cepat atau lambat. Sekarang persoalannya adalah selepas hari kiamat dunia kita atau seluruh dunia, apa yang nak dibuat?

Jadi saya ada penyelesaiannya, iaitu kita pergi ke alam lain yang lebih baik. Jadi kita buat persediaan mulai hari ini. Kita buat persediaan. Sama ada ia berakhir bagi diri kita atau dunia akan berakhir semua sekali, tak menjadi hal! Tak menjadi hal! Kita akan pergi ke tempat yang berlainan. (Ada pendekatan mikro, individu, pada pendapat saya, sebagai…) Bagaimana selamatkan seluruh dunia, kan? (Ya.) Mereka perlu selamatkan diri sendiri. Contohnya, saya sentiasa beritahu orang, “Saya ada cara untuk pergi ke Syurga.” Tetapi jika orang tak nak pergi ke Syurga, apa yang saya nak buat? Bukan semua orang datang dengar kata-kata saya seperti kamu. Faham? (Saya faham.) Kamu masih suka saya memaksa mereka pergi ke Syurga atau datang dengar kata-kata saya?

(Guru berkata bahawa kita boleh mempersoalkan dunia. Tetapi dalam makrifat, tiada perbezaan besar antara perbezaan individu dan…) Betul. (Atau dari dunia ini atau alam dalaman…) Kamu akan mengetahui itu selepas mendapat makrifat. (Adakah terdapat yang individu…?) Kamu akan mengetahui itu. (Adakah terdapat takdir dunia?) Tiada takdir. Tiada dunia. Semuanya ilusi kita sendiri. Kamu akan mengetahui itu selepas Makrifat Besar. Segala kebimbangan, kerisauan kamu tentang dunia akan hilang. Okey? (Bagus. Terima kasih.)

Kamu akan lihat dunia dengan mata yang berbeza. Dah tentu, kamu masih akan jadi warganegara yang baik dan cuba sedaya upaya. Apa yang kita buat sekarang membantu dunia juga kerana apabila kita bermeditasi dengan cara yang betul, memancarkan kasih sayang dan Cahaya, itu akan beri manfaat kpd banyak orang. Oleh sebab sentiasa ada orang di dunia ini yang amalkan Cahaya (Syurga dalaman), jadi dunia ini kekal seperti sekarang. Jika tiada sesiapa yang amalkan Cahaya (Syurga dalaman) dan kebaikan sama sekali, dunia ini sudah menjadi neraka lama dahulu lagi. Jadi apa yang buat dunia ini berbeza dengan neraka adalah terdapat banyak Santo bermakrifat agung di dunia yg memancarkan Cahaya, Kasih Sayang dan berkat. Apa yang buat dunia ini berbeza dengan Syurga adalah terdapat segelintir orang ini saja dan bukan seluruh dunia. Apabila seluruh dunia beramal, ia akan menjadi Alam Buddha. Tetapi oleh sebab seluruh dunia tidak beramal, jadi ini ialah dunia (fizikal). Ia bukanlah neraka kerana masih ada orang yang baik dan yang jahat. Itu perbezaannya, dan dunia ini kekal macam ini.

Jika kamu ingin membantu dunia, maka kita amalkan kebaikan, amalkan Cahaya (Syurga dalaman). Itu akan bantu sampai tahap tertentu. Hari kiamat dunia atau tiada hari kiamat dunia, saya takkan kata. Ini bergantung kepada hati dan kehendak orang serta Kehendak Tuhan. Kita tak tahu apa baik dan apa tidak baik. Contohnya, jika sebuah rumah telah terlalu usang, berbahaya, tidak selamat untuk didiami, akankah kamu masih, disebabkan suka akan bangunan lama, memeliharanya dalam keadaan itu? Tidak, kamu perlu merobohkannya dan bina yang baharu. Jika tidak, kamu perlu buat sesuatu dengannya, memasang sesuatu dan mengubah suai seluruhnya. Begitu juga dengan Rancangan Tuhan. Kita mesti mengetahui Kehendak Tuhan. Apa-apa yg hendak dilakukan oleh Tuhan, itu adalah betul.

Macam mana pun, selepas Makrifat Besar, kamu lihat tiada dunia, tiada orang, hanya Cahaya, hanya kebahagiaan dan kegembiraan. Segalanya yang lain hanyalah bayang Cahaya itu. Contohnya saya di sini, bayang saya ada pada dinding. Jika kamu musnahkan bayang, ini tak bermakna apa-apa. Kamu boleh letak sesuatu di belakang saya supaya kamu tak nampak bayang. Ini tak bermakna bayang telah mati kerana ia tiada di sana pada permulaannya. Ia hanyalah bayang. Saya di sini. Roh-roh tak pernah mati! Apa-apa bencana atau kematian hanyalah ilusi. Jangan risau tentang kematian. Saya ‘mati’ setiap hari tetapi masih hidup dan hidup dengan baik.

Minta maaf. Saya tidak maksudkan nak anggap soalanmu sebagai gurauan tapi saya tak tahu apa cara yang lebih serius untuk jawab soalanmu. Saya minta maaf. Terima kasih. (Kita boleh bincang lagi kemudiannya.) Oh, betul! Kamu boleh tanya saya lagi kemudiannya. Terima kasih banyak-banyak.

Silakan, puan. (Saya ada satu soalan tentang vegetarianisme (veganisme). Saya faham atau kelihatan logik mengapa kita tidak makan daging atau haiwan hidup tetapi mengapa kita boleh bunuh buah-buahan dan sayuran?) Kamu bandinglah. Buah-buahan ada kesedaran yang sangat sedikit, dan tumbuhan, 90% ialah air. Kesedaran – sangat sedikit. Dah tentu, kita tak harus cabut rumput atau bunuh tumbuhan tanpa tujuan, maksud saya, hanya dengan kekejaman atau tanpa sebarang sebab. Tetapi kita perlu terus hidup untuk mengenali Tuhan. Atas tujuan itu sahaja, kita perlu makan makanan vegan. Jika kamu boleh hidup tanpanya, maka dialu-alukan. (Terima kasih.) Tidak boleh bunuh tumbuhan, cuma kita perlukannya, kerana daging (orang-haiwan) adalah tidak perlu.

Tanpa daging (orang-haiwan), kita boleh hidup dengan makanan vegan. Tetapi tanpa makanan vegan, kita tak dapat hidup. Oleh itu, itu mudarat yang paling kurang, minimum dan yang paling diperlukan. Kita bukan lakukannya hanya kerana rasa atau kegembiraan, cuma itu keperluan yang boleh dimaafkan. “Orang yang mencuri roti tidak bersalah.” Ingatlah akan Bible. “Orang yang mencuri roti tidak bersalah.” Sama juga, jika kita makan makanan vegan, itu disebabkan keperluan semata-mata. Kita tiada apa-apa yang lain. Tiada daging (orang-haiwan), sekarang apa yang kamu makan? Kamu perlu makan makanan vegan, sayuran. Jadi itu yang paling kurang, benda yang paling tak dapat dielakkan, jadi itu tak begitu bersalah. Tuhan adalah berbelas kasihan.

(Guru...) Ya. (Saya memahaminya macam ini…) Guru kata neraka atau syurga wujud. Setiap individu akan mencipta Syurga atau nerakanya, bergantunglah.) Betul. (Jadi ini bermakna begitu banyak neraka atau Syurga, termasuk anjing, kucing, bolehkah mrk cipta sendiri punya juga? Dan saya ingin faham, sama ada neraka atau Syurga yang Guru katakan, sama ada itu neraka atau Syurga dalam minda setiap individu, atau sama ada itu neraka dan Syurga selepas setiap individu mati. Jadi memikirkan itu, ia mengelirukan saya tentang kelahiran semula.

Dalam sesetengah keadaan, seperti yang dikatakan oleh Buddha, kadangkala orang, selepas hidup ini berakhir, kita akan lahir semula di planet lain atau mungkin kita lahir semula di planet ini tetapi tidak lagi sebagai orang, mungkin anjing, kucing atau apa-apa saja. Jadi ini bermakna dalam situasi macam itu, tiada neraka atau Syurga tetapi mereka hanya lahir semula di planet lain. Jadi bagaimana dengan sesetengah... itu buat saya berfikir bahawa cuma neraka atau Syurga dibuat secara berbeza di planet lain. Mungkin sesetengah planet lebih ceria daripada planet ini. Orang panggilnya ‘Syurga’, mungkin. Jadi saya ingin mengetahui itu.) Kamu kata Buddha tidak sebut neraka? (Ah... berkata tentang itu tetapi saya masih keliru. Saya tak tahu.) Baginda ada sebut. (Kita bercakap tentang kelahiran semula? Bagaimana dengan kelahiran semula?) Kelahiran semula ialah transmigrasi. (Ya.) Hukum transmigrasi. Selepas kamu mati, mungkin kamu mentransmigrasi menjadi bentuk hidup yang lain. Itu dipanggil luân hồ (kelahiran semula) dalam bahasa Âu Lạc (Vietnam). (Ya.) Sekarang, neraka ada disebut oleh Buddha. Kamu pulang dan bacalah Kitab Bodhisattva Simpanan Tanah. Kitab Kṣitigarbha. Dalam Kitab Kṣitigarbha, Buddha memang bercakap tentang neraka. Mengapa kamu kata tidak? Baginda ada. (Ya. Saya memahami itu.)

Baiklah. Sekarang, neraka dicipta dalam minda kita tetapi ia juga berada di luar minda kita. Mengapa saya kata di dalam minda kita dan di luar? Ini kerana segala-galanya dicipta oleh minda kita sendiri tetapi kita tidak nampak itu. Kita ingat itu di luar diri kita dan ia menyebabkan kita menderita. Kita tetap rasa bahawa kita sangat banyak menderita akibat neraka atau apa-apa saja situasi yang kita cipta. Tetapi itu helah Maya. Itu helah ilusi. Sebab itulah orang tak dapat keluar daripadanya. Jika tidak, tak perlukan Buddha datang, tak perlukan Nabi Isa datang. Kerana begitu dahsyat, begitu tak dapat dibayangkan, helah Maya – ahli sihir yang hebat. Dia buat keadaan macam itu. Itu Maya. Itu bukan orang, cuma suatu kuasa alam semula jadi untuk memerangkap, menyihir orang, menjerat orang di dunia ini. Tetapi sementara itu, kita mesti berjuang untuk keluar daripada ilusi ini.

Photo Caption: “Mengetahui Hidup di Sini Bersifat Fana, Cubalah Cari yang Abadi!”

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (10/15)
1
Kata-kata Hikmah
2026-06-08
3162 Tontonan
2
Kata-kata Hikmah
2026-06-09
2609 Tontonan
3
Kata-kata Hikmah
2026-06-10
2585 Tontonan
4
Kata-kata Hikmah
2026-06-11
2326 Tontonan
5
Kata-kata Hikmah
2026-06-12
2201 Tontonan
6
Kata-kata Hikmah
2026-06-13
2147 Tontonan
7
Kata-kata Hikmah
2026-06-15
1586 Tontonan
8
Kata-kata Hikmah
2026-06-16
1390 Tontonan
9
Kata-kata Hikmah
2026-06-17
1170 Tontonan
10
Kata-kata Hikmah
2026-06-18
932 Tontonan
11
Kata-kata Hikmah
2026-06-19
712 Tontonan
12
Kata-kata Hikmah
2026-06-20
543 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-06-20
3511 Tontonan
Kata-kata Hikmah
2026-06-20
543 Tontonan
Jejak Budaya di Seluruh Dunia
2026-06-20
278 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-06-20
713 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-06-19
172 Tontonan
Kata-kata Hikmah
2026-06-19
712 Tontonan
Keindahan Alam Semula Jadi
2026-06-19
178 Tontonan
Alam Haiwan: Penghuni Bersama Kita
2026-06-19
55 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun