Mahaguru Ching Hai yang dikasihi, Baru-baru ini, saya dengar Guru sebut bahawa seseorang gunakan sihir gelap untuk memudaratkan Guru. Saya percaya mereka akan hadapi akibat karma yang teruk, malah mungkin jatuh ke dalam neraka. Semasa gunakan sihir untuk menyembuh pun, kita campur tangan dalam hukum karma, membuat kita menanggung kesan spiritual. Jika kuasa sebegini digunakan untuk memudaratkan orang lain, akibatnya lagi teruk. Sebelum mengamalkan Kaedah Quan Yin, saya pernah mempelajari sihir, capai kedudukan ‘guru’. Contohnya, suatu kali, seorang gadis muda di kawasan kejiranan saya kena rasuk, berlari tak tentu hala ke merata tempat. Walaupun dia berbadan kecil, orang lain tak dapat menahan dia. Orang dewasa berbadan besar yang cuba pun dicampak. Tetapi saya hanya perlu melukis azimat, melafazkan mantera dan meniup ke arahnya, tiba-tiba dia tidak sedarkan diri. Apabila terjaga, dia kembali normal dan tak ingat apa-apa pun. Saya tidak beritahu orang kejadian ini. Umumnya saya hanya gunakan kuasa sihir untuk merawat penyakit ringan seperti kehelan atau bisul dan tidak memudaratkan sesiapa pun. Pada 2019 apabila saya temui ajaran Guru, ‘Kunci Makrifat Segera’, saya berdoa agar jika Guru benar-benar seorang Buddha hidup, saya ingin menerima tandanya supaya percaya. Pada malam itu, bilik saya bersinar dengan aura dan mengeluarkan bau harum penuh misteri yg tidak seperti apa-apa yang pernah saya tahu. Sejak itu, saya memutuskan untuk meninggalkan kuasa sihir dan memohon untuk menjadi anak murid Guru, gembira dengan menemui jalan keluar dari Tiga Alam. Semua pengamal sebenar Guru membawa ‘kuasa sihir tanpa ego’ di dalam diri mereka – membuat tanpa membuat, tidak menyedari perbuatan mereka. Contohnya, ada seorang saudara seguru yang alami kemalangan yang teruk, kelihatan macam tak bernyawa di tempat kejadian tetapi dikejarkan ke hospital untuk pembedahan kecemasan. Apabila para saudara seguru datang, ingin dermakan darah, dia sedar semula dengan ajaibnya. Dia ceritakan bahawa apabila kemalangan berlaku, rohnya meninggalkan badannya. Dia dapat lihat badannya terbaring di sana tetapi tidak dapat masuk semula. Apabila saudara seguru tiba, dia nampak setiap daripada mereka memancarkan Cahaya. Cahaya mereka bergabung menjadi Cahaya besar, bantu menolak rohnya masuk ke dalam badannya semula. Mereka menyelamatkan dia tanpa menyedarinya pun. Guru memang merupakan Guru Bermakrifat Paling Agung. Saya amat berterima kasih atas Guru menerima saya sebagai anak murid-Mu. Anak murid-Mu, Thiện Nhân dari Âu Lạc (Vietnam) Dan lain-lain…
Sekarang, sekali lagi, jika anda mahukan keamanan, anda perlu wujudkan kedamaian. Anda perlu menjadi contoh damai. Saya bayangkan suatu hari nanti gelembung karma yang mengandungi keamanan dunia di dlm ini akan terkopek, hilang, hancur berkecai dan tiada lagi. Kita harapkan itu tak lama lagi. Anda teruslah berdoa, teruskan diet penuh kemurahan anda, diet veganisme yang damai dan terus galakkan orang lain yang anda kenali di sekeliling anda dengan sebarang cara yang mungkin untuk buat mereka ingat siapa diri mereka – yang pemurah, yang berkuasa, yang berbelas kasihan dan lain-lain. Semua sifat terbaik di seluruh Alam Semesta terkandung di dalam bentuk manusia yang kecil, rapuh, lembut. Anda hanya perlu bangkitkan dan gunakannya, maka anda akan rasa anda berbeza – anda manusia sejati. Anda akan jadi manusia yg mengagumkan belum kata lagi menjadi santo atau apa-apa yang lain. Anda mengagumkan, maka anda akan lebih sayangi diri sendiri dan akan berterima kasih kepada semua orang di sekeliling anda, semua makhluk di sekeliling anda yang menyumbang sesuatu kepada kehidupan anda dan dunia ini dengan definisi sebaik mungkin. Jadi anda akan sangat gembira menjalani kehidupan anda dan hidup dalam kalangan semua makhluk yang bermanfaat ini. Anda akan lebih memahaminya, lebih menghargainya apabila anda berubah kepada hidup sebenar manusia – berbelas kasihan, penyayang, bermanfaat, damai, mulia, orang agung, anak TUHAN, Buddha masa depan. Veganisme ialah kunci utamanya. Ingatlah akan itu. Cintai TUHAN ialah kunci utama yg baik. Memuja TUHAN, ingati TUHAN ialah kunci besar yang lebih baik. Anda hanya perlu menjadi vegan, cintai TUHAN, bantu makhluk lain. Anda tak perlu menjadi anak murid saya. Kononnya anak murid saya tergesa-gesa. Mereka tahu akan kefanaan hidup. Mereka tahu ada sesuatu yang lebih baik daripada rupa fizikal hidup ini, jadi mereka tergesa-gesa. Mereka tak dapat tunggu, jadi datang kepada saya, minta itu, Kurniaan yang akan berikan pembebasan abadi dan kuasa besar kepada mereka sementara di Bumi, dan selepas itu, semakin tinggi ke Syurga tertinggi. Kami paparkan banyak perkara kepada anda dalam Berita Harian atau dalam rancangan kami tentang diet vegan boleh berapa menyihatkan. Anda bukan makannya hanya kerana dipaksa untuk menjadi berbelas kasihan. Bukan! Anda harus sayangi diri sendiri, berikan makanan terbaik kpd diri sendiri. Anda lihat semua kajian saintifik – semua ahli sains beritahu kita bahawa semua sayur dan buah memang merupakan khazanah hidup fizikal. Hanya fikirkannya pun – hanya ketumbar rendah, halus, rapuh, mudah rosak ini, berapa banyak daun kecil atau ranting ketumbar itu membantu anda menyembuhkan begitu banyak penyakit, mencegah begitu banyak penyakit yang boleh bawa maut, malah kanser, dan hanya tomato kecil, berapa banyak ia menawarkan untuk kesihatan anda, ketegapan fizikal anda, dan hanya jambu batu, berapa banyak ia akan melindungi anda secara fizikal, mencegah banyak penyakit dan lain-lain. Anda buatlah kajian tentang setiap satu daripadanya. Herba-herba kecil ini, ketumbar, herba Itali, taim, rosemary dan lain-lain. Ia begitu kecil, sangat kecil tetapi kuasanya begitu besar untuk buat anda menjadi manusia yang kuat, sihat, sangat kebal.Kajian yang dibentangkan di Kolej Kardiologi Amerika menunjukkan diet vegan yang sihat mengurangkan risiko kematian sebanyak 24% bagi orang yang alami gangguan kardiometabolik seperti obesiti, diabetes dan penyakit jantung. Pakar mengesahkan bahawa diet yang kaya dengan sayuran, bijirin, legum dan kekeras bantu menurunkan tekanan darah, memperbaik kolesterol, menstabilkan gula darah dan mengurangkan keradangan – faktor utama dalam pencegahan penyakit jantung (VegNews) Pakar berkata ketumbar ialah herba nyahtoksik semula jadi yang penuh dengan pengantioksida, vitamin A dan K serta sebatian pelindung berasaskan tumbuhan yang bantu menyingkirkan logam berat dari badan. Kajian menunjukkan ia juga menyokong fungsi hati, mengurangkan keradangan dan menggalakkan paras gula darah yang sihat. Tambahkanlah ketumbar segar ke dalam sup, salad atau smoothie sayur untuk pertambahan yang menyegarkan, membersihankan badan kepada diet vegan yang berkhasiat (Healthline) Pakar pemakanan berkata tomato dapat mencegah kanser prostat, paru-paru dan payudara disebabkan likopen, sejenis pengantioksida yang kuat. Kaya dengan vitamin A, C dan kalium, ia menstabilkan tekanan darah dan mencerahkan kulit. Makanlah dengan banyak setiap minggu, secara mentah, dimasak atau diperah jus, bersama minyak zaitun atau avokado untuk penyerapan terbaik, sbg sebahagian daripada diet vegan sepenuh yang sihat (Radio 247) Pakar menekankan bahawa makan satu biji jambu batu setiap hari pada musim sejuk menguatkan sistem imun dan melaraskan metabolisme secara signifikan. Penuh dengan empat kali lebih banyak vitamin C daripada oren, jambu batu kurangkan tempoh selesema dan gejala pernafasan. Seratnya yang banyak bertindak sebagai prebiotik untuk kesihatan usus, menstabilkan gula darah, mengekang pertambahan berat badan musim sejuk dan meningkatkan kepekaan insulin sementara mencegah penyakit hati berlemak (Lao Động) Doktor berkata rosemary kaya dengan pengantioksida dan sebatian antikeradangan yang menyokong kesihatan otak, jantung dan imun. Kajian menunjukkan aromanya juga dapat meningkatkan daya ingatan dan tumpuan. Gunakanlah rosemary segar atau kering dalam sup vegan, sayur panggang atau teh untuk rangsangan berkuasakan tumbuhan yang wangi (Medical News Today) Doktor berkata selasih ialah herba wangi yang kaya dengan pengantioksida, vitamin K dan sebatian antikeradangan semula jadi yang menyokong kesihatan jantung dan keimunan. Kajian menunjukkan minyak pati selasih seperti eugenol dan linalool dapat bantu mengurangkan tekanan, mengimbangi gula darah dan melawan jangkitan. Nikmatilah selasih segar dalam sup vegan, salad atau teh untuk rangsangan berkuasakan tumbuhan yg menyegarkan kepada minda dan badan (WebMD) Dan lain-lain…
Bayangkan jika anda makan mana-mana daripadanya atau makan mana-mana daripadanya secara bergilir-gilir setiap hari, anda takkan jatuh sakit. Meskipun ada penyakit di sana sini daripada orang lain, ia tidak pengaruhi anda. Ia tak dapat sentuh anda. Anda terlalu kuat. Bayangkan bagaimana anda sebagai manusia, betapa kuatnya anda. Bayangkan, TUHAN ciptanya utk anda. TUHAN berfirman bahawa “Aku mencipta semua herba, sayur dan buah ini di kebun sebagai makananmu.” TUHAN tak pernah berfirman, “Aku mencipta orang-haiwan sebagai makananmu.” Tak pernah. Jadi bantulah saya. Bawa peralatan kepada saya supaya saya dapat buka gelembung karma keamanan ini dan biarkan keamanan keluar. Di dunia fizikal ini, kita bukan sahaja gunakan kuasa berkat, kuasa Syurga tetapi juga perlukan peralatan. Kita perlukan peralatan. Ia berfungsi dengan lebih berkesan. Buddha tiada sebarang tentera. Baginda tidak mahukannya juga, jadi tentera negeri musuh menyerbu masuk ke dalam negeri mereka, bunuh dan seksa kaum kerabat-Nya tanpa penghujungnya. Tetapi Buddha pun tidak cuba gunakan senjata, jadi Baginda gunakan peralatan-Nya sendiri. Baginda berkati orang yang meninggal selepas itu. Baginda juga sendiri pergi ke jalanan dan duduk di sana sebagai lambang keamanan serta ekspresi cintai keamanan dan mahukan keamanan untuk negeri itu. Tetapi itu tak cukup. Itu tak cukup sebagai alat fizikal untuk menentang peperangan tersebut. “Seni, dalam Sebarang Bentuk, Hanya Dihargai oleh Mata yang Tajam TUHAN, dalam Sebarang Jelmaan, Hanya Diketahui oleh Roh Ternaik”










