Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Dalam episod ini, seorang anak murid gambarkan perjalanan spiritualnya untuk mencari TUHAN, pertemuannya dengan Guru dan kegembiraan yang dirasainya sejak menerima inisiasi. Saya ingin kata saya bertemu dgn Guru pada akhir tahun 1996 dan diinisiasi pada Februari 1997. Sudah dua tahun sejak saya menjadi anak murid dan mengamalkan Kaedah Quan Yin. Saya pergi ke tempat di mana kumpulan di Costa Rica bermeditasi, untuk persidangan tentang makhluk asing. Di sana saya bertemu dengan orang yang bekerja untuk Beliau. Saya terdengar mereka bercakap tentang Guru. Saya juga tanya beberapa soalan dan rasa sangat ingin tahu kerana saya sentiasa baca buku tentang kerohanian. Apa yang saya katakan ini berlaku dua tahun yang lalu tapi mula-mula sekali saya ingin kembali ke waktu yg lebih awal sikit kerana pencarian spiritual saya sebenarnya bermula 10 tahun sebelumnya. Saya mula membaca buku tentang kerohanian. Ada keresahan dalaman yang buat saya tertanya-tanya, “Tetapi segalanya yang ditawarkan oleh dunia ini… segalanya yang diberikan oleh ibu bapa saya, saya amat berterima kasih atas segalanya. Walaupun saya gembira dengan segalanya, itu masih tak cukup bagi saya.” Jadi saya baca untuk cari, terdorong oleh kedahagaan terhadap TUHAN. Saya mula membaktikan diri untuk seketika kepada Gereja Katolik kerana di Costa Rica, itu apa yang paling dekat dengan agama rasmi, jadi saya ambil bahagian dalamnya untuk seketika. Kemudian keinginan untuk baktikan diri kepada TUHAN timbul tetapi saya dapati ia tidak memenuhi apa yang saya cari. Ia tidak memenuhi keinginan saya. Ia tidak menyuburkan saya. Saya tidak gembira – masih tak cukup. Tetapi saya buat sedikit persediaan. Saya baca Bible. Itu membantu. Selepas menerokai Bible dan Gereja Katolik, saya memutuskan untuk terus membaca secara meluas daripada pelbagai mazhab kerohanian. Saya juga amalkan dua atau tiga disiplin spiritual yang berlainan untuk perkembangan roh tetapi masih tak dapat jumpai apa yang saya cari. Semua ini berterusan selama banyak tahun. Saya telah mencari selama 10 atau 12 tahun... Mencari tanpa menjumpai apa-apa adalah agak mengecewakan kerana ia berterusan untuk masa yang begitu panjang dan saya tak dapat jumpai kegembiraan. Saya tidak jumpai apa-apa pun untuk hilangkan dahaga saya. Saya ingin ‘minum’ daripada TUHAN. Saya ingin disuburkan. Itu sejenis keresahan – saya tak tahu bagaimana ungkapkannya kerana itu spiritual, sesuatu yang tak dapat saya gambarkan, sama seperti apabila Guru kata kita tak dapat gambarkan macam mana rupanya bercinta. Itu mustahil – kita tak dapat ungkapkannya. Sama juga. Jadi saya asyik mencari dan terus membaca buku spiritual. Saya banyak belajar tetapi masih tidak jumpai apa-apa pun. Selepas beberapa waktu, saya nampak persidangan mengenai makhluk asing di Costa Rica ini. Jadi saya pergi ke sana dan menemuinya pada Januari 1997. Pada bulan Februari, saya diinisiasi. Saya mula beramal tapi sampai waktu itu saya juga telah menjadi agak skeptikal dengan segalanya yg saya baca kerana saya telah habiskan masa 10 tahun membaca begitu banyak perkara dan hampir menjadi yakin bahawa tiada apa-apa yang benar-benar berhasil. Saya mula beramal selepas menerima inisiasi. Saya telah baca banyak buku-Nya (Guru). Begitu pun, saya tetap ada kesangsian terhadap Beliau dan kumpulan ini. Saya juga takut sikit kerana saya sentiasa agak berat mulut. Selalunya, dalam masa dua tahun saya beramal dengan Beliau ini, saya sering rasai sedikit ketakutan yang bebani saya, tetapi melalui teladan-Nya, Beliau menunjukkan kepada saya bahawa tiada apa-apa yang nak ditakuti. Mereka tidak yakinkan saya tentang apa-apa pun – saya lihatnya dan minum daripadanya. Jadi saya percaya bahawa selepas segala pencarian yg saya sendiri lakukan, saya telah jumpai teman dalam kumpulan ini. Sekarang saya tidak rasa keseorangan lagi. Saya bersama kumpulan Costa Rica. Tetapi segalanya bermula dari saat itu. Bagi saya, ini keluarga yang sangat baik. Pada bila-bila saya pergi ke luar negeri, saya cari saudara-saudara saya – seperti yg kami katakan – dan sentiasa sangat gembira jumpa dengan mereka. Kami semua adalah sama. Kami semua dahaga akan TUHAN. Kami semua mahu bertumbuh dalam kehidupan duniawi dan dari segi rohani. Kami semua berusaha untuk menjadi makin hari makin baik. Apa yang buat saya gembira bukanlah hanya amalan spiritual – itu segala-galanya kerana saya telah bergerak melangkaui intelektualisme dan pembacaan. Saya telah beralih kpd amalan spiritual. Mengamalkan kaedah ini telah membawa hasil. Saya mula nampak pertumbuhan dalam diri saya dan kehidupan saya. Kesusahan berada di dunia dan bekerja – kerana kerja adalah susah – dan segala seksaan di dunia mula terasa kurang menyakitkan. Ia masih susah tetapi meditasi, amalan spiritual, buat saya gembira. Saya telah jumpai apa yang saya cari. Saya boleh kata bahawa meditasi bimbing saya dalam kehidupan harian. Saya banyak membuat perjalanan dan pergi terus untuk jumpa dgn Beliau (ke suluk Guru). Kerana berada di depan-Nya adalah baik dan begitu spontan. Tambahan pula, meditasi dlm kumpulan yang besar juga sangat bermanfaat kepada amalan spiritual. Sekarang saya tahu dan faham dengan jelas bahawa satu-satunya perkara untuk saya lakukan adalah baktikan diri kepada amalan spiritual dan TUHAN saya. Saya juga ingin membaktikan diri untuk berkhidmat kepada orang. Kesimpulannya, saya ingin berkata bahawa adalah sukar untuk menjelaskan kerana saya tak dapat ungkapkan dengan kata-kata. Saya hanya ingin berkata bahawa saya sangat gembira. Meditasi, kumpulan ini dan Guru telah buat saya rasa sangat gembira. Saya telah jumpai apa yang saya cari, seperti yang saya katakan. Itu saja. Saya ingin minta kalian supaya membuka hati, minda dan jiwa kalian. Jangan biarkan fikiran kalian menghalang apabila anda dengar Kata-kata Guru. Terima kasih. Selamat malam. (Sekarang mari kita dengar kata-kata Mahaguru Ching Hai.) Terima kasih. Bagus. Dulu saya dapat menuturkan sedikit bahasa Itali, kira-kira 15 tahun yang lalu. Sekarang saya hanya dapat faham sikit. Segalanya yang kita tidak berlatih, kita lupa. Begitu juga dengan sifat TUHAN. Kita semua baca dalam Bible bahawa kita ialah anak TUHAN dan bahawa melalui Nabi Isa, kita akan ditebus dan menjadi suci. Tetapi kadangkala kita lupa akan itu. Sebab itulah kadangkala kita perlu diingatkan. Itu disebut secara sampingan saja. Selamat malam. Saya harap kalian seronok menikmati hari dan hidup kalian. Saya rasa sangat seronok kembali ke Rom semula kali ini. Saya bercakap dgn seorang kawan saya malam semalam di telefon bahawa telah begitu lama sejak saya tinggalkan Itali. Saya hampir dah lupa berapa cantiknya ini terutama di Rom. Sebenarnya, mana boleh saya lupa akan segala seni bina yang megah ini dan segala persekitaran yang indah di Rom ini? Mana boleh saya lupa akannya? Tetapi saya memang dah lupa. Orang di sini sangat, sangat, maksud saya sangat, sangat suka menerima tetamu tetapi saya lupa akan itu pun. Jadi kelihatan macam kali pertama saya datang ke sini – kali pertama. Segalanya adalah mengejutkan, menguja dan menarik. Dah tentu, menyeronokkan. Maksud saya, saya terkejut kerana orang di ibu kota ini sangat sibuk, seperti di setiap ibu kota yang lain, orang sibuk kerana kehidupan lebih tergesa-gesa tetapi mereka luangkan masa utk bercakap dengan kita jika kita perlukan sesuatu. Mereka luangkan masa utk tunjukkan arah jika kita perlukan arah. Mereka luangkan masa untuk memenuhi keperluan kita sehingga kita berasa puas. Kamu penterjemah yang baik. Dilahirkan di Itali? Buatan Itali? Ya? Buatan Itali? Ya? Baiklah. Itu apa yang saya alami ketika saya baru mendarat di Rom, sekarang pada masa ini. Di jalan yang sangat sibuk pun, kereta-kereta berhenti betul-betul di depan saya supaya saya seorang diri – satu orang saja, orang yang tidak dikenali – dapat melintas jalan dengan tidak tergesa-gesa. Itu bukan di hotel, bukan di restoran, bukan di kedai, jadi memang bukan komersial. Mereka sentiasa begitu. Ini berlaku kepada kalian? Ya? Oh! Ya, ya. Jadi itu orang Itali. Lama dahulu ketika saya datang ke Itali buat kali pertama, saya temu dgn seseorang di dalam kereta api – seorang wanita tua. Dia jemput saya ke rumahnya dan perlakukan saya macam tetamu tertinggi di rumahnya selama beberapa hari. Seluruh keluarga adalah begitu juga. Bukan untuk apa-apa pun. Tanpa sebab. Cuma mereka dilahirkan dengan kebaikan hati dan kasih sayang. Jadi segala kejadian ini berlaku sekali lagi apabila saya kembali ke Itali. Oleh sebab dah lama saya tidak berada di sini, saya telah lupa dan kelihatan macam kali pertama. Photo Caption: “Jalan Pulang ke Rumah Ada di Sini Sekarang”











