Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Bagi Mengenali TUHAN, Kita Mesti Jadi TUHAN, Bahagian 6/11

Butiran
Baca Lebih Lanjut
Dalam episod ini, Guru jelaskan bahawa lepas berhubung semula dengan TUHAN, segalanya menjadi jelas. Kasih Sayang TUHAN bangkit di dalam diri kita dan kita belajar untuk menuturkan bahasa roh.

Tidak lama lagi kalian akan meraikan 1,700 tahun agama Kristian sebagai agama rasmi di Armenia. Saya dijemput ke sana untuk majlis itu tetapi saya takkan ada masa, jadi saya pergi ke sana lebih awal pada minggu lalu Saya lihat lembing yang digunakan oleh mereka untuk mencederakan Nabi dan saya menangis teresak-esak. Semasa sidang akhbar yang diatur oleh kerajaan, seorang wartawan tanya beberapa soalan dan dia beritahu saya bahawa wanita tak harus berkhutbah. Tetapi mereka memuja Santo yang mula-mula sekali bawa agama Kristian ke tanah mereka yang merupakan seorang wanita. Mereka menyeksa dan membunuh beliau ketika beliau masih hidup. Jadi saya kata, “Apa yang kita nak buat?” Apabila Nabi Isa datang sebagai lelaki, mereka juga menyeksa dan membunuh Baginda. Mereka kata Baginda ‘orang yang kufur’. Apabila seorang wanita, Santo Wanita, datang ke Armenia, mereka juga menyeksa dan bunuh beliau kerana beliau seorang wanita. Jadi apa yang kita nak buat? Ada gunanya tak?

Nabi Isa mengorbankan nyawa-Nya dan Santo-santo lain mengorbankan nyawa mereka supaya kita boleh mendapat pengajaran Kasih Sayang. Hanya jika kita mendapat pengajaran Kasih Sayang dan kesamaan ini dan sayangi semua orang tanpa diskriminasi baru boleh kita mendakwa diri sebagai orang Kristian sejati. Kerana Nabi Isa menerima setiap orang ketika masih hidup tanpa mengira kedudukan, kemasyhuran, dosa atau sifat baik orang itu.

Cara orang Itali jalani kehidupan mereka sangat dekat dengan Ajaran Nabi. Saya sangat gembira untuk kalian. Cuma kalau-kalau kalian masih ingin mengenali TUHAN dengan lebih dekat, saya boleh bantu kalian. Kerana adalah baik juga bercakap dengan TUHAN. Adalah baik sendiri mendapat Ajaran-NYA setiap hari. Ajaran TUHAN boleh datang melalui kesenyapan dengan Cahaya (Syurga dalaman), boleh datang melalui kesenyapan dengan Muzik Syurga atau juga boleh datang melalui bahasa manusia, malah dalam bahasa Itali. Seperti yang kalian hasratkan, Nabi akan muncul sebagaimana yang kamu inginkan Kalian akan terkejut dengan Nabi Isa menuturkan bahasa Itali dengan kalian. Ya. Segala-galanya mungkin di Kerajaan dalaman TUHAN.

Apa-apa yang tidak mungkin di dunia fizikal ini adalah mungkin apabila kita masuk ke dalam. Berkat di dalam malah melimpah keluar dan boleh menjelma di dunia fizikal ini juga supaya kita menjadi lagi penyayang, lagi baik hati, lagi bijak, lagi mampu menangani masalah harian. Apa-apa kekecewaan dan kemarahan yang manusia ada akan hilang, dan tenaga kebencian akan bertukar menjadi kasih sayang. Daripada berperang, mereka akan berdamai.

Jika semua orang di planet ini mengenali TUHAN atau sekurangnya separuh drpd manusia kenali TUHAN – katakan, okey, satu pertiga daripada manusia mengenali TUHAN, atau sesuku pun mengenali TUHAN – takkan ada peperangan lagi, tiada kebuluran lagi, tiada sebarang jenis kesusahan lagi. Planet ini akan menjadi Syurga. Takkan ada pertempuran agama lagi antara agama-agama yang berlainan atau malah antara agama yang sama kerana semua orang akan faham bahawa kita ada satu TUHAN saja dan bahasa manusia memanggil DIA dengan nama-nama yang berlainan, gambarkan DIA dgn istilah-istilah penuh kasih sayang yg berlainan, tiada masalah. Dan bahawa kita ada satu BAPA saja dan kita menuturkan satu bahasa universal saja, dan kita akan saling memahami tanpa perlu sebut satu perkataan pun. Kita telah kehilangan semua keupayaan komunikasi dalaman ini. Sebab itulah kita ada begitu banyak kesusahan untuk saling memahami.

Dalam kumpulan kami, apabila orang berkumpul – di rumah saya atau mana-mana tempat bersama – kami ada segala jenis latar belakang agama, segala jenis kewarganegaraan, segala jenis tabiat, segala jenis bahasa tetapi kami menjadi seperti satu secara automatik. Kami hanya ada kasih sayang dan kepercayaan sesama kami. Tidak perlukan bahasa pun. Kami semua orang yang tidak dikenali dari segi fizikal tetapi ketika kami baru saling bertemu, itu persaudaraan semerta. Tiada keraguan, tiada persoalan, tiada persaingan, tiada ketakpercayaan. Sentiasa ada keyakinan. Ini kerana kami ada kasih sayang TUHAN yang telah dibangkitkan dalam diri kami. Ini kerana kami bercakap dengan bahasa roh. Kami saling memahami. Dunia boleh menjadi macam itu jika kita semua cuba. Tak perlu cuba pun. Hanya mengenali TUHAN dan segala-galanya datang secara automatik.

Selepas pertemuan semula dgn TUHAN, kononnya inisiasi, segala-galanya adalah jelas. Segala-galanya tidak seperti sebelumnya. Kita tahu. Kerana ia begitu baik, begitu berkesan dan begitu nyata bagi saya sendiri dan semua orang yang berkongsi pengetahuan ini. Sebab itulah saya datang ke sini untuk kongsinya dengan kalian juga. Ia terlalu baik, tak boleh simpannya untuk sendiri saja. Jadi kalian sangat dialu-alukan untuk menyertai jenis kedamaian tanpa percakapan ini, keluarga penyayang tanpa syarat. Kalian dialu-alukan untuk tanya saya apa-apa saja – sebarang khidmat yg boleh saya berikan kpd kalian – supaya kalian dapat mengenali TUHAN semula dan menjadi gembira.

Terima kasih. Jika kalian ada apa-apa soalan, saya akan sanggup jawab. Beritahulah mereka supaya tulis. (Ada satu soalan, Guru.) Ya, silakan. (Sini, saya ada soalan ini di sini. Seseorang ingin…) Kamu baca dalam bahasa Itali dulu lalu terjemah kpd bahasa bahasa Inggeris, tidak kira bahasa apa pun. (Baiklah.)

(“Saya ingin tanya Mahaguru [Ching Hai] tentang sebab apa seseorang terpaksa mengejar sesuatu di dalam dirinya, sama ada makrifat, ketenangan atau kegembiraan tetapi tak pernah capai itu?”) Atas sebab apa dia lari di dalam dirinya? (Bukan, mengejar sesuatu di dalam dirinya, mengejar kegembiraan, keceriaan atau makrifat tetapi dia tak pernah capai itu. Dia tak pernah mendapat itu.) Dia tak pernah mendapat keseronokan, makrifat dan sebagainya? (Ya.) Dia akan perlu cuba dengan kami. Boleh berada di sini dan cuba dgn kami. Mungkin kamu terlepas apa yang penting.

(Baiklah. Saya akan terjemahkannya kepada bahasa Inggeris.) “Bagaimanakah jalan spiritual ini dapat diajarkan? Bagaimanakah mengikut jalan spiritual bagi orang daripada budaya-budaya yang berlainan? Makna meditasi boleh berbeza atau mungkin tidak wujud di tempat yang berlainan di planet ini. Jadi bagaimana kita dapat ajarkan ini? Bagaimana kita dapat membuat Mesej-Mu difahami oleh semua orang, mempertimbangkan kategori-kategori minda berlainan yang dipelajari oleh seseorang, contohnya seseorang di Afrika atau orang asli di Amazonia?”) Soalanmu adalah betul dari segi latar belakang fizikal.

Tetapi jangan lupa bahawa kita bukanlah badan. Kita bukanlah minda. Kita ialah roh TUHAN. Roh itu akan memahami apa yang saya katakan. Saya bukan sahaja bercakap dengan mindamu tetapi juga bercakap secara senyap, sementara itu, dengan rohmu. Jika kamu dah sedia – rohmu dah sedia dan memilih untuk ingin tahu – maka kamu akan tahu. Kerana roh di dalam adalah serba tahu. Apabila dia mahu menjadi sedar, dia memahami segala-galanya. Dia akan buat segala-galanya untuk kembali kepada TUHAN.

Photo Caption: “Hidup Biak di Mana-mana Saja dengan Kasih Sayang TUHAN”
Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (6/11)
1
Kata-kata Hikmah
2026-08-17
1701 Tontonan
2
Kata-kata Hikmah
2026-08-18
1398 Tontonan
3
Kata-kata Hikmah
2026-08-19
1349 Tontonan
4
Kata-kata Hikmah
2026-08-20
1114 Tontonan
5
Kata-kata Hikmah
2026-08-21
815 Tontonan
6
Kata-kata Hikmah
2026-08-22
640 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-08-23
227 Tontonan
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2026-08-23
607 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-08-23
762 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-08-22
955 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-08-22
474 Tontonan
Kata-kata Hikmah
2026-08-22
640 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-08-22
1136 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun