Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Guru Perkenankan Raja Perang Menghadap Beliau, Bahagian 1 drpd 6

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Hari ini 20 Ogos 2026. Saya tanya Triniti sama ada terdapat apa-apa yang istimewa atau tidak. Jika tidak, saya akan berehat. Jadi saya diberitahu bahawa saya ada 40 minit saja untuk berehat, kemudian ketenangan akan terganggu. Macam dapat kita berehat apabila kita dengar itu? “Dalam masa 40 minit, engkau akan terganggu.” Namun, saya buat seperti yang diberitahu. Kemudian benar-benar dalam 30 minit, Raja Keamanan meminta supaya saya benarkan Raja Perang bercakap dengan saya. Ha! Saya berfikir dia telah ditahan di neraka, dipenjarakan di neraka. Jika dia nak bercakap dengan saya, kami akan perlu buat pengaturan khas, tetapi saya benarkan dia. Saya kata, “Apa halnya?” Jadi dia kata dia ialah Raja Perang, bukan penjenayah, jadi tak sepatutnya dipenjarakan. Saya kata, ya, memang, engkau Raja Perang. Baiklah. Mungkin engkau ditugasi untuk wujudkan peperangan di sesetengah tempat tetapi engkau tidak dibenarkan untuk kacau anak murid, anggota pasukanku kerana mereka bekerja untuk aku, untuk Tugasan TUHAN demi keamanan di dunia. Engkau buat kerjamu. Aku buat kerjaku. Kenapa engkau kacau aku?

Perang dah buat aku alami banyak kesan. Perang begitu banyak menyusahkan aku dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani. Ia dah buat aku alami terlalu banyak kesan Kenapa engkau perlu ganggu kerjaku? Engkau patut alaminya – berada di neraka selama-lamanya. Engkau menyebabkan aku kehilangan banyak kakitangan pasukanku dan tangguhkan banyak projekku. Itu menyebabkan aku banyak menderita secara peribadi. Tetapi engkau kata engkau bukan penjenayah? Maka engkau ialah apa? Engkau tak dapat kacau aku: engkau kacau anggota pasukanku supaya mereka tinggalkan kami atau tak dapat bekerja atau kami terpaksa berpisah, tersebar di negara-negara yang berlainan, jadi sukar nak bekerja. Itu menyebabkan aku ada jauh lebih banyak kerja tambahan. Jika mereka tidak buat kerja dengan baik, itu pengaruhi aku juga. Itu juga menyebabkan aku kehilangan banyak wang melalui bank dan sebagainya atau kehilangan melalui pencuri, pencuri rasmi.

Sesetengah pencuri yang lain mendaftar di YouTube dan media lain secara terbuka tetapi tiada sesiapa yg buat apa-apa dengannya, jadi mereka boleh buat apa-apa saja yang haram di depan undang-undang!! Jadi mereka bebas untuk meniru segala-galanya daripada aku, dari ajaran lisanku ke reka bentuk aku sendiri untuk membuat duit, elakkan cukai supaya mereka boleh menipu orang secara berterusan dari segi rohani dan kebendaan, hidup mewah, dihormati dengan merasuahi pegawai, polis dan sebagainya. Tiada sesiapa yang berani dakwa mereka kerana takut akan balas dendam yg kejam termasuk rogol berkumpulan. Aku terlalu sibuk di dalam dan dengan kerja luaran, tak dapat uruskan segala isu ini pun, disebabkan oleh atau berkaitan dengan peperangan yang engkau hasut!!! Tiada kata-kata yang mencukupi untuk menyenaraikan semua dosamu. Jadi jangan beritahu aku bahawa engkau bukan penjenayah!

Itu telah pengaruhi aku dalam banyak aspek. Aku tak dapat bersemuka dengan anak muridku pun. Aku tinggal di dalam khemah – sejuk, panas, tiada sesiapa yang peduli. Sangat banyak kesusahan – aku tak dapat beritahu engkau semuanya. Tapi engkau kata kau bukan penjenayah. Eh? Maka engkau ialah apa? Aku perlu bekerja jauh dari mana-mana pusat meditasi yang aku beli dengan wang yang aku sendiri peroleh. Aku tidak ambil apa-apa daripada anak murid pun. Kebanyakan pusat meditasi aku sendiri beli. Semua derma adalah daripada wang jujur, bersih yang aku sendiri peroleh, tidak dipinjam drpd mana-mana bank pun! Aku tidak wujudkan karma dgn engkau. Sebenarnya derma yang aku berikan kadangkala mengorbankan anak muridku. Bukanlah mereka dermakan apa-apa kepada aku, cuma aku tak cukup wang untuk beli lebih banyak lagi pusat meditasi untuk mereka bagi bermeditasi dengan selesa

kerana engkau menimbulkan begitu banyak kesusahan dan aku berikan banyak wang untuk mangsa. Aku tidak sesal. Adalah wajar membantu orang lain sebelum kita sendiri. Itu apa yang aku beritahu mereka, anak muridku juga. Kami semua menerima itu. Jadi semasa kami adakan suluk sejak lama dahulu lagi, kadangkala aku berikan beratus-ratus ribu atau berjuta-juta dolar yang banyak bagi aku sedangkan aku boleh simpannya bagi membeli lebih banyak pusat meditasi untuk anak murid tetapi kami tak dapat kerana dunia tiada keamanan. Orang hadapi bencana, kesusahan di merata tempat, di zon perang atau kehilangan segala-galanya. Apa-apa yang boleh, aku perlu lakukan – bantu mereka secara senyap atau terbuka, bergantung kepada keadaan, sedangkan anak muridku perlu inap di dalam khemah utk bersuluk. Mereka perlu bawa khemah sendiri dan kadangkala kami makan dalam hujan atau di bawah matahari terik – tiada perlindungan kecuali pokok.

Aku tidak menyalahgunakan apa-apa pun daripada orang lain. Aku tidak salahgunakan kedudukanku untuk menyusahkan sesiapa pun atau untuk sendiri mendapat untung. Aku bekerja keras untuk mencari duit, menjalankan perniagaan, semuanya vegan, semuanya perniagaan penuh kemurahan. Aku tidak menganggap diri menyusahkan engkau atau kerjamu – apa-apa pun. Jadi jika engkau menyusahkan pasukanku, menimbulkan kesusahan untuk aku disebabkan semua itu, maka engkau ialah penjenayah. Engkau buat mereka menjadi kurang daripada apa yang sepatutnya. Dalam keadaan itu, engkau berlawan dengan aku secara tak langsung juga. Kami kumpulan yang bersih. Aku mengajar anak muridku segala perkara bersih, sifat baik, moral dan berkorban untuk orang lain. Apa yang telah aku buat sehingga engkau perlu menyusahkan aku dengan lagi teruk daripada peperangan? Engkau lebih buruk daripada penjenayah, belum kata lagi sama ada engkau ialah penjenayah.

Aku benarkan engkau bercakap hari ini disebabkan keadilan. Beritahulah aku – bukanlah engkau layak, engkau tidak buat kerjamu dengan baik, melampaui batas kerjamu, kononnya tugas atau keistimewaanmu – beritahulah aku sekarang, bagaimana harus aku perlakukan engkau? Engkau dapat sendiri lihatnya. Kami ada pusat meditasi yang terbaik di Taiwan (Formosa). Itu kali pertama selepas misiku selama hampir empat puluh tahun. Kami belanjakan berpuluh-puluh juta untuk membeli pusat itu. Begitu pun, tidak cukup untuk semua anak muridku bermeditasi. Sebelum pusat itu, kebanyakan pusat kami sangat kecil atau tiada binaan besar kerana aku belanjakan wangku untuk bantu orang dalam peperangan, bencana. Maka kesalahan apa yang telah aku buat? Kesalahan apa yang telah aku buat sehingga engkau boleh gunakan sebarang alasan untuk ganggu kerjaku? Kerjaku adalah untuk buat orang berasa lega, tenang atau gembira. Mungkin kerjamu adalah wujudkan peperangan jika engkau ada sebarang alasan tetapi engkau tiada sebarang alasan untuk ganggu kerja damaiku.

Aku tidak berperang dengan engkau. Biar aku habiskan kata-kataku dulu. Aku tidak berperang dengan engkau atau sesiapa pun tetapi aku perlu bantu orang dalam peperangan dan bantu peperangan menjadi semakin kurang di mana-mana boleh. Sebagai seorang Guru, seorang Buddha, akankah engkau harapkan aku tutup mata, menghirup teh, makan makanan yg enak dan menyimpan semua wangku atau hanya beli pusat meditasi untuk anak murid pun dan tidak peduli siapa mati, siapa hidup, siapa menderita, siapa di neraka disebabkan segala godaan, segala syaitan dahsyat yang menggoda mereka untuk berbuat jahat dan buat mereka menderita? Engkau harapkan aku tutup mata, berpura-pura tiada apa-apa yang berlaku asalkan aku dan anak muridku kaya, selesa? Maka engkau akan biarkan aku tenang? Tidak. Meskipun engkau harapkan itu, aku tidak lakukannya. Aku tidak mengikut jalan jahatmu. Faham?

Mungkin engkau ialah Raja Perang dengan dekri karma dunia tetapi aku tidak bekerja untuk engkau. Aku malah ialah Rajamu. Aku Raja Segala Raja Segala Raja Segala Raja. Engkau tak berhak untuk ganggu kerjaku yang dirancang oleh TUHAN, ditetapkan oleh TUHAN. Engkau malah menentang TUHAN, menjejaskan kerjaku, jadi engkau boleh berada di neraka selama-lamanya, sama ada peperangan boleh berterusan untuk seketika lagi atau tidak – kerana orang bawahanmu masih wujud. Aku tak boleh penjarakan mereka semua kerana mereka hanya mengikut arahanmu. Dari neraka pun, engkau tetap boleh arahkan mereka. Aku tahu akan semua itu. Aku tak boleh lepaskan kau begitu saja. Jadi bergembiralah di dalam penjara di neraka. Apa-apa yang engkau adukan, mungkin aku dengar tetapi aku takkan bertindak terhadapnya kerana engkau tiada sebarang alasan untuk menyusahkan aku dan kerjaku.

Engkau kata engkau mahukan perbicaraan, pergi mahkamah dan berhujah dgn aku? Mahkamah yang mana engkau nak pergi? Aku ialah mahkamah. Aku ialah Raja Pemutar Roda Dharma. Aku mengadili engkau dengan adil. Sekarang engkau tiada apa-apa pun untuk diadukan. Engkau tiada tempat untuk pergi mengadu. Aku bekerja untuk TUHAN Yang MAHA Berkuasa, Ketua semua Alam Semesta. Aku bekerja untuk Triniti PALING Berkuasa Yang Bersatu Semula. Ke mana engkau nak pergi untuk membuat aduan? Apa pahala yang engkau ada untuk diberi itu? Siapa akan menyebelahi engkau? Raja yang menumpahkan darah, gunakan karma dunia untuk membunuh, membantu hantu, syaitan ghairah memudaratkan aku dan kerjaku. Siapa akan menyebelahi engkau? Semua makhluk di Alam Semesta sukai keamanan, kebaikan hati, keharmonian antara negara, sesama orang. Engkau dan orang bawahanmu mematahkan banyak jambatan yang menyelesaikan konflik negara dan menjalin persahabatan antara negara. Kadangkala aku malah perlu sendiri berkorban untuk membaiki jambatan ini semula. Apa yang telah engkau buat untuk mendapat apa-apa? Apa yang telah engkau buat untuk bercakap dengan aku pun?

Photo Caption: “Meja Kelah untuk Makhluk-makhluk di Sekitar Sini”

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (1/6)
1
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-10-06
1712 Tontonan
2
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-10-07
1371 Tontonan
3
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-10-08
1178 Tontonan
4
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-10-09
830 Tontonan
5
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-10-10
331 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-10-10
331 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-10-09
2207 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-10-09
765 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-10-09
830 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-10-08
5484 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-10-08
1012 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-10-08
303 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun