Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Baginda Raja Buddha Pow Alam Wos, Bahagian 3 daripada 4

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Lagi dalamnya keikhlasan anda lagi kukuh hubungan yang anda jalin dengan Baginda Raja Buddha Pow. Lagi ikhlasnya pelafazan dan keinginan lagi kukuh hubungannya, lagi efisien, lagi berkesannya pemindahan tenaga dan Hadiah ini. Tetapi teruskan, sesiapa pun drpd anda, dan lebih ikhlas, mungkin anda malah dilahirkan di Alam Buddha-Nya, Wos. Jadi saya juga ucapkan selamat berjaya kpd anda dlm menyemaikan lebih banyak afiniti dengan Baginda Raja Buddha Pow. Pada asalnya, jika anda hanya tahu dan berdoa kepada Baginda, itu takkan berkesan kerana jaraknya terlalu jauh. Dan kebanyakan orang, kebanyakan makhluk di sini tiada begitu banyak kuasa keazaman dan fikiran untuk dihantar secara terdesak kepada Baginda Raja Buddha Pow. Tetapi oleh sebab Raja Buddha ini telah buat perjalanan ke planet kita dengan pemurah, baik hati, ini akan buat hubungan menjadi kukuh supaya doa penghuni Bumi akan sampai ke Alam Buddha dan medan magnet-Nya, dengan itu Raja Buddha Megah ini akan dapat dengar hasrat anda.

Wau, begitu megah, begitu agung Raja Buddha Pow Alam Wos – bukan Vos. Saya salah sebut sebelumnya. Saya berada di Jerman selama tujuh tahun, jadi kadangkala saya sebut W sebagai V. Dalam bahasa Jerman, W disebut sebagai V juga. Contohnya, ‘we’ dalam bahasa Jerman ditulis sebagai W-I-R. Jadi jika kita bacanya dengan sebutan bahasa Inggeris, kita akan kata ‘weer’, tetapi dalam bahasa Jerman, itu ‘veer’, ‘veer zind (wir sind)’ – ‘kita ialah’. Bukan ‘weer zind’ tetapi ‘veer zind’. ‘Wir sind’ bermaksud ‘kita ialah’.

Betapa megah, mulia, pemurah, suci, baik hati, dan memang pemurahnya Raja Buddha Pow. Saya begitu gembira dengan orang di planet ini berpeluang untuk mengetahui Baginda melalui Rahmat TUHAN yang berikan keistimewaan ini kepada saya supaya dapat bertemu dengan Baginda dan sebut Nama-Nya – Nama-Nya yang mulia, pemurah, baik hati, pengasih, berbelas kasihan, Pow. Orang di planet ini begitu bertuah dapat dengar Nama-Nya sekali saja pun. Saya begitu bersyukur kepada TUHAN Yang Maha Berkuasa dengan begitu mendalam, dengan begitu mendalam. Bersyukur dengan mendalam kepada Engkau, TUANKU. Semoga Engkau diberkati, TUANKU. Semoga Engkau diberkati, Tuanku Raja Buddha Pow.

Hari ini saya asyik masuk dan keluar daripada samadhi. Tidak sepenuhnya, tetapi ada perbezaan antara dunia dalaman dan dunia luar. Semasa dalam samadhi, kita rasa cukup panas, lebih cukup panas, rasa dikasihi, rasa bebas tanpa kerunsingan, rasa tiada beban, tiada halangan, tiada rasa badan fizikal. Tetapi jika kita keluar sedikit saja pun, kita akan rasa lebih sejuk, lebih berat dan lebih berhubungan dengan dunia fizikal. Itu tidak begitu selesa seperti semasa kita dalam samadhi. Lagi dalamnya samadhi lagi selesa. Syukur kepada TUHAN atas itu.

Saya tanya Baginda Raja Buddha Pow, “Berapa lama Engkau ingin berada di domain fizikal ini?” Maksud saya, Kami berada di stesen neutral. Kami meneutralkan stesen itu supaya Kami tidak terpengaruh oleh tenaga kasar dan atmosfera planet Bumi dan penghuni Bumi termasuk orang-haiwan, pokok, batu, air, pasir, tanih dan sebagainya. Oh! Apa yang saya terlupa katakan ini? Oh! Saya perlu ingat. Okey, saya ingat sekarang. Apabila Buddha-buddha datang berjumpa dengan kita, Mereka tidak terlalu lama berada dalam medan magnet dan tenaga Bumi. Mereka cepat-cepat turun dengan cepat-cepat kembali ke stesen neutral yang juga merupakan kawasan Bumi tetapi tidak berada di dalam atmosfera Bumi, jadi Kami dapat bebas bekerja tanpa halangan. Tetapi oleh sebab ia masih berada di kawasan persekitaran Bumi, entiti negatif, yang paling berkuasa daripada mereka, kadangkala dapat ganggu Kami seperti sebelumnya. Ini berlaku. Saya telah beritahu anda. Tetapi sejak itu, Kami telah memperkukuhnya dengan lebih banyak tenaga, lebih banyak kuasa untuk melindungi stesen neutral ini.

Jadi saya tanya Baginda Raja Buddha Pow berapa lama Baginda akan berada di sini bersama kita. Baginda bertitah… Saat, saya dah lupa. Saya perlu ingat. Ya, 15 hari, Baginda akan berada di Bumi di stesen neutral, turun ke dalam dan menaik ke atas di antara stesen ini dan Bumi kerana Raja Buddha tak dapat berada di sini dengan terlalu lama. Mana-mana Raja Buddha pun tak dapat secara fizikal atau spiritual berada di Bumi dengan terlalu lama kerana tenaga Bumi terlalu kasar, terlalu berat, terlalu menyakitkan, tidak tertahan tanpa lapisan pelindung badan fizikal manusia. Jadi kita berterima kasih atas Baginda berada di sini selama dua minggu bersama kita dan sering turun ke dalam atmosfera Bumi untuk berkati planet ini dan semua makhluk yang masih hidup di Bumi. Kita berterima kasih kepada Baginda secara mendalam, ikhlas. Terima kasih, Tuan. Terima kasih, Tuan, terima kasih, Tuan, drpd semua makhluk di planet ini. Syukur kepada Engkau selama-lamanya, MAPA, TUHAN Maha Kuasa Yang PALING Berkuasa atas Buddha sebegini yang malah menganggap layak bagi kami berada dalam Kehadiran-Nya, Tenaga dan Berkat kuat-Nya. Syukur kepada Engkau, TUANKU. Aku cintai Engkau, TUANKU. Kami cintai Engkau, TUANKU. Kami cintai Engkau, MAPA kami, Ibu Bapa Terbaik, PALING Baik yang pernah wujud.

Saya minta Baginda Raja Buddha Pow supaya berikan kata-kata nasihat yang bijak kepada kita. Baginda dengan rendah diri berkata secara sama dgn semua Buddha yang lain bahawa saya sudah beritahu orang di sini segalanya yang harus mereka tahu, cuma mereka perlu amalkannya. Jadi saya kata, “Tolonglah, namun begitu, tolonglah, nasihati kami bagaimana nak hidup dalam hidup fizikal ini supaya kami tidak akan menderita di neraka dan pergi ke Syurga, malah dibebaskan selama-lamanya daripada hidup dan mati.” Jadi Raja Buddha bertitah, “Baiklah, Raja Buddha, Maitreya, Nabi Isa, Anak Tunggal TUHAN yang menjelma menjadi dua badan yang berlainan untuk membantu makhluk di sini secara fizikal dan spiritual. Tuanku Raja Segala Raja Segala Raja Segala Raja, jika mana-mana makhluk di Bumi ini ingin merasa Nektar Sungai Kasih Sayang TUHAN, Lautan Kebijaksanaan, pertama sekali, mereka harus menyucikan diri dengan bertaubat atas segala dosa atau kesilapan yang dibuat oleh mereka, sama ada mereka mengetahuinya atau tidak mengetahuinya secara sedar, sama ada mereka ingat daripada hayat lampau atau hayat ini atau telah lupa akan semuanya. Mereka harus bertaubat dan memohon pengampunan TUHAN setiap hari, pada bila-bila saja ada masa – malah pada bila-bila saja dalam sehari – dan meminta Kurniaan Pembebasan daripada penderitaan di neraka dan penderitaan kitaran lahir dan mati yang berterusan.

Photo Caption: “Matahari Suka akannya, Berseronok!”

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (3/4)
1
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-11-23
1905 Tontonan
2
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-11-24
1712 Tontonan
3
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-11-25
1189 Tontonan
4
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-11-26
882 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-11-26
1286 Tontonan
Perjalanan Melalui Alam Estetik
2026-11-26
439 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-11-26
774 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-11-25
5209 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-11-25
954 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-11-25
230 Tontonan
Sains dan Kerohanian
2026-11-25
254 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-11-25
1120 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun