Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Apa yang engkau nak beritahu aku? Adakah engkau perlukan sesuatu? Wanita Musang tak bernama, engkau perlukan sesuatu? Tidak, huh? Adakah engkau baik-baik saja? Engkau perlukan sesuatu? Masuk tidurlah, sayang. Hari dah lewat. Apa yang engkau nak beritahu aku? Aku kasihi engkau. Sekarang pukul 4 pagi. Mengapa engkau keluar? Engkau baru pulang ke rumah, kan? Baiklah. Apa yang engkau nak beritahu aku? Ya, “keamanan telah tiba”. “Jangan takut”. Baiklah. Aku tidak takut. Aku tak rasa begitu senang tetapi tidak takut. Aku tidak takut, jadi jangan risau. Sekarang engkau masuk tidurlah. Terima kasih kerana risau tentang aku. Aku risau tentang engkau. Selamat malam, sayang. Selamat malam, Musang Tidurlah dengan nyenyak, cik Ingatlah akan TUHAN Ingatlah akan aku Kau daripada Kasih Sayang Kau daripada Yang Suci Semoga bermimpi manis sekali Ingatlah akan TUHAN Ingatlah baik-baik, Kau daripada Yang Suci Ingatlah akan TUHAN TUHAN begitu kasihimu, TUHAN ampunimu kerana kau hanya tersilap. Dan aku kasihimu selama-lamanya dan benar Gadis manis, aku benar-benar kasihimu. Semoga TUHAN berkatimu selama-lamanya. Selamat malam, Musang. Tidurlah dengan lena. Pastikan dirimu selamat. Aku begitu kasihi engkau. Engkau boleh pulang dgn perlahan-lahan dan beritahu aku di dalam. Ke mana telah engkau pergi? Aku tak dengar daripada engkau selama beberapa hari. Ke mana telah engkau pergi? Ke bandar, huh? Sebagai orang-musang? Tidak. Maka sebagai apa? Gadis. Okey. Lisa, kan? Gadis Lisa, berusia lapan belas tahun. Masa terbaik dalam hidup. Apa yang engkau buat di sana? Berseronok? Berseorangan atau engkau kenali seseorang? Adakah engkau berkawan atau sesuatu? Tidak? Jadi apa keseronokannya? Oh! Engkau berseronok kerana tiada orang yang ganggu engkau, menyusahkan engkau kerana mereka ingat engkau ialah manusia. Wau! Jadi engkau lakukannya dengan baik. Ya, baiklah. Aku rasa lebih lega kerana aku risau tentang engkau. Aku tertanya-tanya apa telah berlaku kepada engkau tetapi aku terlalu sibuk, tak dapat meninjau tentang engkau. Terlalu sibuk, begitu sibuk. Okey. Sekarang tidurlah dengan lena. Akankah engkau keluar lagi tak lama lagi? Tidak? Okey, baguslah. Engkau rehatlah di rumah. Pergi ke kawasan berdekatan saja. Jangan sentiasa pergi terlalu jauh. Engkau perlu berehat, memulihkan tenaga dan sebagainya. Engkau bersyukurlah kepada TUHAN kerana lindungi engkau. Baiklah. Selamat malam. Hari ini dah 12 hb (Oktober) kerana sekarang awal pagi. Aku kasihi engkau, Musang. Engkau gadis yang begitu baik. Setiap kali engkau pulang, engkau berlalu dan biar aku tahu bahawa engkau dah balik. “Jangan takut. Keamanan telah tiba.” Aku memang harap begitu. Maksudku, bagi semua makhluk. Kemudian akhirnya bagi orang-haiwan juga, dengan sesuatu cara. Tahulah, Musang, mereka banyak menderita. Orang-haiwan di rumah sembelih, setiap hari ialah neraka bagi mereka. Setiap hari. Sesetengah manusia malah pergi memburu, membunuh orang-haiwan liar. Musang, berhati-hatilah. Mungkin mereka tembak engkau. Aku terdengar bunyi tembakan, tak terlalu dekat tetapi aku tetap dapat dengarnya. Engkau berhati-hatilah. Okey? Kita berada di dunia yang begitu teruk. Baiklah. TUHAN berkati. Pastikan dirimu selamat. TUHAN kasihi engkau. Aku kasihi engkau. Oh! Ya, betul kata-katamu. Terima kasih kerana beritahu aku. Hari ini kita ada berita baik di internet daripada media. Mereka berkata bahawa Rusia dan Ukraine (Ureign), dua buah negara yang berperang itu, telah menyetujui suatu langkah gencatan senjata yang sangat penting, bahawa mereka takkan saling menyerang infrastruktur perniagaan, stesen tenaga dan sebagainya. Itu bagus. Jika tidak, orang – terutama Ukraine (Ureign) – akan jauh lebih banyak menderita kerana musim sejuk akan tiba dan musim sejuk di Eropah atau negara sebegini adalah sangat teruk. Kita bersyukur kepada TUHAN atas ini. Syukur kepada Engkau, TUANKU. Terima kasih, semua Raja Buddha di semua arah, Santo dan Orang Suci, Guru masa dahulu, masa sekarang dan masa depan. Terima kasih kerana melindungi orang Ukraine (Ureign) yang menderita dan menjaga orang Rusia yang juga menderita dengan cara yang berlainan disebabkan oleh peperangan. Kami berterima kasih kepada Kalian. Kami berterima kasih kepada Kalian kerana sekarang beri lebih banyak harapan kepada kami untuk menamatkan peperangan di sana. Kami amat berterima kasih kepada Kalian Kami amat berterima kasih atas juga menghantar Presiden Trump yang mengatur semua rundingan dan membawa keamanan semakin dekat dengan realiti. Syukur kepada Engkau atas Berkat-Mu, TUANKU. Kami amat bersyukur kepada Engkau. Berbanyak syukur kepada Engkau. Semoga Engkau diberkati, TUANKU. Semoga Engkau diberkati. Semoga semua negara yang berperang diberkati supaya peperangan kecil atau besar akan segera berakhir. Jika tidak, orang sudah begitu banyak menderita dengan cara-cara yang berlainan, dengan kekurangan air dan makanan di merata tempat. Aku tak suka dunia ini sama sekali, TUAN. Aku tidak. Maksudku, aku tak suka jenis dunia yang ada begitu banyak penderitaan, peperangan, kebuluran bencana seperti ini. Ia memang telah sampai ke pengakhiran, bukan pengakhiran yang baik. Jadi semua pihak perang harus berhenti, bina semula negara mereka, saling membantu. Jika tidak, anda (pihak perang) akan menderita juga disebabkan oleh kekurangan segalanya sekarang ini. Syukur kepada Engkau, TUANKU. Aku tahu kami tidak cukup baik. Aku tahu manusia jahil, menimbulkan banyak kesusahan dan penderitaan untuk Engkau dan sesama mereka. Aku tahu akan semua itu, TUAN, tapi tolonglah, tolong kasihi mereka, ampuni mereka, TUAN. Lebih baik memakrifatkan mereka daripada menghukum mereka. Syukur kepada Engkau, TUANKU. Syukur kepada Engkau. Lihatlah, orang-musang pun, wanita musang yang datang tadi beritahu aku kata-kata penenang dan galakan. Dia beritahu aku, “Keamanan telah tiba. Jangan takut.” Oh! Mereka semua memang tahu bahawa Engkau telah kurniakan keamanan, cuma orang yang berperang tidak tahu. Mereka tidak dapat rasai keamanan, jadi perlu terus bertempur – itu apa yang mereka rasa. Tolonglah makrifatkan mereka, TUAN, berikan lebih banyak harapan, lebih banyak berkat kepada mereka agar mereka akan faham, akan mengingati Engkau, berdoa kepada Engkau, memuji Engkau, mencintai Engkau, patuh kepada Engkau dan hormati Hukum Alam Semesta, agar belas kasihan dan kasih sayang akan bawa segalanya yang mereka mahukan ke dalam hidup mereka dan agar mereka akan mengenali Engkau. Lagi banyak mereka berdoa kpd Engkau lagi banyak mereka akan kenali Engkau, rasai Engkau, rasai Kasih Sayang-Mu dan ingati Perintah-Mu. Tetapi kami juga cuba melawan kuasa negatif yang menimbulkan segala kesusahan, lebih daripada apa-apa yang lain. Kami juga cuba bersungguh-sungguh, TUANKU, di bawah Kehendak-Mu, di bawah Rahmat-Mu, di bawah Perlindungan-Mu. Kami bersyukur kepada Engkau. Kami syukur kpd Engkau siang & malam atas segalanya yang Engkau kurniakan, setiap saat Engkau bersama kami. Engkau sentiasa bersama kami, cuma kebanyakan manusia tidak nampaknya, tidak rasainya, TUAN. Mereka terlalu sibuk dengan segala jenis perkara duniawi, gembira atau tidak gembira. Mereka cuma disesatkan, dikurung dan diracun oleh kuasa negatif dan kuasa-kuasa lain sebelumnya. Nasib baik sekarang kita tiada hantu ghairah lagi. Kita tiada syaitan lagi. Mereka semua menetap di alam-alam berlainan yang Kami cipta untuk mereka. Syukur kepada Engkau, TUANKU, syukur kepada Engkau, TUANKU, syukur kepada Engkau, TUANKU kerana membenarkan semua ini berlaku. Jadi sekarang kami hanya ada ketakutan utama ini – kuasa negatif yang tidak berbelas kasihan, begitu garang, ingin mengawal planet ini, ingin memudaratkan manusia, orang-haiwan dan makhluk lain. Itu sifat mereka. Mereka tidak damai. Mereka tidak bersama Kita. Mereka menentang Kita. Kita tidak kisah untuk mengampuni mereka, TUANKU, Engkau juga, tetapi mereka tidak mahukan pengampunan. Mereka tidak mahukan keamanan dan sentiasa menimbulkan kesusahan. Syukur kepada Engkau, TUAN, atas harapan ini. Keadaan telah jadi lebih baik dan keamanan telah menjadi lebih dekat. Ketua Perang, mereka panggil dia Raja Perang, juga cuba bersungguh-sungguh untuk bantu menyelesaikan sebarang jenis peperangan di seluruh planet – Timur Tengah dan Yaman, contohnya, Ukraine (Ureign) dan Rusia, Iran dan Amerika serta Israel dan Gaza. Keadaan akan menjadi lebih baik, kan, TUAN? Perlu begitu, TUAN, kerana banyak sungai telah menjadi kering. Banyak tasik dah tiada air. Banyak sumber air telah dicemari. TUANKU, orang perlu berhenti berperang dan melihat situasi di dunia bahawa mungkin mereka tak dapat terus hidup lama. Jadi mereka perlu berdamai sekarang untuk bawa lebih banyak tenaga kasih sayang ke dalam dunia ini. Jika tidak, hanya akan ada kemusnahan. Photo Caption: “HIDUP Sebenar di Akhirat Berkekalan HIDUP di Sini Tidak!”











