Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Dalam episod ini, melalui soalan yang dikemukakan oleh ahli panel, Mahaguru Ching Hai menjelaskan bagaimana media, pendidikan dan usaha akar umbi dapat bantu meningkatkan kesedaran tentang hidup berbelas kasihan.(Perbualan dan perbincangan yang begitu menarik yang kita ada. Hanya jika setiap manusia di planet ini dapat dengar perbincangan ini.Sementara kita teruskan perbincangan kita Lionel Friedberg, adakah kamu ada satu lagi soalan untuk Mahaguru mengenai isu kerohanian dan evolusi, dan bagaimana kita perlu anggap hidupan lain sebagai suci jika kita ingin terus hidup?)Saya ingin mendapat maklum balas daripada Guru tentang audiens Guru: Adakah kita benar-benar sampaikan mesej ini kepada orang? Jika begitu, bagaimana kita dapat memperluasnya? Saya rasa Supreme Master Television sebuah institusi yang sangat baik. Saya ingin memuji Guru dari lubuk hati saya atas apa yang Guru lakukan. Bagaimana kita dapat lebih banyak sampaikan ini kepada dunia, ke dalam masyarakat? Bgmn kita dapat jangkau lebih banyak orang? Adakah terdapat apa-apa yang boleh Guru nasihatkan tentang ini?)Master: Terima kasih, encik, kerana percayai saya. Kami buat apa-apa saja yang boleh. Bukan sahaja di televisyen tetapi orang daripada persatuan kami berusaha. Mereka cetak beribu-ribu, beratus-ratus ribu, berjuta-juta risalah yang mengandungi maklumat tentang pemanasan global, SOS dan gaya hidup alternatif diet vegan. Mereka keluar, masukkan risalah ke dalam kocek, beg tangan mereka dan edarkannya ke mana-mana saja mereka pergi – di dalam bas, kereta api, restoran. Saya malah sendiri melakukannya pada bila-bila saya keluar. Apabila saya nampak situasi yang sesuai, saya juga akan edarkan risalah tentang SOS dan diet vegan.Hari ini, kita juga ada e-mel, ada internet. Kita buat apa-apa saja yang boleh. Tiada cara lain yang dapat saya cadangkan pun. Apa yang kamu buat dah sangat baik dan apa yang dilakukan oleh Dr. Tuttle adalah sangat baik juga. Beliau menulis buku. Sesetengah orang menulis buku. Sesetengah orang muncul di TV. Sesetengah orang muncul di radio. Sesetengah orang menulis rencana dalam akhbar. Sesetengah orang keluar dan edarkan risalah. Sesetengah orang kumpulkan maklumat tentang diet vegan dan kecemasan planet kita. Mereka berikannya kepada semua orang yang boleh. Itu saja yang boleh kita lakukan buat masa ini, encik. Jika tidak, saya rasa kita boleh sewa pesawat, terbang di udara dan biarkan semua risalah terbang ke merata tempat di bawah. Atau apa lagi yang kamu rasa harus kita buat? Mungkin kamu ada idea yang lebih baik.Kerajaan mestilah terlibat. Media mestilah terlibat kerana ia seharusnya rasmi – diet vegan. Vegan seharusnya menjadi norma dalam masyarakat sekarang, harus menjadi penyelesaian rasmi, penyelesaian semerta, kesan semerta untuk planet kita. Kerajaan, media harus bantu.Macam mana pun, kita boleh sebarkan dengan apa-apa saja cara yang boleh kerana jika kerajaan dan media tidak sertai kita, maka kita kekurangan sikit dan mungkin lambat tetapi kita lakukannya. Kita lakukan secara individu, apa-apa saja yang boleh. Semua orang vegan di luar, cetaklah sebarang risalah yang boleh mengenai kecemasan planet ini dan kebaikan diet vegan berkaitan menyelamatkan planet ini. Tolong lakukannya. Tolong jangan malu-malu lagi. Sekarang masanya. Saya tahu kalian tak nak banyak bercakap tentang diri sendiri menjadi vegan tetapi mengapa tidak? Ini cara hidup yang mulia. (Terima kasih, Mahaguru, atas nasihat yang begitu betul.) Terima kasih, encik.(Saya suka dengar kata-kata Mahaguru. Sementara kita dengar kata-kata panel yang mengagumkan di sini hari ini dan cuba memproses semua ini, saya terfikir, sementara kita di sini menggesakan evolusi, menggesakan belas kasihan dan menggesakan kebaikan hati, malangnya, banyak negara telah dibasuh otak oleh iklan hamburger dan dilazimkan supaya makan semakin banyak daging.) Betul tu. (Jadi saya berharap mungkin Mahaguru dapat berkongsi pengalaman dan kebijaksanaan-Nya tentang bagaimana kita dapat mengubah pandangan media supaya media arus perdana promosikan diet yang menyihatkan, memandangkan kita semua tahu akan pemanasan global dan kesan diet tinggi kolesterol kepada kesihatan. Bagaimana kita membuat media arus perdana mengambil pendekatan yang adil kepada isu ini dan tidak memperkecil atau mengejeknya?)Ya, Jane, saya sendiri tanya begitu juga. Tapi lihatlah, seseorang maklumi saya bahawa media kadangkala atau selalunya dikawal oleh syarikat korporat yang besar. Kadangkala ia malah merupakan syarikat daging (orang-haiwan). Jadi kita boleh pergi terus kepada kononnya bos ini. Dengan sendiri dekati mereka, bercakap dengan mereka atau hantar e-mel kepada mereka, berikan risalah kepada mereka, kita mengubah dari akar umbi. Setelah bos berubah, mungkin pekerja berubah juga.Saya juga berharap wartawan, pemberita, ejen media ingat akan kerja mulia mereka sebagai ejen pemberi maklumat kepada orang. Itu sebabnya orang beli surat khabar, itu sebabnya orang menonton televisyen – kerana dalam kehidupan harian, semua orang begitu sibuk – sibuk mencari rezeki. Jadi mrk bergantung kpd kewartawanan yang mulia untuk memaklumi mereka apa yang berlaku di planet ini. Mereka juga bergantung pada kerajaan untuk membuat kerja ini untuk mereka, memimpin mereka ke arah yang betul dan bermanfaat.Hanya kalau-kalau sesetengah orang ingin tahu betapa berharganya hidup kita dan bagaimana kita perlakukan jenis hidup berharga ini, saya akan berikan maklumat yang sangat ringkas kepada kalian. Saya rasa kalian dah tahu akan sebahagiannya, dan mungkin sesetengah daripada kalian tak tahu. Sesetengah orang di luar tak tahu. Jadi saya akan maklumi kalian tentang kesan diet daging (orang-haiwan) dalam kehidupan kita. Selain meragut nyawa, ia juga menelan banyak wang pembayar cukai. Saya terkejut dengan kita bayar semua itu tetapi tiada rungutan. Wang titik peluh dibazirkan begitu saja.Menurut Universiti Pennsylvania, Pusat untuk Kawalan dan Pencegahan Penyakit dan Dr. Colin Campbell, ketiga-tiga ejen ini telah beritahu kita bahawa kesan daging (orang-haiwan) kepada kesihatan saja, untuk menjaga orang yang sakit disebabkan daging (orang-haiwan), kosnya di Amerika Syarikat sahaja adalah sekitar AS$120 hingga AS$150 bilion dolar setahun, hanya untuk menguruskan penyakit berkaitan daging. Itu bagaimana kita perlakukan hidup kita. Oleh sebab kita makan daging (orang-haiwan), kita jatuh sakit, kemudian perlu bekerja keras bagi bayar cukai untuk pergi ke hospital, dibedah, dicucuk dan disuntik.Baiklah, sekarang kos rokok setahun untuk menguruskan masalah kesihatan berkaitan rokok di Amerika Syarikat sahaja adalah AS$96 bilion.Kos penyakit berkaitan arak bagi Amerika Syarikat sahaja adalah AS$186.4 bilion. Hingga kini semuanya berbilion-bilion. Kos masalah berkaitan dadah setahun di Amerika Syarikat adalah AS$181 bilion setahun. Sekarang, kos peperangan setahun di Amerika Syarikat sekarang adalah AS$192 bilion setahun. Tambahkan semuanya bersama.Semua ini wang kalian – dibazirkan begitu saja. Semua ini adalah daripada kenyataan Pertubuhan Kesihatan Sedunia, kenyataan Rumah Putih tentang dasar kawalan dadah, dan daripada Kajian Kongres Amerika tentang Kawalan Senjata dan Kawalan Penyebaran, bukan daripada saya. Kos peperangan adalah untuk senjata saja, belum termasuk kerosakan, pembinaan semula atau membantu kakitangan, askar dan orang awam tak berdosa yg tercedera dan sebagainya.Jadi ini memang dah melampau. Apabila kita memikirkan bagaimana kita hargai hidup kita, bagaimana kita nak hidup lama, bagaimana kita nak menjadi sihat, bagaimana kita cintai hidup seadanya – tiada sesiapa yang mahu mati, tiada sesiapa yang mahu jatuh sakit – tapi lihatlah bagaimana kita perlakukan hidup kita. Kita meracun sistem badan kita dengan daging (orang-haiwan), rokok, arak, dadah dan peperangan juga. Ini bukan caranya kita harus perlakukan hidup berharga yang kita miliki. Lagi banyak kita kata kita cintai hidup lagi banyak kita harus lihat semua fakta ini dan berubah. Saya belum bercakap lagi tentang kerohanian. Ini hanyalah kos semua racun yang kita ambil ke dalam rumah ibadat Tuhan kita yang berharga, iaitu badan. Saya terkejut dengan mana boleh orang tidak memikirkannya?Segala perbincangan tentang melindungi nyawa, melindungi kesihatan dan segala jenis sistem pencegahan untuk melindungi kesihatan orang ini takkan berguna jika kita terus meracun badan kita dengan daging (orang-haiwan), rokok, arak, dadah dan berperang juga, kerana semua wang ini dibazirkan. Pd asalnya kita boleh wujudkan kehidupan yang lebih baik untuk setiap penduduk di Amerika Syarikat jika semua wang perbelanjaan ini diberikan kepada mereka untuk pendidikan yang lebih baik, bantu orang kurang bernasib baik, bina sekolah yang lebih baik, mendapatkan maklumat yang lebih baik untuk semua orang, bantu orang kurang upaya, bantu kanak-kanak yang sakit tenat, belanjakannya pada penyelidikan untuk rawatan perubatan dan sebagainya.Teruskan untuk trend ini – satu hidangan daging orang-lembu, kita gunakan 1,200 gelen air bersih dan baik; satu hidangan daging orang-ayam, 330 gelen air bersih dan baik; dan satu hidangan vegan lengkap termasuk nasi, roti atau tauhu yang penuh dengan protein, dan sayuran, itu perlukan 98 gelen air saja.Sekarang kita merungut tentang kekurangan air di merata tempat di planet ini. Kita merungut tentang kekurangan makanan. Kita gunakan 90% daripada bijirin untuk diberikan kpd orang-haiwan sebaliknya dan biarkan 862 juta orang kebulur. Itu pada 2008 sahaja. Bagi bijirin yang kita gunakan untuk ternakan, kita boleh beri makan kepada dua bilion orang, banyak kali lebih banyak untuk orang yang kebulur di dunia yang kita ada sekarang. Jadi saya memang tak faham, dengan segala kecerdasan yang saya ada. Bolehkah seseorang jelaskan kepada saya apa jenis dunia yang kita diami, apa jenis dasar yang kita ikut serta apa jenis kebaikan yang kita buat kepada diri sendiri dan orang lain, belum kata lagi tentang orang-haiwan? Kerana kita tak dapat sayangi spesies kita sendiri pun. Jadi ini dah tentu tak dapat difahami, bagi banyak orang faham bagaimana menyayangi orang-haiwan. Sekarang kalian tahu mengapa.Photo Caption: “Suka Menyentuh Kaki yang Berjalan dalam Kasih Sayang”











