Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Kagum akan Alam Semula Jadi dan Rakan Haiwan, Bahagian 6 daripada 8

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Sebenarnya saya ingat itu tamatnya hari saya dan kisah Cik Di tetapi dia berhubung dengan saya lagi. Jadi saya tanya dia sama ada dia gembira dengan hidupnya macam itu atau tidak. Dia kata, “Tidak.” Saya tanya, “Engkau tidak gembira dengan apa?” Dia kata, “Kerana kehilangan mulut, tak dapat makan.” Saya kata, “Oh! Dah tentu, dahsyatnya itu dan aku faham. Tapi adalah ajaib engkau masih pergi ke sana sini, jalani kehidupanmu, malah pancarkan cahaya yang begitu besar bagi saizmu. Aku tak tahu bagaimana kau lakukannya. Boleh engkau beritahu aku?”

Ketika saya baru nampak dia, saya tanya dia bagaimana harus saya menggelar dia, “Engkau lelaki atau perempuan? Kerana aku tak tahu banyak tentang jenismu.” Mula-mula sekali, dia kata, “Lelaki.” Jadi saya berfikir, “Oh! Dia lelaki.” Jadi saya kata ‘he’ dan sebagainya. Tetapi lepas itu, lebih banyak kata dikatakan kepada saya. Dia kata, “Penggoda lelaki.” Ya Tuhan, bahasa yang begitu hebat dan cara mengungkap yang begitu hebat. Agaknya dia maksudkan dia perempuan tetapi cuma cara ungkapkannya dengan penuh humor, agak lucu.

Saya memang tak dapat percaya dia malah datang menyampaikan berita baik macam itu dengan begitu ghairah. Labah-labah datang juga. Setiap hari, seseorang datang. Hari ini kali pertama saya bertemu dengan ulat yang datang untuk menyampaikan berita keamanan dan kata-kata penenang. “Dari mana engkau dengar berita itu? Boleh engkau beritahu aku?” “Oh! Orang di dunia banyak bercakap tentangnya.” Itu bagaimana dia dengarnya. “Bahasa Inggerismu begitu baik. Aku benar-benar terkejut dan kagum. Aku suka akan rasa humormu juga.” “Karma keamanan memang berat bagi Engkau.” “Oh! Terima kasih, aku tahu akan itu. Aku tahu akan itu. Tapi apa yang nak dibuat? Apa yang nak dibuat? Dunia adalah macam itu. Aku tak kisah menanggung karma keamanan untuk orang tetapi mereka tak dapat melepaskan diri walaupun aku buat apa-apa saja dan banyak perkara untuk mereka kerana mereka tidak… mereka tidak percayai apa yg aku katakan mungkin tidak. Sebab itulah mereka tidak ikut apa yang aku cadangkan dan nasihatkan kepada mereka.” “Mungkin mereka dengar kata-kata-Mu tetapi tabiat mereka tak dapat dibuang dengan begitu senang.”

“Ya, ya, betul kata-katamu. Aku tahu bahawa itu salah satu sebabnya juga. Itu begitu menyedihkan kerana ia dapat dilakukan. Karma keamanan, karma bunuh dapat dicegah tetapi tak kelihatan macam ini akan berlaku tak lama lagi. Sesetengah orang kata 2026 akan menjadi tahun dunia vegan, semua orang akan menjadi vegan tetapi aku tak nampak apa-apa sebesar itu. Walaupun dunia telah bertambah baik dengan veganisme – lebih banyak makanan vegan dikeluarkan buatnya senang dan pada harga yang berpatutan untuk orang beli, namun agaknya hanya lagi banyak orang membeli lagi banyak perniagaan vegan ini akan berkembang. Mengikut permintaan, akan ada bekalan. Sekarang masih tidak sebanyak yang aku mahukan kerana aku mahu benar-benar menyelamatkan dunia ini. Aku mahu menyelamatkan roh orang. Aku mahu mereka bebas daripada penderitaan selama-lamanya.

Tapi apa yang boleh aku buat? Di dunia manusia, aku hanyalah seorang wanita kecil dan karma memisahkan aku daripada kakitanganku, daripada orangku, daripada orang-haiwan yang aku sayangi juga, dari tempat yang dulu aku diami, selesa dan senang. Itu pun tak boleh aku ada. Sedikit keterjaminan dan keselamatan pun sentiasa sangat mudah terjejas dan tidak stabil. Aku hampir tak dapat melindungi diri. Aku tiada sesiapa pun yang ada pistol, pisau atau kung fu di sisiku. Walaupun engkau sedih dengan engkau tak dapat makan, banyak orang sedih atas banyak sebab, bagi aku, aku orang yang paling sedih di planet ini, rasanya, kerana banyak perbuatan aku lihat tidak betul, begitu melangkaui kekejaman, melangkaui keganasan, melangkaui kegasaran, perbuatan gasar. Itu... Jika kesedihan boleh hancurkan hatimu, maka ia akan hancurkan hatiku. Ia hancurkan banyak kali walaupun secara tak nampak. Adalah sangat sukar nak menahan dunia ini.

Tapi aku rasa begitu kagum, kita boleh kata terkejut, dengan engkau, pepijat atau kumbang yang begitu rendah, kecil boleh tahu begitu banyak tentang karma. Bagaimana engkau ketahui semua ini? Maksudku, benda ini hanya aku tahu. Maksudku, manusia tahu, tapi aku tak rasa mereka tahu akan kedalaman karma keamanan yang pengaruhi aku, kerjaku, kehidupanku, kegembiraanku, ketenanganku, segala-galanya. Jadi bagaimana engkau tahu akan itu? Hidupmu begitu singkat dan keperluanmu tidak benar-benar dipenuhi. Bagaimana engkau tahu akan karma keamanan berat bagi aku? Bagaimana engkau tahu akan itu? Boleh engkau beritahu aku?”

“Bukan jenis manusia yang perlakukan sesama mrk dan makhluk lain dengan cara yang begitu seperti neraka.” “Wau, bahasa Inggerismu memang baik! Pengetahuan, falsafah dan kebijaksanaanmu memang luar biasa.” Ini kata-katanya yang bersambung, “Gagal menyelamatkan dunia untuk menjamin kewujudannya.” “Ya, betul kata-katamu. Betul kata-katamu. Engkau katakannya dengan lembut dan baik hati sekali. Ya, adalah senang untuk buat sebaliknya, menyelamatkan orang, menyelamatkan dunia ini, saling membantu, kerana TUHAN kurniakan begitu banyak sehingga kita dapat menyara banyak dunia, bukan hanya dunia kita saja. Jika mereka tahu bgmn berkelakuan baik dan saling menyayangi, ya Tuhan, begitu senang untuk wujudkan Syurga di Bumi. Tidakkah engkau rasa begitu, Di?” “Ya, aku rasa begitu.” Itu apa yang dikatakannya.

“Beritahulah aku, bagaimana engkau menjadi begitu bijak? Maksudku, sekolah mana yang engkau hadiri? Sama seperti di dunia kita, kita hadiri sekolah, kolej universiti untuk dapatkan sesuatu jenis ilmu supaya kita boleh mendapat sesuatu jenis sijil, kemudian boleh mendapat pekerjaan, menjadi orang yang dihormati dalam masyarakat. Sekolah mana yang engkau hadiri? Bagaimana engkau memperoleh falsafah yang begitu bijak seperti apa yang engkau ungkapkan tadi? Boleh engkau beritahu kami?” “Ya, boleh beritahu.” “Engkau seorang Guru Kebijaksanaan, ada begitu banyak anak murid dan pengikut tetapi Engkau tidak muda lagi.” “Apa maksudmu itu? Aku masih sangat muda.” “Disebabkan itu, engkau tiada kekuatan yang mencukupi untuk menangi pertarungan menentang kuasa negatif.”

“Terima kasih banyak-banyak. Aku harap engkau harapkan sesuatu yang lebih baik daripada itu. Tapi aku gembira dengan engkau jujur ​​dan bercakap dengan ikhlas, jujur ​​dan benar daripada hatimu, bukan cuba membuat aku gembira dan tak berani bercakap benar. Tapi biarlah aku beritahu engkau sesuatu yang bercanggah sikit dengan pendapatmu yang engkau nyatakan tadi. Pertarungan antara kuasa positif dan negatif ini tidaklah seperti pentas jenis gusti atau tempat tinju. Kita bertarung dengan kuasa spiritual dalaman, pengetahuan, kebijaksanaan serta belas kasihan terhadap umat manusia dan semua makhluk. Itu matlamat kita bertarung. Kita bukan bertarung hanya untuk seronok-seronok, menjadi terkenal, disayangi atau dihormati. Apabila aku menjadi lebih tua, aku rasa lebih bijak. Aku rasa lebih dalam, lebih dalam dalam hatiku, lagi bertekad untuk berjuang bagi apa yang betul serta menyelamatkan roh daripada penderitaan di neraka dan mana-mana alam rendah yang lain. Motif itu benar-benar mendorong aku mara ke depan dan ke atas sepanjang masa.

Dah tentu, kita berharap menang kerana neraka memang menyeksakan, terlalu banyak penderitaan bagi sesiapa yang masukinya terutama masuk melalui pintu neraka abadi – seseorang tak dapat keluar. Bayangkan jika itu engkau. Bayangkan jika anak, suami atau orang tersayangmu terpaksa jatuh ke dalam neraka, takkankah engkau ingin cuba sedaya upaya untuk selamatkan mereka? Kerana mana boleh sesiapa menahan penderitaan selama-lamanya macam itu? Atau hanya beberapa tahun atau 10 tahun pun – dahsyatnya. Jika kita ada hati, ada perasaan, ada rasa simpati, ada kasih sayang, ada belas kasihan, kita akan cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan mereka. Tidakkah engkau rasa begitu? Jadi usia tak menjadi hal kerana pertarungan ini tak perlukan otot. Aku masih hidup, sangat berjaga-jaga dan bekerja setiap hari selama lebih lapan jam sehari kadangkala, hampir sepanjang hari, sepanjang malam juga. Saya tidur dengan sangat sedikit, berehat dengan sangat sedikit saja dan makan apa-apa saja.

Kita tidak bercakap tentang kekuatan fizikal di sini. Kita bercakap tentang kekuatan spiritual, kekuatan daripada TUHAN, Sumber Segala Ciptaan, Sumber Segala Kasih Sayang, Sumber Segala Hidup, segala pengorbanan tanpa syarat untuk perjuangan yang baik – selamatkan orang yang penurut, lemah dan jahil. Mereka dilahirkan dengan Kasih Sayang dan Kebijaksanaan TUHAN tetapi mereka ditutup mata serta diikat tangan dan kaki sementara dicampakkan ke dalam laut utk berenang. Bayangkan mana-mana makhluk boleh berapa lebih tak berdaya lagi.” Jadi meskipun saya akan mati atau lebih tua daripada sekarang, saya tetap akan terus berjuang utk mereka dan saya akan menang. Itu perasaan saya sekarang.

Photo Caption: “Jiran Bersatu Padu/ Suasana Sokong yang Baik”

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (6/8)
1
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-07-23
3291 Tontonan
2
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-07-24
2423 Tontonan
3
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-07-25
1900 Tontonan
4
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-07-26
1970 Tontonan
5
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-07-27
1488 Tontonan
6
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-07-28
1174 Tontonan
7
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-07-29
958 Tontonan
8
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-07-30
529 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-07-30
96 Tontonan
Filem Pendek
2026-07-30
101 Tontonan
Hiburan yang Memakrifatkan
2026-07-30
374 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-07-30
529 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-07-29
578 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-07-29
100 Tontonan
Sains dan Kerohanian
2026-07-29
89 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-07-29
958 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun