Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Kagum akan Alam Semula Jadi dan Rakan Haiwan, Bahagian 7 daripada 8

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Pertarungan antara kuasa positif dan negatif ini tidaklah seperti pentas jenis gusti atau tempat tinju. Kita bertarung dengan kuasa spiritual dalaman, pengetahuan, kebijaksanaan serta belas kasihan terhadap umat manusia dan semua makhluk. Itu matlamat kita bertarung. Kita bukan bertarung hanya untuk seronok-seronok, menjadi terkenal, disayangi atau dihormati. Apabila aku menjadi lebih tua, aku rasa lebih bijak. Aku rasa lebih dalam, lebih dalam dalam hatiku, lagi bertekad untuk berjuang bagi apa yang betul serta menyelamatkan roh daripada penderitaan di neraka dan mana-mana alam rendah yang lain. Motif itu benar-benar mendorong aku mara ke depan dan ke atas sepanjang masa. […]

Kita tidak bercakap tentang kekuatan fizikal di sini. Kita bercakap tentang kekuatan spiritual, kekuatan daripada TUHAN, Sumber Segala Ciptaan, Sumber Segala Kasih Sayang, Sumber Segala Hidup, segala pengorbanan tanpa syarat untuk perjuangan yang baik – selamatkan orang yang penurut, lemah dan jahil. Mereka dilahirkan dengan Kasih Sayang dan Kebijaksanaan TUHAN tetapi mereka ditutup mata serta diikat tangan dan kaki sementara dicampakkan ke dalam laut utk berenang. Bayangkan mana-mana makhluk boleh berapa lebih tak berdaya lagi.” Jadi meskipun saya akan mati atau lebih tua daripada sekarang, saya tetap akan terus berjuang utk mereka dan saya akan menang. Itu perasaan saya sekarang.

Dulu saya ada satu soalan dengan TUHAN juga, seperti ini: Saya tanya TUHAN, “Mengapa Engkau biar aku tahu begitu banyak sekarang ini berbanding dgn ketika aku masih muda? Mengapa Engkau tidak biar aku tahu ketika aku masih muda supaya aku dapat buat kerja dengan jauh lebih baik?” Anda tahu tak apa yang TUHAN firmankan kepada saya? DIA berfirman, “Sekg Kau telah matang. Engkau seperti buah yang telah masak. Jika semasa jauh lebih muda, Engkau seperti buah yang masam, tak boleh dimakan, malah boleh tak berguna. Sekarang Engkau telah masak. Engkau baik. Kuasa lagi banyak terkumpul di dalam diri-Mu sekarang. Lebih banyak Kebijaksanaan jadi matang di dalam diri-Mu sekarang – lebih banyak keberanian, keazaman untuk membuat kerja-Mu walaupun ada segala bahaya, halangan dan kesulitan yang Engkau hadapi, atau mungkin badan yang dah tua juga buat Engkau kurang selesa berbanding sebelumnya tetapi Engkau ada lebih banyak kuasa kerana ini sama seperti engkau menjalankan perniagaan. Lebih lama engkau berniaga, jika engkau bijak, baik dan berjaya, engkau akan peroleh lebih banyak, kumpulkan lebih banyak kekayaan. Engkau tak dapat buat semua itu sekali gus atau dalam masa yang singkat pada usia muda-Mu. Kerana lagi banyak masa engkau ada lagi banyak engkau kumpulkan kekayaanmu. Ini sama seperti lagi lama Engkau berada di planet ini lagi banyak afiniti dapat Engkau jalin dengan lebih banyak makhluk dan lagi banyak Engkau bawa ke bawah segala kekuatan spiritual dan kuasa kebal-Mu. Sebab itulah aku biar Engkau tahu begitu banyak perkara sekarang dan bukan ketika Engkau masih muda. Itu bukan masanya. Sekarang masanya.”

Saya benar-benar memahami itu. Saya bersyukur kepada TUHAN kerana sentiasa mengajar saya secara senyap atau terbuka, menyayangi saya tanpa syarat, melindungi saya pada setiap nanosaat dalam hidup saya. Saya mendapat kekuatan drpd TUHAN, daripada bank spiritual saya sendiri, sentiasanya, dari Syurga ke Bumi di bawah sini. Itu mengambil masa. Kita bukanlah di Syurga. Jadi meskipun saya ingin kumpulkan semua kuasa saya, itu mengambil masa. Sebahagiannya pada satu-satu masa, sebahagiannya pada satu-satu masa – seseorang tak dapat mengeluarkan semua kuasa spiritual sekali gus. Itu mustahil dalam sistem Alam Semesta ini. Badan fizikal juga takkan dapat menahan jumlah kuasa spiritual yang begitu besar di dalam diri saya daripada Diri Tinggi saya dan daripada Berkat TUHAN. Saya benar-benar memahami semua itu dan tiada soalan lagi untuk Dia.

“Bagaimana dengan engkau? Apa yang engkau rasa? Apa yang engkau rasa, Di? Bolehkah engkau beritahu aku? Aku sedang dengar ini, Cik Di. Cik Di yang cantik, Aku sedang dengar ini. Engkau fikirkannya dan beritahu aku. Ya?” “Keamanan dunia akan datang dan Engkau akan menjadi Wira orang dan dihormati.” “Terima kasih. Terima kasih, Cik Di, atas pujianmu dan/atau itu suatu ramalan? Adakah itu suatu ramalan? Ya? Terima kasih, terima kasih. Aku telah dengar itu banyak kali, banyak kali, secara berulang kali, malah daripada TUHAN Yang Maha Berkuasa kita, DIA sendiri, MAPA, Ibu Bapaku, Ibu Bapa kita, satu-satunya Ibu Bapa kita. Tetapi aku tak banyak rasainya.

Aku akan terlalu gembira jika keamanan benar-benar tiba, akhirnya, untuk bebaskan semua orang dan semua makhluk daripada kesakitan dan penderitaan yang berkaitan, penderitaan yang tak terperikan, dan lebih banyak penderitaan masa depan di neraka jika mereka tidak hentikan peperangan. Tetapi disanjung dan digelar sebagai wira, aku tak pasti. Engkau tahu tak mengapa? Kerana bukan semua orang tahu akan apa yang aku lakukan. Mungkin aku mengatakan ini dan itu dan untuk keamanan, apa yang aku lakukan, tetapi bagaimana mereka mempercayai aku? Jika mereka tidak memfitnah, mengkritik dan menyalah tuduh aku sebagai pembohong, aku dah bersyukur kepada TUHAN. Tetapi meskipun mereka buat begitu, aku tetap berjuang untuk mereka kerana aku tak tahan melihat mereka menderita di neraka. Aku tahu macam mana rupanya.

Banyak orang dlm keadaan hampir mati telah turun ke neraka, kembali ke sini dan beritahu kita begitu banyak perkara yang mengerikan. Neraka memang wujud. Kononnya anak-muridku malah pergi ke neraka bersama aku, contohnya, untuk selamatkan kawan, saudara-mara atau ahli keluarga mereka. Tetapi kadangkala mereka pergi seorang diri juga dan aku beri mereka sesuatu jenis – di alam spiritual, bukan di dunia fizikal – mereka mendapat sesuatu jenis kad masuk istimewa daripada aku supaya mereka turun ke bawah dengan selamat dan menyelamatkan kawan, ahli keluarga mereka dlm hayat lampau atau hayat ini meskipun mereka tidak ingat akan mereka sebagai saudara-mara atau kawan disebabkan rupa yang berbeza dalam kelahiran semula baharu atau saudara-mara, kawan dan ahli keluarga yang berlainan. Sesetengah orang masih ingat, sesetengahnya tak dapat kerana mereka terlalu banyak dibakar di neraka. Mereka semua hancur terbakar. Mereka tak dapat banyak ingat. Itu pun dari neraka yang lebih ringan. Bayangkan neraka yang berat, hukuman tanpa henti siang dan malam. Mereka tak dapat memikirkan apa-apa pun. Mereka tidak ingat akan TUHAN. Mereka tidak ingat akan Nabi Isa. Mereka tidak ingat akan mana-mana Nama Buddha.

Guru Yang Paling Berbelas Kasihan, Saya berusia tujuh tahun. Pada petang 7 September 2024, saya alami visi dalaman yang berikut ketika bermeditasi: Saya berada di Syurga dan Guru memanggil saya supaya turun ke neraka untuk menyelamatkan orang. Guru gunakan salib untuk melukis suatu bulatan, kemudian tangga teratai muncul untuk saya turun dan masuki neraka yang dipanggil ‘Neraka Hujan Serangga’ (yang bermakna ia mengandungi lebah, nyamuk, lalat, dan anai-anai; serangga ini melahap daging orang di dalam penjara, minum darah mereka, malah makan tulang mereka).

Kemudian saya pergi ke satu lagi penjara yang dipanggil ‘Neraka Hujan Cakar Tajam’ di mana cakar tajam haiwan begitu banyak seperti hujan. Ia menebuk lubang pada badan orang, menyebabkan mereka berdarah, menderita dan mati. Seterusnya, saya pergi ke ‘Neraka Hujan Gading dan Tanduk Kerbau’. Tanduk tajam turun secara berterusan dari langit, menusuk badan orang. Mereka menjerit kesakitan dan hukuman ini berulangan. Saya teruskan ke ‘Neraka Hujan Ular Besi’. Ular mengorek lubang menembusi badan orang, kemudian menjalar keluar melalui hujung jari mereka dan masuki hidung dan telinga mereka, menyebabkan kesakitan tak terperikan. Seterusnya, saya pergi ke ‘Neraka Hujan Pedang dan Mata Pisau’. Di Bumi, orang yang lakukan perbuatan jahat seperti membunuh orang-haiwan dan goreng atau panggang mereka akan dihukum dengan cara yang sama di neraka. Terdapat banyak lagi neraka yang lain dan sebagainya.

Pada ketika itu, saya mengeluarkan beg teratai yang diberikan oleh Guru kepada saya sebelum saya turun ke neraka. Saya kumpulkan semua orang di neraka ke dalam beg itu – begitu banyak orang sehingga beg itu menjadi sangat besar. Kemudian saya terbang ke atas dan serahkannya kepada Guru. Saya lihat orang [yang keluar dari beg itu] berlutut di depan Guru, bertaubat dan berjanji untuk tidak makan daging orang-haiwan lagi. Mereka berjanji untuk menjadi vegan, menjalankan amalan spiritual dan melakukan perbuatan baik. Kemudian Guru lakukan keajaiban, mencipta banyak badan baharu untuk roh mereka masuki dan hantar mereka balik ke Bumi untuk menjalankan amalan spiritual.

Saya merayu kepada semua orang supaya segera mengamalkan diet vegan dan jalankan amalan spiritual. Saya sudah turun ke neraka banyak kali ‒ terdapat neraka yang tidak terkira. Bukan hanya anda berada di neraka, ahli keluarga dan orang tersayang anda berada di bawah sana juga. Tolonglah, saya merayu kepada anda, berhenti makan rakan haiwan kita. MEREKA IALAH ORANG JUGA, BUKAN MAKANAN. Anak murid Hữu Nghĩa dari Âu Lạc (Vietnam)

Dan lain-lain…

Dalam hayat ini pun, orang masih hidup, mereka tak banyak ingat akan TUHAN atau Buddha, Nabi Isa, Santo dan Orang Suci. Hidup ini, aku tak suka dunia ini lagi kerana untuk segalanya, kita perlu langsaikan dengan penderitaan.

Pernahkah engkau lihat neraka, Cik Di? Adakah engkau Cik atau Puan? Cik, ya, muda dan cantik. Huh? Ya. Aku harap aku boleh muda dan cantik seperti engkau tapi aku tak benar-benar kisah. Aku tak berapa kisah tentang rupaku. Jadi aku tak benar-benar begitu banyak menjaga diri dengan baik, minimum saja. Pernahkah engkau pergi ke neraka? Tidak, syukur kepada TUHAN. Tapi engkau tahu tak macam mana rupa neraka? Ya? Bagaimana engkau tahu? Oh! Kerana engkau dapat lihat dari dalam. Wau, engkau mengerti secara mendalam! Engkau pasti banyak beramal, dari segi rohani, dalam hayat lampau atau hayat ini juga, kan? Oh! Ya? Baik untuk engkau.

Macam mana rupa neraka? Boleh engkau beritahu aku bagaimana engkau lihatnya? Mengerikan? Dah tentu! Aku dah kata. Sebab itulah aku bekerja keras. Walaupun seperti yang engkau katakan, aku dah terlalu tua sekarang, namun tak menjadi hal sama ada kita tua atau muda asalkan kita dapat buat kerja kita. Itu apa yang penting, kan? Cik Di, engkau makhluk yang sangat menarik. Aku sangat gembira mengenali engkau. Engkau beri kejutan kepada aku hari ini kerana aku tak tahu bahawa ulat kalimantang boleh bercakap dengan begitu jelas, bijak dan dengan bahasa Inggeris yang sangat baik.

Photo Caption: “Dimuliakan dengan Musim Menjadi Masak”

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (7/8)
1
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-07-23
3291 Tontonan
2
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-07-24
2423 Tontonan
3
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-07-25
1900 Tontonan
4
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-07-26
1970 Tontonan
5
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-07-27
1488 Tontonan
6
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-07-28
1174 Tontonan
7
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-07-29
958 Tontonan
8
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-07-30
529 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-07-30
96 Tontonan
Filem Pendek
2026-07-30
101 Tontonan
Hiburan yang Memakrifatkan
2026-07-30
374 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-07-30
529 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-07-29
578 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-07-29
100 Tontonan
Sains dan Kerohanian
2026-07-29
89 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-07-29
958 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun